Brand Padang Besar

Pagi-pagi Jumaat adik  dari Kangar  sms cakap nak datang. Entah tak de angin tak de ribut. Mak pun ikut sama. Saya tengok kat blog dia dah publish entri berpindah.  Sekarang dia dah pindah ke blog baru http://kuina.kujie2.com. Tengok url pun dah boleh agak…. dia addon domain saya.

Kat blog baru entri pulut kuning, wah…terus teringat periuk kukus yang dijanjikan setengah tahun dulu tak sampai-sampai. Agaknya nak ternak buaya dulu kot nak dapatkan cop kat periuk.

periuk kukus

Tudiaaaaaaaa…. akhirnya periuk kukus saya dah sampai.  Saya suri rumah tangga sepenuh masa, periuk dan dapur adalah  my workstation .  Inilah periuk kukus dari Padang Besar.   Sesiapa boleh teka harganya, saya akan hadiahkan satu. Serius!

Dapat periuk baru, terus tadi mulakan proses menerai. Saya kukus kek cokelat. Ingat untuk harijadi suami esok ( 4/8/2009 ) tapi sekali jengok kek dah tinggal separuh.   Esok buat lagilah.

kolam ikan
Mak dan adik sampai petang Jumaat.  Adik dari Tanjong Malim pun ikut sama. Lepas  goreng cempedak terus berkonvoi ke air terjun. Bukan jauh pun, 5 minit perjalanan saja.  Balik mandi air terjun berkubang dalam kolam pula.

ikan talapia merah

Malam tu kami berBBQ ikan talapia.  Meriah sungguh.   Saya cuma bela ikan tapi saya tak makan ikan air tawar.   Comelkan ikan tu…macam tuan dia!

Sabtu lepas zohor, mak, adik semua dah balik .  Lepas Asar adik yang di Tanjong Malim pun bergerak balik.   Sekelip mata …. tinggal kami anak beranak .   Seronok sangat dapat kunjungan mengejut macam ni.

©Kujie – pagi tadi dpt call dari staff nuffnang, offer new job – dateline 2 hari je ….rezeki tergejut juga ni…

p/s- kejap lagi 4/8 – hari ulangtahun suami, nak tengok gambar kami 18 tahun dulu? klik [sini]

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Syahidah Amaani says:

    salam Kujie..sy cam b’minat nk dptkn periuk kukus yg murah sgt ni..skg blh order lg ke?kalo blh order lg,sy nk tgok cth model periuk ni.. =) tq

  2. Salam kak Jie,
    Terima kasih atas info periuk kukus ni. adik ipar singgah padang besar, tapi saya pula tak tau nak kirim apa. huhu.. ruginya lambat pesan.. 18 jer tuh :smile: sebab saya dah lama usyar periuk kukus ni kat pasaraya nsk . dia dah ondaway balik dah. :sad: Seronok juga tengok org teka teki periuk di sini :smile:

  3. :roll: kak ujie…Sori saya bru jer tngok blog kak nih..saye mmg tgh dok cri2 periuk kukus murah2tp Xjmpe la kak…Leh saye ode dgn akak 1…?rege 18 gak leh? plz…

  4. sy tgh dok mencari periuk kukus tu…nk teka harga lah rm50 ke? belikan sy bleh?

  5. laaa..jun lambat ler? eh murah ye jie? beli satu tuk jun..hahahhaha
    .-= jun´s last blog ..Chicken wing BBQ =-.

  6. …… Alhadulillah, rasa macam peraduan teka kacang kat ‘fun fair’ plak… menang tempat ketiga pasal K. Jie berkali-kali bagi ‘clue’… :mrgreen:
    .-= samdaddycool´s last blog ..Buat duit online dengan ‘search’? =-.

