Hidup Biar Sedap Kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…
  • Biodata
  • Blog Tutorial
  • Kenangan Lalu
  • Tanya Kujie
    • Hubungi Kujie
    • Pengiklanan
  • Teman Tapi Mesra
  • Wajib Baca
Search
Kategori: Perayaan, Peribadi | 15 November 2008 |
Cukupkah syarat berzakat?

..makcik dah cuti sekolah!  Driber bas dah cuti, makcik kantin dah cuti…. selamat bercuti juga untuk kawan-kawan cikgu cikgi saya -CikguPanji ,  , Cikgu Ira , Cikgu Zue , Cikgu Nurul , Cikgu Bani Hassim , Cikgu Lawa dan semua cikgu-cikgu di mana saja berada. Tapi saya tahu masih ramai cikgu yang ‘tidak bercuti’.

Lagi sebulan setengah kita akan tinggalkan 2008.  Cepat benar masa berlalu. Kita terlalu sibuk dengan hal-hal yang berkaitan dunia sehinggakan tidak sedar masa berlalu terlalu pantas.

Benar sungguh apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani , yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Bayangkan sekarang ini seolah-olah banyak perkara belum sempat diselesaikan, tiba-tiba masa sudah berlalu.

Hujung bulan lepas , suami saya cukup memenuhi syarat wajib berzakat antaranya cukup haul dan nisabnya. Kebiasaanya sebelum kami menyempurnakan ibadah korban, kami akan selesaikan dulu beberapa perkara wajib tentang hasil pendapatan . Bakinya baru digunakan untuk berkorban.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” – (Surah al-Zariyat, ayat 19)

Sekarang ini mudah sangat untuk menbayar zakat. Kunjungi laman web www.e-zakat.com.my dan semak senarai kaunter zakat mengikut daerah.

CUKUP NISAB – Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

CUKUP HAUL – Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut 12 bulan Kamariah (bulan Hijrah) atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Selesai tunaikan zakat, kami cukupkan simpanan didalam Tabung Haji dan mendaftar untuk menunaikan rujuh Islam ke- 5 itu. Gilirannya lagi 13 tahun – 2021. Kata suami biarlah target kita itu akan menjadikan kita berusaha untuk menyempurnakan diri dengan ibadat.  Nak buat jahat tu …mesti beringat²..hehehehe.

* Saya dapat dari email gambar perkahwian Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari – Moga rumahtangga mereka kekal bahagia selamanya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Kujie
View all posts by Kujie
Kujies website

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Kadar zakat fitrah 2008
  2. Sabtu Yang Santai
  3. Hargai apa yang kita miliki saat ini
Masalah komen di blogspot »

20 Berkongsi Rasa!

  • |1f34|-|1r3 says:
    15/11/2008 at 9:37 pm

    nak buat jahat tuh kena beringat2? beringat2 buat jahat sikit jer atau beringat2 jangan buat jahat langsung ??

    |1f34|-|1r3s last blog post..Inserting Adsense Code To Your Blog Post

    Balas
    • Kujie says:
      16/11/2008 at 7:35 am

      @|1f34|-|1r3, hehehe..kita berubah kalau boleh menjadi lebih baik..hehehe
      pelan2 pun tak pe…tapi berusaha ke arah yang lebih baik :lol:

      Balas
  • nuaeman says:
    15/11/2008 at 6:46 pm

    Kalau nak berzakat munkin kak Jie boleh berzakat pada saya kot.. :mrgreen:

    nuaemans last blog post..5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan

    Balas
    • Kujie says:
      16/11/2008 at 7:34 am

      @nuaeman, boleh kalau nuaeman adalah salah seorang antara 8 orang asnaf zakat :mrgreen:

      Balas
  • shaxx says:
    15/11/2008 at 4:49 pm

    yup yup yup… time nak buat perkiraan dah…

    shaxxs last blog post..Kuala Lumpur Jakarta Surabaya

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 4:52 pm

      @shaxx, dah nak cukup tahun ni..
      kena buat audit diri :mrgreen:

