Peribadi

Cari duit jangan hilang kawan

Baca entri Eddie yang terbaru tentang The Un-sangka-rable marketing tu terus teringat nak share juga satu kisah yang tak sama tapi akibat yang kami terima, sama saja kesan kepiluannya. Saya rasa ramai pun yang pernah merasai apa yang saya, awak, dia, kamu, kami, mereka rasa.

* pause kejap, nak cari fakta lengkap di twitter.

Tarikh paling tepat 30/9/2009- kutip dari history twitter. ( baca dari bawah )

taktik MLM

Dua hari sebelum itu, Intan bagitahu saya yang cikgu dia minta nombor telefon saya, dia nak datang rumah  Bukan cikgu kelas Intan tetapi cikgu yang mengajar salah satu mata pelajaran. Saya gembira! – suci murninya hati cikgu ini kerana punya keinginan untuk kenal dengan ibubapa muridnya. Saya bayangkan cikgu nak datang bertandang ziarah hari raya Aidilfitri. Masih dalam awal Syawal .

Dua hari kemudian , cikgu Intan telefon. Macam biasa bertanya free ke? ada kat rumah ke? boleh datang ke?

Saya orang melayu yang beradap, walaupun tidak pernah menonton atau cuba-cuba memohon masuk dalam program pencarian gadis melayu. Kesudian cikgu amatlah saya hargai, bak tak cukup tapak tangan, padang bola saya tadahkan.

Tapi…..

Sebelum dia letak telefon, ada satu ayat yang terus meyentap hati. Saya akan datang dengan kawan, ada hal yang nak dibincang dan nak tunjukkan satu produk dengan pesanan lunak, ‘tak perlu masak-masak’

Tersentap saya!

Selalunya musim raya, kalau ada tetamu nak datang mesti kita berkira-kira nak masak, nak meraikan tetamu nak nak masih awal Syawal. Tambahan lagi dia adalah guru anak saya.

Terus mood saya melayang-layang tanpa arah. Terlajak perahu tak boleh diundur, kata sudah terucap. Saya rasa sedih diperlaku seperti ini di waktu suasana hariraya masih terasa. LEBIH MENGURIS HATI, SUAMI BARU 3 HARI TERBANG KE ALGERIA. MASIH DALAM RINDU, MASIH DALAM KECELARUAN HDUP DITINGGALKAN UNTUK PERTAMA KALI. Kutip kain baju dia nak cuci , meleleh airmata, susun kasut dan selipar di tangga rumah, menitis air mata.   ( Beliau tahu suami saya baru outstation untuk setahun )

Janji telah diikat, saya tak boleh menipu untuk menolak, Saya perlu bermanis muka terima tetamu walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tidak selesanya saya dan saya tetap melayan beliau dengan niat menziarah di hari raya. Kalau dia bagitahu awal-awal tujuan utama , tentu saya akan jawap tidak. Saya tak free!

Macam biasa, sesi buka laptop, tunjukkan plan itu ini.  Yang bagus yang indah yang kaya yang terkenal yang mengetop.

82020838

Saya hidangkan kuih raya dan jamukan teh seperti bersantai minum petang.

Satu jam berlalu. Akhirnya saya cakap ” tak apalah, nanti saya tanya suami dulu “

* tak mungkin saya akan cakap dengan suami tentang hal ini, buat apa saya nak peningkan dia dengan hal-hal tak penting seperti ini sedangkan dia baru memulakan hidup ditempat baru, baru nak sesuaikan diri dengan bekerja di tempat orang. Nak tempuh cuaca, makanan, komunikasi dengan orang asing.

Bila saya cakap nak beritahu suami dulu, dia boleh balas

” kalau saya…. kalau benda2 tu baik untuk saya, saya tak tanya orang lain, saya terus je terima dan buat keputusan”

OMG!!!!! Kalau tadi perasaan suka, gembira menerima tetamu  adalah juga 30%, sekarang ZERO! KOSONG!   Seolah-olah saya ini surirumah @ isteri yang kuno ditindas suami.

Beliau adalah seorang guru yang sedang melanjutkan MASTER! Saya jadi geram dan kecewa . Setinggi mana pun taraf pendidikan dan sekuno mana pun saya, saya masih mempertahankan taraf kedudukan suami dalam rumahtangga.

