Bukan Merungut Cuma Berkongsi Jalan Hidup

September 2009 – Januari 2012 suami saya bertugas di negara kedua terbesar di benua Afrika, Algeria. Walaupun terletak di benua Afrika, penduduknya adalah  campuran Arab dan Perancis yang berkulit putih dan berhidung mancung.

Bukan di tengah bandar kotaraya tetapi  tempat kerjanya jauh di tengah benua merentasi timur dan barat Algeria.

Algeria bukanlah negara maju, menurut suami keadaannya adalah seperti Malaysia 30 tahun dahulu. Cuba bayangkan  infrastruktur Malaysia di tahun 70’an-80’an.

Selama tempoh bertugas di sana, perhubungan sejauh lebih 10,500 ± kilometer  tidak pernah menjadi masalah.  Negara  4 musim itu mempunyai jaringan komunikasi yang sangat baik.

Dengan perbezaan masa 7 jam, setiap jam 7 malam waktu Malaysia saya akan menunggu di depan komputer untuk bervideo call memandangkan di sana adalah waktu rehat ( waktu makan tenghari ) jam 12 tenghari.  Semua cerita anak beranak tidak pernah ketinggalan.

Kami boleh meraikan ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan hari raya secara langsung melalui komputer masing-masing.  Boleh merasai semua keadaan walaupun jarak jauh.

Hanya sesekali kami mengalami gangguan internet tetapi talian telefon bimbit tidak pernah menjadi masalah.  Bila-bila masa ada talian dan boleh berhubung.  Berskype, yahoo video call atau gunakan applikasi percuma viber.

 

Kembali ke masa sekarang……

Mac 2012 – Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ( Tasik Kenyir ) Malaysia negara membangun, canggih , hebat .  Jaraknya cuma  400± kilometer dari rumah.

Tiada internet – wifi apalagi.  Viber jauh sekali.  Video call jangan mimpi!

Talian telefon yang terhad – Hari Jumaat apabila suami memandu keluar ke perkampungan terdekat ( lebih kurang 30 KM ) untuk sembahyang Jumaat, barulah kami boleh membuat panggilan secara jelas.

Suami bekerja 10 jam sehari berterusan untuk 3 minggu dan mengambil cuti terkumpul untuk balik bercuti 3 hari.  Memandu 6 jam untuk balik dan 6 jam lagi untuk kembali semula ke tapak projek.

Inilah kisah perkahwinan jarak jauh kami – kepada pasangan lain yang bertuah mempunyai keluarga lengkap , bersyukurlah.  Peliharalah dengan sebaiknya.  Janganlah terlalu demand  masing-masing nak menang.  Bukan ada piala pusingan pun!

Tolak ansur dan terima jalan hidup kita seadanya  adalah kunci penting untuk mendapatkan kesejahteraan dalam perkahwinan.  Tak kiralah perkahwinan jarak jauh atau perkahwinan depan batang hidung. ( tatau antonim yang betul )

©kujie – ini bebelan dari entri wordless wednesday semalam tu……

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Bukan Merungut Cuma Berkongsi Jalan Hidup”

  1. Salam tuan rumah. Saya singgah sini ye. Harap tuan rumah ok2 je. Sebab pintu pun tak berkunci. Kalau tuan rumah jenis syok sendiri mesti tuan rumah tutup pintu ataupun ada tetamu khas je yg boleh singgah kemari. Bukan nak nyusahkan tuan rumah pun. Minta maaf ye tuan rumah kalau tak suka dengan kehadiran tak diundang ini.
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Wordless Wednesday – Kajang BanjirMy Profile

  2. bila perkahwinan diaplikasikan sebagai penguasaan, tu yang jauh sikit dah tak tahan, silap sikit dah nak cerai..

    padahal perkahwinan tu adalah satu ikatan..selagi tak dibuka atau dilonggarkan simpulannya, selama itu jugak la akan berkekalan sengatannya tak kira walau di mana juga berada, walau berapa lama jua masanya..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Inilah diaMy Profile

  3. salam..

    pertama kali membaca, sy begitu sebak. begitu kuat orgnya yang mampu menghadapi perpisahan jauh begini, sementelah saya baru baca berita di paper yang suami isteri tidak pernah duduk sebumbung selama 27 tahun n 17 tahun, semata-mata kerana tuntutan kerja.

    hanya wanita yang kuat mampu menghadapinya.. semoga terus tabah dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.
    Jom terjah post menarik dari syira ..Al-Fatihah, Bob Kuman @ Husni Mohd Rawi Meninggal DuniaMy Profile

