10 Muharam 1429H

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  • Puasa – Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Sembahyang sunat empat rakaat – lafaz niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah TaalaPada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Bersedekah
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
  • Melapangkan masa / belanja anak isteri
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Menunjukkan orang sesat
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mandi Sunat-lafaz niat : “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  • Bercelak
  • Menjamu orang berbuka puasa
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Aku memohon kepada-Mu dengan hak Rasulullah dan keluarganya sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang kesulitan
Wahai Yang Menghilangkan duka orang-orang yang menderita
Wahai Pelindung orang-orang yang mencari perlindungan
Wahai Yang Lebih dekat kepadaku dari urat nadiku
Wahai Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang di arasy-Nya Ia berkuasa
Selamatkan aku dari kemiskinan dan kefakiran
Kayakan aku dari meminta-minta kepada makhluk-Mu
Jagalah aku dari orang yang aku takutkan duka dan deritanya
Peliharalah aku dari orang yang aku kuatirkan kesulitan dan keburukannya
Lindungi aku dari orang yang aku takutkan kezaliman dan kekerasannya,
kekuasaan dan tipudayanya
Ya Allah, siapa saja yang bermaksud buruk padaku tahanlah dia,
siapa saja yang mempedayakanku gagalkan dia;
Palingkan dariku segala tipudaya dan niat jahatnya;
Tahanlah ia dariku sesuai dengan kehendak-Mu dan aku berserah diri pada kehendak-Mu.
Ya Allah
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. semoga diberkati Allah

  2. Abang Long says:

    Semoga amalan kita diterimaNya.

  3. 🙂