Itulah kunci bahagia rumahtangga ( selagi suami masih menjalankan tanggungjawap beliau )

Keperluan, cara hidup, latar belakang dan taraf pendidikan kita mungkin bebeza, kita mungkin melihat hidup ini dari pandangan yang berbeza. Walaupun suami saya berada lebih 10,000 km , dia tetap suami saya. Saya wajib mendahulukan dia dalam hal ini – ustazah saya pesan, buat sesuatu biarlah dalam pengetahuan suami.

Saya bukan benci MLM tetapi saya benci cara orang MLM mengerakkan MLM.  Kau nak jual gajah, nak jual rimau, kuda belang ke ,  kapal terbang , jet peribadi pun – itu satu bidang perniagaan yang bagus tetapi……………. janganlah mempergunakan anak murid sendiri!

©Kujie – sudahlah…saya tak boleh menulis lagi * kebod kelu* . Dia guru anak saya, hilang keberkatan kalau saya membenci tetapi saya bukan benci dia, saya benci cara mereka – mereka- mereka yang selalu mempergunakan orang seperti itu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

64 thoughts on “Cari duit jangan hilang kawan

  1. Alahai,
    Kak Long pun pernah terkena dengan kawan lama. Seronok dengan perjumpaan kawan lama tiba-tiba pudar bila ramai yang tak dikenali turut bersama serta strateginya bagai mendesak dan memaksa. 😕

    MLM tu tak salah, cuma bila orang yang menjalankannya tidak mengikut cara yang sewajarnya, MLM boleh dipandang serong.

    Kak Long kagum orang yang boleh berjaya dalam MLM ni. Memang perlu usaha yang gigih dan kelebihan setiap orang berbeza. Cuma jaganlah paksa setiap orang ikut cara kita. Perniagaan memang salah satu punca rezeki yang digalakkan, tapi biarlah berhemah kan?
    .-= Kak Long´s last blog ..Dairi hati seorang guru =-.

  2. macam² hal yang melibatkan MLM ni. kadang² rasa bengang pun ada ngan si penggerak MLM ni tetapi cara dorang x menghalalkan matlamat sebenar. kadang ada yg main paksa, paksa dan terus paksa. paling keji, dorang belikan terus produk tersebut tanpa ada sebarang persetujuan/kata putus dari kita. alih² kita gak yg kena bayar. 😎

  3. Rasanya semua orang pernah ada pengalaman menarik dan pahit dgn MLM…akak pun pernah terkena… kena ada cara berhikmah nak mengelak …

    tapi sebenarnya tak semua MLM tu tak betul… akak dah terjoin MLM yg bagus… alhamdulillah memang lumayan… dan alhamdulillah juga mudah melaluinya hingga mampu ke Tanah Suci thn lalu….

    yg penting apa yg dijual oleh MLM tu…kalau produknya memang bagus, bukan kita cari customer, tapi customer yg cari kita…. dan jangan terlalu taksub dgn produk tu hingga lupa bersyukur kepada Nya….

    Jangan la rasa rendah diri sebagai suri rumah…akak pun suri gak…tapi suri hati suami dan anak2…. ada ijazah dan diploma dr UKM… sempat bekerja 15 thn tapi kerana Allah telah membuka hati utk menjadi suri hati… ok jer….kerana keikhlasan itu alhamdulillah rezeki kami melimpah ruah….amin…

  4. Pergi rumah kawan-kawan mempromosi bisnis atau produk adalah strategi YANG TERAMAT SALAH dan TAK MEMBUAN MASA. Apabila kita pergi ke rumah kawan maknanya mereka mengawal situasi jadi bila mereka tak suka mereka akan buka TV, buat2 ke toilet dan sebagainya. Strategi yang terbaik kita mesti jujur katakan bahwa kita nak kongsi bisnis kalau berminat jemput dia datang ke rumah KITA atau jumpa di cafe. Kebaikannya: 1) Kita akan bercerita kepada yang ada minat sahaja jadi tak buang masa 2) kita yang mengawal situasi perbincangan tersebut.

