Amin

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.

Ya Allah, kekalkanlah hari-hari yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya.

Ya Allah, jadikanlah hari yang akan datang, semulia-mulia hari yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

8 thoughts on “Amin”

  1. Perkongsian tazkirah yang baik. Amal jariah juga namanya berkongsi benda yang baik 🙂

    p/s Saya rasa page ini taklah berat sangat. Server saya agaknya. Cuba kak Jie check kat Website Optimization

  2. MINTA, MINTA dan terus MINTA. Allah Maha Sayang kepada HAMBANYA yang meminta. Maka abang long hanya menyebut – AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

  3. slm kak jie, amin di atas setiap doa2 kat atas ni kak jie..moga kita semua mendapat rahmat yg luas daripadaNya,amin..

Comments are closed.