  7. zilozz79 says:

    heheheh
    tq kujie

    • @zilozz79, ok…kt atas blog tu ada “hubungi saya”
      boleh hantar alamat ke. no tel kat situ…tak yah letak kt public mcm ni..bahaya…nnt sy edit

      makcik2…sembang…uuhuhu

  8. yupp.. 3 tu neeza beli ya kak jie.. nanti neeza bank in duit. Kak Jie bagi account number ya.. email neeza neeza_ramli@yahoo.com

    balik malaysia tahun depan kot.. InsyaAllah…

    • @Neeza, hahaha..makcik2…sembang bab periuk belanga je….tak ingat dok goreng ikan..kat sini kul 1 neeza oii….

      nnt kak jie simpan la..tak payah nk bank2 aiih….

      periuk pun dok balik sana Siam lagi…belum seberang sempadan :lol:

  9. zilozz79 says:

    kalo mcmtuh x per la
    sy igtkn boleh skaligus order ngan hadiah pemenang tuh
    dpt gak merasa periuk kukus sendiri
    heheheh
    .-= zilozz79´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

    • @zilozz79, lepas raya boleh le kot
      sbb raya nnt blk kg, baru boleh ambil periuk tu

      nak guna bulan posa tak boleh le kot..tak sempat

      kalau nk betul2, nnt sy order dgn adik

  10. Kak Jie, neeza sangat happy!!! hehee.. tapi kan, tak payah lah kak Jie hantar ke arab saudi.. kak Jie simpan je dulu. Bila neeza balik, neeza pergi rumah Kak Jie ambik, InsyaAllah.. untuk post ke arab saudi tu.. boleh dapat 5 biji lagi periuk tu hehee..

    time kasih kak jie.. :grin:
    .-= Neeza´s last blog ..Yesterday =-.

    • @Neeza, ooo..kalau mcm tu tak pa…lah..

      kak jie pun belum ade stok periuk tu..nak kena bodek orang Kangar tu suruh p beli…mgkn nak order 10.

      bagi2 kat adik badik …neeza nak 3 ye?

      erk..bila nak blk M’sia lagi..baru jeeeeeeeee balik

  11. zilozz79 says:

    alahai
    kalo tlg belikan boleh x?
    hehehe
    kalo nk tnggu sy pergi nih mmg x sampai2 nnti
    hehehehhe
    tolonggggg

    • @zilozz79, saya ni dok 400-500 KM dari padang besar…tu adik yg bawa..dia dok kangar.

      ni pun nk pujuk2 dia suruh pergi lagi sekali

  12. zilozz79 says:

    eh…
    x perasan lak dah ader pemenang
    kalo camtuh sy nak order 1 boleh?
    hehhehehe
    kalo x keberatan la
    sy pun mmg mencari periuk kukus nih jugak
    senang nnti nak masak time bulan posa
    .-= zilozz79´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

    • @zilozz79, kena buat rombongan ke Padang Besar lah…mcm tu.. :lol:

      tapi tak boleh pergi hujung minggu…mahai katanya

  13. zilozz79 says:

    salam

    sy nak cuba teka, boleh x?

    RM45 harga periuk kukus tuh
    .-= zilozz79´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

  14. Peraduan di tutup. Kita sudah ada pemenangnya…

    Harga periuk kukus tersebut hanya rm 18 ( Ringgit Malaysia : Lapan Belas Sahaja ).

    Pemenangnya adalah Neeza…wahhhhhhhhh…nak kena pos hadiah ke Arab Saudi ke?

    Rezeki pindah rumah baru ke?

    Tuan rumah berbesar hati kerana gembira mendapat job terbaru dari Nuffnang, maka hadian tempat kedua dan ketiga juga disediakan secara terkejut !

    Pemenang tempat ke dua – Megat
    Pemenang tempat ketiga – samdaddycool ( dia sentiasa bertuah, dulu peraduaan Ramadhan dia dapat tempat pertama, saya dapat tempat kedua )

    Memandangkan hadiah masih belum di sedia, tunggulah saya pujuk Ku Ina turun ke Padang Besar lagi.

    Semua pemenang, sila hubungi saya dan berikan butir peribadi dan alamat untuk proses penghantaran.

  15. hehee.. bestnya main teka harga periuk.. harganya RM15 ke Kak Jie? ke RM18? murah betul kalau gitu.. kalau tak betul, kak Jie tolong beli lah 3.. neeza bayar.. nanti senang nak kukus kuih balik malaysia.. hehee..
    3 tu sebab nak bagi kat mak dan mak mertua.. yang tu takleh lupa :mrgreen:

    tapi, kalau tak dapat takpela.. periuk tu besar.. leceh kan nak bawak.. :lol:
    .-= Neeza´s last blog ..Kami akan pindah… rumah! =-.