    Banyak lagi nak cerita tapi lain masa lah.
    .-= denaihati´s last blog ..Syukur Dapat Wang Ehsan =-.

  5. salam… ini kali pertama saya sampai sini…
    first saya baca entri nie… saya mmg terkejut sgt… begini ke perangai orang buat kerja? mengucap panjang saya tadi.. lagi2 bila baca ayat nie..

    ” kalau saya…. kalau benda2 tu baik untuk saya, saya tak tanya orang lain, saya terus je terima dan buat keputusan”

    berniaga buatlah cara berniaga… berfikir guna otak bukan guna lutut… islam melarang si isteri berbuat sesuatu tanpa kebenaran suami dia.. dia nie nak paksa kita langgar arahan islam ker??

    aduhai…. adakah dia bukan islam? atau terlalu taksub menjual sehingga x mengira apa perasaan org?

    hmm..
    .-= ahmadsufi6177´s last blog ..Cara Membuat Favicon Kita Sendiri =-.

  6. aku pun ada cerita menarik..
    kena buat en3 khas .. :mrgreen:
    .-= kuina´s last blog ..Jom tengok Kartooooon =-.

  7. Walaupuan saya pernah cebur MLM agak lama tp kini saya tawar.Dulu mmg saya buat duit tp utk apa? Bahagiakah duit banyak? Kekadang saya marah sbb pendekatan yang diguna agak memeras. Ini pun salah satu punca saya berhenti terus dari MLM. Biarlah tak punya banyak wang asalkan banyak kawan yang penting banyak iman. 😉
    .-= haritz´s last blog ..AlFarabi Band – Ngetop Di Facebook =-.

  8. Nilah kenapa saya benci MLM..sebab kebanyakkan yang join MLM ni terpaksa jual produk sebab dah melabur..pastu yang jadi mangsa ialah kenalan, sedara dan orang terdekat..hohoho..

    **amboi, theme baru jugak ek..tapi kosong sgtlah kak jie

  9. Baru-baru ni saya juga mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mengaku adik ipar kepada kawan saya semasa bertugas di Pahang. Saya ingat telefon hanya nak bertanya khabar atau memperkenalkan diri rupa-rupanya ada udang di sebalik mi. Nak ajak dengar MLM la apa lagi. Sekarang fobia nak jawab phone kalau tak kenal nombor tu.
    .-= ebor´s last blog ..Maklumat Ahli Keluarga Yang Akan Hadir =-.

  10. adehhh .. tulah kan Jie
    kalo akak pon mesti dah terperangkap macam kamu
    macam mana nak kata “TIDAKKKKKKKKKK …”

    sebagai seorang guru yang terpelajar
    tak sepatutnya ayat ni terkeluar dari mulut dia:-

    ” kalau saya…. kalau benda2 tu baik untuk saya, saya tak tanya orang lain, saya terus je terima dan buat keputusan”

    (akak copypaste balik yang kat atas tu)

    sapa “orang lain” yang dimaksudkan beliau?

    kalo dia paham agama …
    dia akan tahu kat mana tarafnya “orang lain” yang dimaksudkan

    *
    .-= uji6june´s last blog ..Jenayah Siber =-.

    1. @uji6june, susahkan… dah bersetuju awal2 sebab memang ingat ke orang nak menziarah hari raya..rupa-rupa ada niat lain

      waktu tu suami baru 3 hari outstation untuk tempoh yang lama..setahun
      keadaan emosi sendiri pun belum stabil

  11. Adoilaaa, menda2 macam ni memang menbosaikan mood dan rasa hormat kita kepada sesetengah orang.
    Business apa pun tak pe asalkan dibuat dengan cara yg benar. Tapi kalau dah sampai downgrade orang dan terang2 mendesak, memang lah tak dapat nak lari dari rasa menyampah. Sabor je laa 🙄
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Flora Cinta… =-.

