Bajet Sawit Dan Tawaran Tiket Percuma Air Asia

Hujung minggu ini suami saya balik bercuti, jadi agak kuranglah masa untuk beronline. Kehidupan luar talian saya adalah keutamaan.

Dia balik dari Hulu Terengganu petang Sabtu dan tiba di rumah selepas maghrib. Esoknya sepanjang hari habiskan masa bersama dan menerima tetamu dari Terengganu.

Petangnya kami keluar ke Rawang. Main bowling anak beranak.

ara main bowling

Pertama kali ke pusat bowling yang terletak di atas bangunan pasar Rawang.  Tak sangka tempatnya besar dan cantik seperti ini.

kumpulan merah hebat

Dari rumah memang saya berjanji untuk satu pasukan dengan Along.  Dia minta kami memakai baju yang sama warna .   Sec ara individu Along menang kedua-dua game tersebut tetapi kami tewas dalam acara berkumpulan.

ha h a ha… mesti boleh agak siapakah menyumbang kekakalah tersebut!

pesanan dari jurulatih peribadi

Intan pun boleh berada kedudukan lebih baik dari saya…. tetapi memang patutlah sebabdia ada Jurulatih Peribadi.  Adik ipar saya yang tiba-tiba ikut serta yang mengajar beberapa tips untuk membuat balingan.

cubaan mengawal bola menggunakan kepala

Salah satu kuasa yang pasukan mereka ada ialah kuasa mengawal bola menggunakan kepala!   ha ha ha…. rasanya ramai yang ada kuasa macam ni.

pasukan menang meraikan kemenangan

Habis main bowling, kami layan ‘kotak suara’ 5 lagu.  Kotak karaoke ini pun terdapat di dalam pusat bowling tersebut.  Ini adalah kali pertama saya, suami dan intan masuk dalam ‘kotak suara’ tersebut.

Saya cuma merakamkan gambar, suara tak keluar pun.

Balik dari aktiviti berfoye-foye bersama keluarga, adik ipar saya pula datang dari Tanjung Malim.

Bangun paginya, lenguh tangan dan jari.  Kuku ibu jari saya terserpih.  Itulah , dah tua-tua nak berseronok macam orang muda tak sedar diri. hihi

tuan tanah kedawong melawat kebun

Hari ini kami berempat  ( saya dan suami, adik ipar dan isterinya ) ke Kampung Gesir, Hulu Bernam.  Tiga empat bulan lepas kami adik beradik ada berkongsi beli tanah kebuh di sini.

Tinggalkan kereta di rumah penjaga kebun dan bermotosikal di bawah kebun redup dan sejuk.  Sakit juga bontot bila melalui jalan yang berlopak, berbatu dan beralun.

kebun kepala sawit

Tuan tanah kedaung sedang melawat tanah sekangkang anak kera yang telah dibersihkan dan dalam proses menanam semula.

Kemudian melawat satu lagi lot kebun yang akan dijual.  Berminat pula nak beli lagi.

air asia free seats

 

Habislah …..  lari semua bajet nak rembat tawaran tambang murah Air Asia esok.  Hajat hati nak semua tetapi kemampuan agak terhad, jadi kena fikir mana yang lebih utama.  Banyak tahun juga terbantut jadual percutian keluarga.

Trivia:

  • kedaung sejenis tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur, Parkia javanica.
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Wow, Rawang dah ada boling..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..MeremangMy Profile

  2. Ibu Mifzal Arsyad says:

    seronoknya main bowling..
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Drama Adam & Hawa Episod 13 – 16My Profile

  3. Semoga usaha beli kebunnya lancar dan mendapat harga yang murah bu 🙂

  4. InsyaAllah hasil sawit kalau betul berjaga ‘makan minum’ pokoknya lumayan jugak..

    p/s : sekarang ni tengah cari pembeli tanah untuk buat modal nak menternak kambing..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..WW – Kalau tak disapa jangan marah ye …My Profile

  5. Tanah kebun kalau diusahan memang membuahkan hasil. Tapi kena ada masa penuh untuk usahakan le.
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Alhamdulillah…. Selamat pergi dengan amanMy Profile

  6. “Salah satu kuasa yang pasukan mereka ada ialah kuasa mengawal bola menggunakan kepala! ha ha ha…. rasanya ramai yang ada kuasa macam ni.”

    Hahaha.. ayat ini sangat cute.. betul! betul! betul..

    kekadang maza juga terikut2 sama.. ahahaha
    Jom terjah post menarik dari maza ..Innocent of Muslim mencetuskan keganasan dan perlu dihumban ke longkangMy Profile

  7. saya pun belum pernah masuk pusat bowling rawang tu.. cantik juga…

    tulah orang kampung cakap ‘dont judge a book by its cover’… hihih
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..A 6-million Ringgit’s LobsterMy Profile

  8. Berbudi pada tanah memang banyak kebaikannya. Penjagaan dan benih yang baik akan menampakkan hasil dalam tiga tahun akan datang.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Kate Middleton di MalaysiaMy Profile

  9. baru tau ade bowling di atas bangunan pasar rawang.. baru buka ke kak jie?
    Jom terjah post menarik dari muazfaris ..Pageviews Tinggi bukan penentu klik Iklan TinggiMy Profile

  10. Pelaburan bagus tuh tanam semula kelapa sawit.. harap dapat benih’yang baik tuh kak jie.. nanti 3 tahun dah berbuah cantik..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Hadiah hari raya untuk anda – OndsceneMy Profile

  11. Tiada apa yg lebih membahagiakan selain dapat beraktiviti bersama keluarga terutama yg duduk berjauhan.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Kisahnya Secebis Hati part 2My Profile

  12. Tak sangka dekat pasar Rawang ada pusat bowling yang cantik. Nampak pokok kelapa sudah tua perlu ditanam semula. Kak Jie cadang nak tanam semula kelapa atau sawit?
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Entri pemanas badan blog AkuBiomedMy Profile

    • itulah…. tingkat atas selepas tingkat parking kereta.
      oklah dekat nak pergi sekadar dengan keluarga sejam dua.

      asal pun memang kelapa sawit, cadang nak tebang yang ada tu nak tanam semula sawit.

      dah tak tanam semula kelapa dah, kat kampung mertua, ada yang ditanam kelapa dibiarkan kekal….kalau setahun dua nanti kena tebang, mungkin tanam sawit juga
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Membuat Aduan Online MDHSMy Profile

Trackbacks

  1. Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun. - AkuBiomed says:

    […] mengenai pengalaman memotong rumput di kebun orang tua dengan mengunakan mesin pemotong rumput sandang. Terus terang ia adalah pengalaman pertama kali […]