  16. agak2 tul ke tekaan angah nih.. mana la tau kot kak dpt lg murah..tawar2 lg murah kot.. klu x..leh la angah kukus kek mcm akak gak nti…klu la tul jawapan angah di atas ek.. anyway hapi besday utk husban kak esok yer

  17. akak..kita nak teka.. RM 15 je kan… kita pun ari tu myesal xbeli. wawawawawa :((

  18. Hangat betul sesi lelongan teka periuk kat sini… Su nak teka gak lah….
    Err… 25.00?
    .-= suara´s last blog ..Ikhlas Yang Dibalas. =-.

  19. ainsufian says:

    wah! rancak nyer teka rege priuk ne…
    nak teka nak teka… 21.50 tunai. betul x kak jie?

  20. Wahhh.. ada peraduan teka periuk la pula…. RM 20 sahaja.. tunaiiiiiii :mrgreen:
    .-= samdaddycool´s last blog ..Buat duit online dengan ‘search’? =-.

  21. 27 hengget kot huhu.. :mrgreen:

    lapar lak tengok ikan tu. semalam sampai umah 1.45pagi sebab flight delay 2jam huhu. Takda apa nak makan kat umah, sarapan cupcakes ja..rasa macam makan diri sendiri pulak :mrgreen:
    .-= iza´s last blog ..Panas… =-.

    • @iza, setakat ini belum ada yg tekan betul..tapi yg hampir2 tu dah ada…yg ni terlebih sudahhhhhhh :lol:

      alahai…dah le kena halau hotel…delay pula flight… :lol:

  22. kak, bab2 periok ni saya tak reti lah wehhh. yang sendiri punya pun saya tak pasti diletakkan kat mana, janji ada kot…

    ikan talapia tu bagi makan apa? saya punya yang tumpang2 kolam koi, makan makanan koi yg lebihkan, dulu hitam now dah jadi talapia kuning, pasal dlm makanan koi tu ada formula utk warna kulit…. dah tak sampai hati nak suruh sesapa masak.

    ikan buntal tahu masak?
    .-= AyKay´s last blog ..Masak ikan Buntal (the deadly blowfish) =-.

    • @AyKay, jangan tak nampak periuk nasi sudah….. :mrgreen:

      ikan talapia tu ada makanan dia, dedak mcm biasa, palet belik segunai 20kgn rm 42. Utk anak2 talapia, masa umur bawah 2 bulan tu kak jie blander je..huhuhu

      cantiklah kalau warna kuning….evolusi tu :lol:

      tak pernah la makan ikan buntal…gerun je

  23. tak ada syarat tukang beli, adik beradik, saudara ketat tak leh join kan…
    so aku nak teka leh… (teka ??????)
    .-= kuina´s last blog ..Perjalanan Satu Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Dua =-.

    • @kuina, aku bangun pagi2 dok gelak depan pc….tgok budak bujang tu pakat dok beli belah periuk…hahaha..mana le anak2 dara kt blog ni…meh la teka periuk ni…kalau baju chifon, sutera, beg LV..laju je depa tu :lol:

  24. waa..seronoknya main teka-teka harga..saya pun nak mencuba nasib la..mana tahu ada rezeki..tekaan saya harganya RM35..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Second semester has begun =-.

  25. Life4hire tu pandai kira harga periuk tanda dah dekat lah tu. :mrgreen: Anyway, saya cukup pelik kenapa mesti beli periuk kat padang besar. Mak saya dulu tak beli periuk atau comforter tak sah.

    Tekaan saya, RM90 sebab ada penutup

    Nama tak makan ikan darat. Partner (bisnes) saya dan adik ipar saya pun camtu. Kitorang suka tipu diorg masukkan dalam kerabu ke atau apa2 ke. Kadang2 termakan cakap sedap jugak…
    .-= kruel74´s last blog ..School’s out but class still in session =-.