    1. @iza~de~bintang, kalau ikut keadaan , mmg tak ada mood nak terima tetamu…abang baru je pergi… kita yg di sini masih cuba nak sesuaikan diri…

      tetapi dah orang cakap nak datang, tak elok pula menolak

      tak sangka pula… mcm tu jadinya

  12. :)) muahahahaha
    tu lah demam org MLM
    dia org dlm dunia mereka tersendiri
    ustaz dan ustazah pun ada yg demam MLM ni
    lupa sumer

    sabar je lah

    1. @mz, nak berniaga, berniagalah lek lok tak dak sapa nak larang pun
      tapi bila dah memperkecilkan orang lain, sampai tahap tak menghormati suami saya

      mmg hangin lah pakcik

      tiap org ada kepakaran masing, mungkin kepakaran dia berniaga, kepakaran saya tidak
      jadi jgnlah nak paksa2 suruh saya join benda yang bukan kepakaran saya

  13. salam kak..
    rase macam first time komen sini..
    sejak kebelakangan ni terpaksa jadi silent readers je..
    huhu..

    saye nak cerita satu kisah jugak..
    kawan2 saye ade yang pernah terjebak dgn MLM ni.
    macam yang dijangka, semuanya hanya harapan je yang tinggal..
    kene tipu pun ade…

    diorang ditaburkan dengan janji wang semata2..
    dan yang paling teruk melibatkan mak bapak..
    “Korang taknak hantar parents pegi haji ke?”, “Tak rase bersalah ke dengan mak bapak, sebab takdapat nak hantar dorang pegi haji?”

    macam2 lagi ayat yang boleh meruntun jiwa..dan yang lagi sedih bile kite rugi, mak bapak pulak yang terpakse menanggung kerugian kita..

    saye bukan cakap ikut sedap kata, saye nampak dan dengar dengan mate dan telinga saye sendiri..

    huhu..
    .-= msanissyahirah´s last blog ..Mengalami emosi yang tak beberape nak GAH ni.. =-.

    1. @msanissyahirah, kan…….kan… masalah sikap mereka mengerakkan MLM itu yang buat orang menjauhkan diri

      mula memperkecilkan syarikat lain
      syarikat lain tu tak betul
      syarikat dia je
      ramai dah kaya raya
      keluarkan gambar2 cek & gambar depan rumah depan merc

      kecukupan kita bukan bermakna setiap org mesti ada merc , mesti ada rumah besar
      tapi kecukupan kita adalah rezeki yang berkat

      1. @Kujie, saya memang tak setuju dengan strategi tunjuk kemewahan kereta dan rumah besar…adakah itu sahaja matlamat kita untuk berjaya dalam bisnis???? saya tak pernah dan tak akan pernah buat strategi itu….
        .-= denaihati´s last blog ..Syukur Dapat Wang Ehsan =-.

      2. @Kujie, betul tu kak…ade kawan yang involve dengan mende ni pun, rdah amai kekawan taknak dekat..

        de kwn yg pernah kene tipu tuh ckp, bergambar dengan kereta merc pelbagai dan bgambar dengan duit byk tuh semua tipu je..

        pinjam tah sape punye, pastu amik la gambar..hihi…

        biar tak kaya, asal kawan2 ade bersama..
        .-= msanissyahirah´s last blog ..Mengalami emosi yang tak beberape nak GAH ni.. =-.

  14. Masalah dengan MLM ini, cara marketing die terlalu agresive. Asik ‘nak close’ cecepat je. Kalau orang tanak join, cakap bacul la.. WTH la kan? Duit aku, aku yg punye. Bukan dikongsi bersama.

    1. @NoktahHitam, ramai yang putus kawan sebab MLM
      masing-masing nak kaya secepat-cepat

      soalan yang menusuk hati

      ” tak nak kaya ke?”

      dia tahu ke kita kaya ke tidak, perlu ke kita tunjukkan rumah 4-5 buah, lekun patlima puluh ekor… harta bukan untuk ditunjuk -tunjuk.

  15. ape nk salahkn MLM plak…?MLM x salah..tp pendekatan kene btol laaa…salah ke berniaga?fikirkan…husnul zhan….

    1. @namaku MLM, tak baca sampai habis ke?

      Saya bukan benci MLM tetapi saya benci cara orang MLM mengerakkan MLM.

      baca dgn tenang, jangan skip2, macam nak cepat kaya je 😉

  16. Sy tak penah pegi umah anak murid sy
    dan sy tak penah wat bisnes MLM tp
    kalo nk makan mee lidi, jemputlah
    ke warung. Hehehe!!! 😆
    .-= Eriyza´s last blog ..Mee Lidi Yang Asli =-.