  4. kikiki, memanglaa camtue.. kalo kat russia nie, kite pegi kat belah utara tue.. walopon nampak cam kawasan kampung tapi tenet still laju, semua kemudahan ader.. rumah diorg jer cam kayu2 sket.. tapi fasiliti semua lebih dari kite.. huhu
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Bob Kuman Meninggal DuniaMy Profile

  5. oo Algeria walaupun tak maju komunikasinya bagus, berbanding malaysia. saya rasakan dalam perkahwinan terima seadanya atau ‘redha’ tuh yang penting sekali sebab kalau takde yang itu walau sesabar mana pun kita tetap hancur jugak perkahwinan tu sebab demad yang tinggi tuh.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Hilang Stress Tengok Mimik MukaMy Profile

    1. betullah tu …. org lain mgkn boleh berlalu pergi kalau suka ke tak suka
      tetapi bila kita dah terima dia sebagai pasangan, buruk baik kena terima
      mgkn perit tetapi ada cara utk hilangkan rasa tu

      pandang diri sendiri – owhhh… aku pun ada juga kekurangan sana sini
      jadi….kita akan terima dia seadanya.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita My Profile

  6. Banyak faktor mempengaruhi jaringan komunikasi yang baik. Palingnya adalah polisi pembangunan sesebuah negara. Polisi yang menyeluruh tanpa menghadkan atas dasar perbezaan pegangan dan pemikiran amat penting. Dasar pemerintahan pusat yang telus dan adil tanpa ada ‘bias’ juga amat penting. Bersatu atas dasar kesentosaan dan keamanan dan kemajuan menjadi impian semua negara adalah jauh amat penting dari cita-cita penguasaan menyeluruh. Selain itu dapat dilihat kuasa Allah, di mana jauh atau dekat itu mungkin hanya pada ukuran kilometer, tapi bila dipermudahkan olehNya, segalanya mungkin. Sebaliknya jika dekat dari segi jarak, mungkin’ faktor lain’ pula menjarakkan komunikasi.
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..AKHIR CERITA, BERGAMBAR DI GUA HIRA’My Profile

  7. Kongsi hidup bukan yang indah-indah je, yang tak berapa indah pun menarik juga. Sebagai pedoman untuk kita semua. Terima kasih atas bebelan kakjie.. memang berguna buat yang nak kawin, baru kawin dan dah lama kawin.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Apabila Maksiat Semakin BiasaMy Profile

    1. tu cuma perenggan terakhir je

      dua gambar yg diletakkan adalah isi yang nak dikongsi, pengalaman sebenar jarak jauh dan dekat….. dlm hidup ini tidak ada yg sempurna, kita tak mungkin dapat semua apa yang kita nak
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bersih Di Sungai KedondongMy Profile

    1. terimakasih – ini cuma berkongsi pengalaman

      saya dah lalui perkahwinan jarak jauh bukan sehari, bukan setahun

      perkara yang ingin dikongsi di sini adalah – kemudahan yang tidak menyeluruh di segenap negara. ada kawasan yang langsung tidak mempunyai akses kepada komunikasi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perlu Petua Bibir KeringMy Profile

  8. setiap manusia ada ujian masing2..kena banyakkan sabar dan syukur..

    kak jie masih beruntung pasangan masih bertanggungjawab mencari nafkah demi kelangsungan hidup isteri dan anak2..masih mengambil tahu dan ambil berat..walau kena memandu jauh tetap pulang ke rumah..

    macam dalam entry lama kak jie..takpe mengalah sikit..sebab kebaikan yang diperoleh lebih banyak..kannn…

    1. cuti 1 Mei baru² ni – abg sampai rumah 10 malam, esoknya 24jam bersama family dan 10malam pula memandu balik sana.

      nasib baik polisi tempat kerja, kalau esok cuti, hari ni boleh balik selepas kul 3, so ada masak memandu balik walau jauh. kemudian hari berikutnya boleh masuk kerja sebelum kul 10. ada ruang dan masa untuk perjalanan jauh.

      cuti sekolah 2 minggu ni, kak jie cadang nak pi dok sana…wwwuuuuu….pengalaman baru
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita My Profile

      1. Hohohoho !

        Mesti seronok dapat duduk sana dengan suami terchenta ! Terbayang sesuatu yang sangat indah di sini … hehehe

        p/s: Kadang-kadang rasa tertekan jugak dengan rangkaian talian kat Malaysia ni. Pernah lah jugak berbalah cuma kerana talian terputus-putus. Sudahnya, masing-masing ketawa bila line dah ok balik… hehe

  9. berdasarkan entri kak ni, nampaknya Malaysia masih ketinggalan dalam hal ni. kat Algeria, area luar bandar pun boleh guna Internet. hebat 🙂

Comments are closed.