    • @kruel74, dia p soping periuk dengan pakcik google..tu yg siap tau jenama bagai tu…alih2 masuk kt blog makcik Tie…kehkehkeh

      kebetulan adik saya kt Kangar…dah tu dia janji lamaaaaaaaaaaaaaaaaa dah….. ni baru sampai..teruja..terus menerai tak hengat!

      ikan2 saya comel2 tu….org kata sedap…dibela dgn kasih sayang :lol:

  26. err mama! nak teka gak hahaha.

    rm39.90 kurang2 lagi dpt 30 kot hahahaha.
    kalau yonna menang takmo ah periuk. nak baju raya hahaha :mrgreen:
    .-= yonna´s last blog ..Y525 : Disyaki =-.

    • @yonna, tak leh…hadiah tetap periuk..

      weoiii..skrg ni ckp tak guna lah….2-3 tahun lagi…periuk kukus tu berguna sgt
      baju raya…heheheheh..piuk ni murah jelah…beli baju raya dpt 2 meter je kot :lol:

  27. rancak betul main teka harga periuk nih.. err.. jadi pemerhati je la..
    .-= beliamuda´s last blog ..Koleksi Kata-Kata Hikmah (3) =-.

  28. HAPPY BIRTHDAY to your hubby…semuga diberi redha, keberkatan dan taufik hidayah dari Allah swt….
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  29. hohoh nak teka gak la… RM42.90 hahahha
    .-= topo´s last blog ..jom main copy paste plak.. hohoho =-.

  30. Jie ooii….!!

    Ada orang cari harga periuk kukus tu sampai masuk ke blog Tie tau, kih kih … bersemangat betul tu…….
    .-= Tie´s last blog ..Jejari Kreatif (Festival Seni Tembikai) =-.

    • @Tie, depa tau tempat yg betul utk tanya…hahaha..tu la makcik…. :lol:

    • @Tie, nk tau hrga roger sy…
      tp yg kat rmh biru tu pun x larat nak merebus dah…
      .-= kuina´s last blog ..Perjalanan Satu Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Dua =-.

      • @kuina,
        he he…. kalau gitu tentu tak aci… nanti ada orang marah, ekekeke… tak pe laa… Tie teka main2 je.. bagi peluang orang lain. Lagi pun dah ada periuk kukus besor kat rumah atap biru tu…. Tak baik tamak2, kan….kih kih …
        .-= Tie´s last blog ..Jejari Kreatif (Festival Seni Tembikai) =-.

  31. Hmm …. harga periuk, agak-agak RM 75 …… Comel pulak !

    Ikan talapia tu Tie tak berapa gemar, sebenarnya boleh makan tapi tak minat… nak siang pun macam nak perang.
    .-= Tie´s last blog ..Jejari Kreatif (Festival Seni Tembikai) =-.

    • @Tie, owh…. harga tu mungkin untuk pembeli yang datang rombongan cik kiah , bas dari luar…heheheh..tak pun beli masa hujung minggu.

      Tie, mengikut testimonial orang yang dah makan ikan belaan saya ni…sedap..sebab tak bau tanah, selut…ikan ni kolam simen…lagi satu yang special…air mengalir…saya gunakan air fresh dari bukit…air mengalir bukan bertakung.

  32. bagusnya adik kamu dapat addon kat domain kamu! Saya nak addon juga boleh? Ha ;-) war…suri rumah tangga full-time yer? Emm…saya rasa periuk tu…bernilai Rm600 kot?

    Ouh…hari jadi abang kamu hari ini heh? :razz: Selamat hari jadi kepadanya.

  33. Life For Hire says:

    kalau cab zebra…confirm mahal giler babi nyer…kalau cap buaya dan haiwan2 lain, murah sket rasanya…dengan andaian RM80 = 100 cm, 0.8 utk 1 cm. jadi 30cm x 0.8 = RM24. mengambil kira pemboleh2 ubah lain, saya teka rega dia RM27 selepas tawar….
    .-= Life For Hire´s last blog ..Lawak Twitter Dalam David Letterman Show =-.

    • @Life For Hire, pergh ko hebat bab periuk belanga ni ye…. tak sangka aku.. hohoho
      .-= topo´s last blog ..jom main copy paste plak.. hohoho =-.