    1. @Eriyza, rasa sedih tau … sebab keadaan kak jie masa tu
      masih sedih, masih mood raya
      mana ada mood nk MLM ke hapa

  17. kak,

    dalam ramai2 yg buat MLM tu memanglah mika mandu beemer, merc dan apa2 lagi, tapi semua tu gimmik marketing je.

    setakat ni cuma seorg je baru yg saya jumpa, dia pendakwah, penguatkuasa jab agama, dan buat MLM bukan utk duit poket sendiri tapi utk biayai sek tahfiz yg yurannya FREE… semua dia bayarkan. so, mencari cuit dunia utk ganjaran akhirat.

    yg lain2 semuanya janjikan fulus lipat2 ganda…. sampai kena kerja larut malam.
    .-= AyKay´s last blog ..Pendakwah Kelas A, Grade G7? =-.

    1. @AyKay, kami dari latar belakang orang kuat bekerja dari titik peluh tulang empat kerat bukan jenis kaya dengan bergaya…….

      jadi cara memandang kecukupan, kekayaan tu berbeza dgn orang2 yang NAK KAYA.

      Apa yang ada sudah mencukupi dengan keperluan, itukan ustaz2 selalu pesan

  18. saya dah lama diburu oleh geng2 ni, petua saya, dengar – boleh, percaya – jangan. sebab yang berjaya memang ramai, dan yang gagal, lagi ramai. kalau diorg tanya, ckp je saya da lama dengar tentang ni, tapi x berminat. kalau kita bagi alasan, mereka akan buru sehingga kita habis alasan. contohnya, kalau kita cakap nak tanya suami, nanti 2 / 3 hari dia tepon, tanya dah tanya suami..? dan pelbagai lagi

    1. @aimanxkisah, bila kita dengar, selagi kita tak join tak gerak dia dari rumah

      tak selesa tau orang bertandang lama2 kat rumah

      ikut adat dan agama pun, kalau kita menziarah, kena berpada2..tak boleh lama sgt

  19. kesal. kesal dilakukan macam tu. kepercayaan seperti dirobek. tp hidup berlandaskan pegangan islam. masih waras.

    yang menjadi masalah ada dari mereka tidak menghargai apa yang kita pegang. nilai-nilai murni kita.

    boleh hancur berkecai. mungkin cara akak macam tu. cara sy sudah pasti lagi pedih sepedihnya hati sy juga.

    tidak benci MLM tapi benci pada cara orang yang menjalankan cara macam ni
    .-= megat´s last blog ..Perkara-perkara Asas Wajib Tahu Sebelum Sembahyang =-.

    1. @megat, Kak Jie mungkin generasi dianggap kuno yang , yang akan cakap ‘ nanti tanya suami dulu’

      kalau ikut personaliti kak jie yang boleh berdikari boleh buat keputusan sendiri tetapi dalam sesuatu keadaan, memang kak jie amat2 meletakkan taraf suami yang tinggi dalam rumahtangga.

      Ramai org sekarang pandang remeh hal sekecil ini. Mereka generasi yang konon-kononnya berdiri sama taraf dgn lelaki kerana mempunyai pendidikan yang tinggi dan jawatan yang baik.

      Jangan jerat kebaikan orang untuk diri sendiri – itu cara MLM yang salah

  20. menyampah betul orang2 camni… igtkan call dan nak jumpa sebab rindu2an ke… rupenye semata nak pomot MLM 🙁

    kot ye pon nak berbisnes, tgkla tempat @ masa @ sesuaikanla dengan sape kite nak pomot… bisnes tu tak salah

    yang salahnye org2 wt marketing membuta tuli 👿
    .-= mrs azmi´s last blog ..dosa jual beli hari jumaat =-.

