Bangkit Sebelum September Berakhir

Entri pertama di bulan September…nasib baik sedar sebelum september ends!

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua….amboi² kemain beraya tak berupdate blog. Nak buat lagu mana, saya ada kehidupan yang lebih indah bila bersama keluarga. Kehidupan saya sebagai blogger masih ada had dan sempadan yang boleh dikawal .

Hampir jam 2 pagi 4/9/2011 saya tiba di rumah selepas menghabiskan perjalanan 1180 kilometer sepanjang musim Aidilfitri kali ini. Syukur kami selamat sepanjang perjalanan selepas bersesak bersama warga lain.

Sebenarnya saya hanya gunakan lebuhraya paling minimum. Untuk perjalanan pulang ke Kedah , saya gunakan laluan Sabak Bernam – Teluk Intan – Sitiawan – Parit – Manong – Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu dan Baling. Satu sen pun tak bayar tol malah anak² gembira kerana melalui satu pengalaman menarik melihat pelbagai pemandangan dan persekitaran berbeza mengikut geografi tempat yang dilalui.

Untuk perjalanan balik, saya melawat besan mak di Jeniang, Kedah terus ke Sg Tiang balik ke Sungai Petani melalui Bukit Jenun – Bedong – Semeling – Sungai Layar, Sungai Petani.

Sebelum 6 petang saya hantar Angah balik ke asrama MRSM Merbok dan teruskan ke Tanjung Dawai. Sekadar melihat² dan beli setengah kilo belacan.

Jam 8 malam, saya memasuki Lebuhraya Utara Selatan ( Plus ) di plaza tol Sungai Petani Selatan. Perjalanan lancar sehinggalah melalui Simpang Pulai sehingga Tapah. Memandu 20-30km/jam di lebuhraya bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Mengantuk adalah.

Saya keluar di persimpangan Tapah dan makan malam di restoran yang selalu kami singgah tiap kali turun dari Cameron Highlands. Teruskan  baki perjalanan 120 kilometer melalui jalan persekutuan yang selesa sehingga sampai ke rumah.

Cuti raya tahun ini saya cuma bayar tol rm 24.00 dari Sg Petani ke Tapah.

buah tempatan Perjalanan balik dari Tanjung Dawai saya terjumpa seorang pakcik menjual buah ini…. ini buah²an hutan zaman saya kecik² dulu. Memang susah nak jumpa.

Sesiapa tau nama buah ni?

wake me up when september ends

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. puteraduyong says:

    jauh perjalanan luas pemandangan…
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..AKU SAYANG KAMUMy Profile

  2. Ulang tahun perkahwinan saya pun jatuh di dalam bulan Sept baru sahaja lepas.

    Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan untuk Kak Jie dan Hubby

  3. memang best kalau tau selok-belok jalan alternatif selain highway. mmg syok kalau travel dgn anak ni 😉
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Keret House: Mungkinkah Ini Rumah Paling Sempit Di Dunia?My Profile

  4. mmg tajuk lagu tu pun…tp sbb kak jie bangun utk update blog sebelum akhir september, jadilah tajuk mcm tu

    ada footnote – wake me up when september ends tu….septembar bulan ulangtahun perkahwinan kak jie 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jentik-jentik Bukan Larva NyamukMy Profile

  5. Sekali baca tajuk entri macam tajuk lagu Green Day, “Wake Me Up When September Ends” jauh betul saya mengalamun 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Kemeriahan dirasai pada Hari RayaMy Profile

  6. buah rambai .. yummy…
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..WordPress theme magazine style di puanbee.comMy Profile

  7. buah jentik²..padahal tengok entri lepas ni dah..haha

    lalu baling nak ke Kelantan aritu macam nampak kak jie je.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Selamat Hari Raya Aildilfitri 1432HMy Profile

  8. buah rambai kan tu kak jie? :mrgreen:
    selamat kembali berblog kak jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

  9. Whoahh.. jauh perjalanan kak kujie!!
    Selamat hari raya kak!!

  10. Mesti penat driving….syukur alhamdulilah perjalanan selamat…
    Sekarang ini tengah cari mood nak berblogging..banyak cerita tentang raya
    Jom terjah post menarik dari Hanif ..Hari Raya, Banyak Kereta Buat Hal…My Profile

  11. nak kata rambai jugak, kat atas dah bagitau jwpn tuh salah. so tunggu je jwpn yang betulnya, tak tau tuh buah apa.

