Asal Nampak Bentuk

image

Secara tradisinya sebagai seorang kelahiran Kedah, ketupat saya bukan seperti ini. Mak saya buat ketupat daun palas berisi pulut, ketupat di sebelah suami orang Selangor gunakan daun kelapa berisi beras.

Gigihnya saya beli daun kelapa seikat RM 7 di pasar Batang Kali tadi untuk mengayam.

Ini cubaan pertama dan mengambil masa setengah jam untuk siap.  Itu yang pertama, yang kedua ni lagi lama berbelit-belit belum siap.

Tiga hari lagi nak raya cukuplah kot nak siiap untuk kami sekeluarga..ha ha ha

Edit : akhirnya saya berjaya menemui step yang selalu saya buat silap hasil dari melihat tutorial cara anyam ketupat di YouTube. .. inilah hasilnya.

image

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ketupat macam ni sama macam nasi himpit je, bungkus dalam plastik pun dah jadi ketupat…hahaha
    Jom terjah post menarik dari master slave ..Cara Optimize Gambar Dalam BlogMy Profile

  2. pandai buat ketupat palas je , ketupat ni tak pernah rasa nak buat , sbb tk suka … boleh gitu ? hehhee
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Hebat Seorang EMAKMy Profile

  3. Terima kasih kepada youtube..jasamu dikenang..kata kak jie..hehe
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..ZAKAT FITRAH SEMPURNAKAN PUASA RAMADHANMy Profile

  4. OMG, aku hengatkan mak penghuli ni ekpert buat ketupat. kekeke. owh ini macam ada berani la ajak lawan anyam.. acer cube moh.. nak? hahaha
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Pertama kali main bunga apiMy Profile

  5. Kalau bagi Aina mahu lunyai daun kelapa tu kak, ketupat daun palas pun tak lepas padahal dari kecik sampai ke tua itulah yg dikana setiap kali raya.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Salam AidilfitriMy Profile

  6. bestnya kalau pandai anyam ketupat kan…nak2 ketupat bawang…

  7. Kami punya ketupat memang macam ni tapi kalau dah malas buat je ketupat satay yg lagi mudah. Biasa ketupat kami lawan kuah lodeh, sambal kacang n serunding daging …
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..10 entri popular Denaihati Julai 2013My Profile

  8. boleh tahan tuh….suami saya memang pandai buat sarung ketupat, saya boleh sikit-sikit jer….

  9. hahahah.. usaha tangga kejayaan.
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Taman Tema Resort World Genting Akan DitutupMy Profile

  10. saya tak berapa yakin boleh buat ke tak ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Melayu BolehMy Profile

  11. Video yang mana agaknya Kak Jie tonton ya?
    Jom terjah post menarik dari Zulhilmi Zainudin ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis BlogMy Profile

  12. Saya sejak sekolah belajar mengayam tak lulus2…
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Cek dari NuffnangMy Profile

  13. pernah try jugak ikut mak anyam ketupat..tapi tak pernah jadi..haha
    Jom terjah post menarik dari fahmimustakim ..Kepentingan Google Analytics Pada BlogMy Profile

  14. Pernah cuba buat tak jadi-jadi. Rasanya lebih sudah baiki dari barang elektronik. 🙂

  15. Kalau di daerah saya dinamakan kupat tompo (bahasa Jawa), di tradisi kami biasanya 7 hari setelah hari raya membuat ketupat semacam ini dan nantinya dibagikan ke tetangga2 dan saudara bersamaan dengan sayur lodeh ataupun ayam lodho.
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Easy Ways To Create And Build A Responsive Website DesignMy Profile

    • sekarang ada ketupat segera yang diisi di dalam plastik tetapi ketupat origal dari daun kelapa ini lebih sedap…malangnya daerah kelahiran kak jie dan suami berbeza…itu yang nak kena belajar
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Asal Nampak BentukMy Profile

  16. kira ok dah tu..cantek lagi. hehe
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Tips Jana pendapatan online dengan Jobdirumah.My Profile

  17. Cantik juga..bolehlah adik bagi markah penuh…hehe
    Jom terjah post menarik dari Kaseh Esmiralda ..MENCARI CINTA DANG WANGI (Pengenalan & Bab1)My Profile

  18. Takpe kak usaha tangga kejayaan. Dulu saya pun masa memula buat ketupat asal rupa bentuk aje. Tapi sekarang ni mmg dah mahir le buat ketupat.. paling senang buat ketupat bawang dan pasar je..
    Jom terjah post menarik dari Nasarudin ..Panduan Membuat Lemang Hari RayaMy Profile

  19. Kira ok dah tu,saya langsung tak reti anyam heheheh..

  20. dah lama tak makan ketupat yang di dalam anyaman.. rasanya lebih sedap berbanding dlm plastik
    Jom terjah post menarik dari zuan ..Tips Mintak Duit Raya Dengan UncleMy Profile