Cikgu Cinta Terhalang Dengan Cicak Tokek Kirim Serunding Daging

serunding daging

Tenghari tadi dalam perjalanan hantar Intan ke sekolah, dapat panggilan dari pihak courier. Depan pintu katanya…. ada bungkusan untuk Puan.

Memandangkan saya berada kurang 2 kilometer dari rumah, saya minta encik pos tinggalkan saja di depan rumah, gate tak berkunci. Dia minta pengesahan kad pengenalan. Selesai.

cara bungkus hadiah
Sampai depan rumah saya nampak kotak gambar love warna pink macam ni. Saya ingatkan buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia tulisan Lucius Maximus yang telah ditempah sejak 24 Dis 2011. Rupa-rupanya bukan… ada kotak besar!

Nama pengirim Cikgu Nasir. Cikgu mana le pula……

Buka saja kotak terjelir lidah si cicak tokek.  Terkejut anak beruk kejap.   Simpan paper ni nak baca kejap lagi.

Kemudian ada lagi… macam ruangan Cik Sri Siantan pula tanya tentang masalah cinta terhalang.  Ni pun simpan nak baca kejap lagi..hiks!

Adoilah……. cikgu ni ada masalah cinta ke?

serunding daging

Tadaaaa………………. akhirnya 3 bungkus serunding tergolek dibalut suratkhabar lama.

Saya sms ke nombor yang tertera pada alamat pengirim ” Salam, ni no tel suami Cikgu Panji ke? Serunding dah sampai “

Main serkap jarang saja sebab saya ni pembaca blog Cikgu Panji dan tau suami dia Cikgu Nasir anak perempuannya nama Ain. Tak ada  yang lain orang Kota Bharu ni.

Memang betullah , kiriman dari Cikgu Rumah Kuning… cikgu ni nak buat kejutan hari jadi ke ape…lambat lagi.  Suspen je tak letak identiti sendiri.

Terimakasih cikgu, semoga hari jadi cikgu yang lepas tertunai hajat untuk dapat benda yang boleh disangkut kat bahu tu… :p

Nasib baik tak kena serangan jantung……….. korang lain kali kalau nak kirimkan hadiah Honda Insight siap beriben , tolonglah inform dulu, takut nanti saya pengsan patlima jam!

28 Replies to “Cikgu Cinta Terhalang Dengan Cicak Tokek Kirim Serunding Daging”

  1. Bila terbaca tajuk kat google reader terus klik,ingatkan orang putus cinta bagi cicak tokek kak Jie hehehe…serunding kelantan memang sedap nak pulak daging tu dari daging kerbau,urat kasar2….makan dengan nasi panas sedap tu 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azman ..Bila Tiub KeluarMy Profile

Comments are closed.