  12. samalah kita kak… raya ni moog blogging sleepsat.. sronok nak bersama sanak saudara kan..

  13. Rasanya buah rambai kak jie… 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..James Patterson Penulis Paling Lumayan DuniaMy Profile

  14. seronok balik kampung..umm..bila mau terjah umah kak jie ni…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Projek Honeymoon BerjayaMy Profile

  15. syafiq_lomotech says:

    cuti lameee nampaaak~ kehkehkeh

  16. bestnya trip raya kak jie
    agak jimat perbelanjaan tol kak jie…
    hanya RM 24 saja…
    saya punya pergi balik dah RM100 lebih..huhuhu
    Jom terjah post menarik dari fikri91 ..Inikah iPhone 5 Yang akan Datang?My Profile

  17. buah rambai tu kan..sayur dia pon sedap kak..pnah makan x??
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..Kelebihan sebatang pensil stabilo berbanding laptop apple korang tu..My Profile

  18. confirm buah rambai
    syok makan dgn biji biji dia sekali
    Jom terjah post menarik dari SHIMI ..Wish You Raya Merdeka HappinessMy Profile

  19. itu buah rambai kan?
    Jom terjah post menarik dari kblog ..Lepas Balik Kampung, sekarang Balik BandarMy Profile

  20. kak jie kena letak benda standard wat perbedaan saiz,
    tp nengokkan batang nyer tu,
    rasanya buah jentik.

    eh!! lalu guar chempedak tak?
    tak nampak pocket dok kat simpang empat itu
    menukar lampu isyarat?
    ‘okeh, dah ijau daah, nyalakan lilin kat bawah sekali.
    tiup dulu lilin kat slot paling atas nii.’
    Jom terjah post menarik dari pocket ..382. Wordless WednesdayMy Profile

  21. btl la buah rambai ni, kan?
    Jom terjah post menarik dari azi ..alasan kukuh.My Profile

  22. wandisini says:

    salam aidilfitri k.jie
    balik sabak bernam k.jie ikut hiway baru tak. saya try ikut LATAR tu, menjimatkan sikit masa balik ke sg besar. tak perlu lalu jalan selekoh2 kat ijok tu
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Salam Aidilfitri 1432HMy Profile

  23. seronok dapat beraya kampung halaman..
    saya ?
    dok main area ipoh..
    paling jauh sungai siput..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Alahai.. kesiannyaMy Profile

  24. Macam buah rambai pun ada. Macam buah jentik pun ada. Hehe. Mai kot utara tak singgah penang?

  25. Mmang seronok ikut Jalan dalam macam2 benda boleh tengok dan rasa.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Saya Suka Malaysia bagaimana Anda?My Profile

  26. tahun ni saya beraya ke selatan je, sampai muar

    buah jentik kot :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari SS ..Blog Yang Serius #FAILMy Profile

  27. best ooooo balik kampung beraya hehehehe
    Jom terjah post menarik dari Dezaman Cottage ..Gambar Noramfaizul Mohd Nor Selamat Disemadikan (Al-Fatihah)My Profile

  28. salah………… adik beradik rambai gak tapi lebih kecil 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Sesedap Cokelat ChipsMy Profile

  29. Parit! kampung parents saya =)

    Tu buah rambai kannn??? hee
    Jom terjah post menarik dari fana164 ..~Selamat Hari Raya!~My Profile