      • Life For Hire says:

        @topo, ceh..ko ni bikin suspen jer la topo..aku ingatkan kak jie dh reply comment aku dah..haha..

        kalau kak jie cakap betul jawapan aku…baru la ko leh cakap aku pakar periuk belanga…muakkakakkaka
        .-= Life For Hire´s last blog ..Lawak Twitter Dalam David Letterman Show =-.

        • @Life For Hire, korang nai wat lawak je lah…pagi2 kak jie bangun tengok ada budak lelaki dok jual beli periuk. Tak sangka pula banyak betul pengetahuan mengenai periuk…huhuhu

          tapi harga tak tepat… :lol:

          sesi lelong diteruskan :lol:

          • Life For Hire says:

            @Kujie, aiseh…nak kena sampai sen2 ker…memang payah la camni.. :twisted:
            .-= Life For Hire´s last blog ..Lawak Twitter Dalam David Letterman Show =-.

      • @topo, tak nak teka ke?

        hadiah periuk tu….. wat talapia stim sedap tu topo
        nnt kalau menang, kak jie siap printkan resepi :lol:

        • @Kujie, hahaha baru tau hari ni yang ikan talapia tu boleh dmakan… hahahaha jap nak google jap harga dia.. hahah
          .-= topo´s last blog ..jom main copy paste plak.. hohoho =-.

          • Life For Hire says:

            @topo, tak yah google la topo..memang tak der rega….ko akan jumpa fotopages jer yg plg dekat..tuh pon periuk cap zebra..bukan cap buaya… :mrgreen:
            .-= Life For Hire´s last blog ..Lawak Twitter Dalam David Letterman Show =-.

  34. besarnye ikan talapia tu
    lau goreng tu sedap hehe
    .-= nieja´s last blog ..CROCS =-.

  35. selalu pegi padang besar sebab dekat dengan rumah abang saya yang masih menuntut di sintok.

    seronok kan kat rumah ada kolam. lepas ada bunyi air. ada ikan yang boleh dilihat keletahnya. oh mendamaikan. tetiba rindukan suasana tersebut. hu3.

    harga periuk tu tak pasti tapi kat sana murahkan? mungkin dalam RM20!?
    .-= megat´s last blog ..Penduduk Kota Tinggi, Jom Undi Untuk Servis P1 WiMAX! =-.

    • @megat, ramai saudara mara yang tak kenal ada kat area situ…. ;-)

      yup memang murah…tekaan megat hampir tepat!

      rumah kak jie open air….tingkap, sliding door sentiasa terbuka..angin sentiasa menderu2…tak de kerusi antik perabut jati…tak minat..barang2 dlm rumah semua yg praktikal saja…yg digunakan…bukan utk ‘for display only’.

      ada rama2…. ada burung2 kecil….ada labah2…… kak jie siap tanam pokok senduduk..berbuah utk anak2 burung

  36. dah tgk pic yg 18 tahun tu…yg sebelah laki tu sapa :)
    .-= kita´s last blog ..Merdeka 2009 Bersama Blogger Melayu =-.

  37. eh air terjun ngan kolam ikan dalam kawasan rumah ke eh ?
    bestnyer mcm tuh kan

    saya teka harga dia rm80.90 hehe :)
    .-= KNizam´s last blog ..I Swear (live) – Kenny Babyface & Kevon Edmonds – Piano by David Poster =-.

    • @KNizam, air terjun belakang rumah…kena naik kereta dlm 5 minit je
      kolam ikan tu mmg tepi rumah…bersambung atap rmah.

      rm 80.90 – kalau campur tol mungkn itulah harganya :mrgreen:

  38. RM125.90 ..?amcam?jauh lagik atau dah dekat andaian tuh?hehehhe..

    Rezeki terkejut tuh amat menarik kak jie.. :)

    • @arin, wahhhhhhhhh….arin laju je bab periuk :lol:

      tu dah terlebih mahal tu arin… kak jie pun tak berani nak offer hadiah :lol:

Trackbacks

  1. […] Peraduan Teka Harga Periuk sudah ditutup. Kita sudah ada pemenangnya… […]

  2. pligg.com says:

    Brand Padang Besar | Hidup Biar Sedap…

    wah…terus teringat periuk kukus yang dijanjikan setengah tahun dulu tak sampai-sampai. Agaknya nak ternak buaya dulu kot nak dapatkan cop kat periuk….