    1. @mrs azmi, Kak Jie tersepit…dia cikgu BI Intan
      pada mulanya mmg ingat nak dtg beraya
      dah kita setuju …nk dtg , datanglah
      baru dia ckp niat sebenar

  21. MLM pada saya ok kalau kena caranya.. Masalah timbul bila masing-masing bertahtakan duit. Maklumlah MLM mostly based on head hunting, not selling the products. kalau dapat lebih downline.. maknanya.. masyukkk..

    p/s- sikit2 bolehlah promo… kalau nak lebih, iklan dalam paper atau internet…
    .-= samdaddycool´s last blog ..Serangan Jantung dan Minum Air Suam =-.

    1. @samdaddycool, ramai sangat yang membuatkan MLM tu tak betul caranya.

      kita tak nak join, mulalah bercakap seolah2 kita ni melepaskan peluang yang ada
      kita tak pandai merebut peluang
      sedangkan dia tak kenal pun kita secara mendapam
      dia tak tahu pun kita mungkin ada bisness yang berjaya
      tak kan nak heboh2 kan kekayaan kita , snap gambar depan merc, depan banglo
      bagi tau org…

  22. Saya ada seorang yang terkenal dan dikenali semua orang sedang mengejar saya tentang MLM ni. Macam biasa habis semua nama orang lain dijual nya.

    On the flip side, saya ada satu persoalan. Semua sykt MLM ni semua company besar2 dan jika kita perasan hampir setiap papan iklan ada iklan diorang. Yang masuk tu ada pulak yang memang dah ada bisnes lain.

    Ada kah satu trend skrg? Well-known businessperson joining MLM to exploit it for their own business? 🙄
    .-= kruel74´s last blog ..Business partners need to talk to each other =-.

  23. Kami pun pernah terkena. Dia pulak kawan suami. Mulanya dia cuma datang berdua dengan isteri, tapi tanpa diberitahu dia telah menjemput rakannya (yang telah berjaya dengan Merc lampu bulat ) ke rumah saya. Mereka datang lewat petang. Cakap punya cakap, pukul 12.00 malam baru tahu nak balik. Itupun selepas suami terpaksa menerima menjadi ahli. Selepas itu serik berhubungan dengan kawan suami tu lagi.. tak sedar kah mereka, cara mereka tu membuat orang menyampah dan melarikan diri. Huh!
    .-= Sue´s last blog ..Mimpi indah… =-.

    1. @Sue, dari petang sampai lewat malam… 😈

      tak selesanya….itulah yang orang tak suka
      berniaga elok, tetapi cara tu yang salah

  24. org bodoh je join MLM (i mean MLM yang dok mkn duit org bawah). heh., matilah yonna kena maki lepas ni hahaha

    takpe lah ma.lepas ni hati.lagi2 kalau kawan lama tergedik2 nak jumpa sgt. heh kompom pasal MLM ni.

    diorg dah berjaya,dah ada bmw,dah ada kereta besar.tapi kesian kan? diorg lupa diri.tak reti nak bersyukur. sebab tu duit x penah2 cukup.
    .-= yonna´s last blog ..Y565 : Cuit Balik =-.

    1. @yonna, nak jual apa pun, nk perkenalkan produk apa pun… deria ke-6 kena ada. Jangan main redah je

      kita ni dlm kesedihan, baru kena tinggal..muahahahaha 😆
      dah dtg, boleh pula kecil2kan suami kita

  25. yeee…seperti mana ada seorang nieh pernah cakap pada sha,

    “kalau harap gaji kau setakat 3-4 ribu boleh buat apa, sha?”

    oohhh…jangan hina titik peluh sha….menitik air mata masa tu.

    sabar kak jie…kita bersama dalam hal nieh….
    .-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: me and udang panjat =-.

    1. @cheryna, kak jie bukan nak cakap tentang sistem atau produk tetapi cara – gunakan murid sendiri.

      lagi satu, tiap orang ada bidang dan kepakaran masing2 untuk ‘buat duit’
      tak perlu memperkecilkan usaha orang lain.

      lagi satu , Intan cakap cikgu tanya, mama keje apa, bila Intan cakap mama tak kerja dia macam terkejut

      ” tak kerja?”

      ohhh…. kak jie ingat ke kak jie surirumah ni seteruk kuno dah…rupanya org bijak pandai kat luar sana pun mentaliti bawah tempurung

Comments are closed.