      Balas
  • arin says:
    15/11/2008 at 4:05 pm

    move it move it..mmg best madagascar2 nih..maap la..saya tak gie tgk wayang..donlod je dari net..( alamak ! )..nasib gambo lawo.. :)

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 4:10 pm

      @arin, uik..mak buyung ni lum bersalin2 lagi ke..hehehe :mrgreen:

      Balas
  • zany says:
    15/11/2008 at 2:57 pm

    harapnya masa saya di penang nanti masih jalan cerita ni, saja je nak habiskan masa di penang.comelnya haiwan tu semua.

    zanys last blog post..Perghhh…Bestnya Tidur

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 4:01 pm

      @zany, comelkan … masa siri pertama tgok
      yg ke – 2 ni kena tgok juga
      :mrgreen:

      Balas
  • megat says:
    15/11/2008 at 2:15 pm

    alahmdulillah, selesai zakat dan pendaftaran untuk menunaikan rukun islam ke 5.

    bial agaknya giliran saya, terfikir juga sama ada sempat atau tidak huhu.

    apa yang perlu dilakukan skang ni adalah mencari harta sebanyak mungkin dan beribadah seperti mahu mati esoknya.

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 2:23 pm

      @megat, itulah.. jangan lupa zakat pendapatan…jgn lupa bahagian utk ibubapa..InsyaAllah rezeki yang kita dapat berkat.

      Kita merancang Megat, semuanya ditentukan oleh Allah.

      Balas
  • shay says:
    15/11/2008 at 1:29 pm

    masa memula masuk tadi gambar kartun tu nampak kaki jerk, ingat memang gambar dia macam tu… Rupa2nya gambar dia besar… sabar je la…

    shays last blog post..WaRnA WaRNi…

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 2:22 pm

      @shay, hehehe..cute gambar tu…melimpah ruah dgn kasih sayang :mrgreen:

      Balas
  • Hasbullah Pit says:
    15/11/2008 at 1:04 pm

    kira nisab 20 dinar .senang ingat

    20 * 4.25g = 85

    Hasbullah Pits last blog post..Untukku Agamaku, Untukmu ideologimu

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 2:21 pm

      @Hasbullah Pit, bila dah dpn pegawai pungutan zakat, dia akan terangkan..

      senang sgt..dia tanya pendapatan sebulan
      berapa isteri, berapa anak
      berapa bagi dekat ibu kandung
      itu saja…

      Balas
  • intan says:
    15/11/2008 at 12:22 pm

    Intan pun masih berulang-alik depan pagar sekolah gak… Hihi

    :mrgreen:

    intans last blog post..Cuti Sekolah Bermula

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 12:24 pm

      @intan, awat tu Intan…juai jajan dpn sekolah ke..hehehehe

      Balas
  • cikgu jawe says:
    15/11/2008 at 12:11 pm

    slmt bercuti kak jie. makcik kantin masih open bisness minggu dpn. hehe. sbb bdk2 spm dn stpm ramai yg ambek exam. :)

    aku pula masih kene pergi sekolah. uwaaaaaaaa! byk keje blm settle. :(

    Balas
    • Kujie says:
      15/11/2008 at 12:21 pm

      @cikgu jawe, hehehe…saya tahu..ramai cikgu cikgi masih berulang alik ke sekolah. Kakak ipar saya cikgu…. :mrgreen:

      Balas

Leave a Reply

Click here to cancel reply.
Nama

Email

Laman Web Anda Pilihan

Titiplah sebaris kata bukti kehadiranmu ....

Gunakan bahasa yang baik dan difahami semua.
Cubalah untuk tidak lari dari tajuk asal yang dibincangkan.
Jangan letakkan link ( url ) sewaktu menulis komen kerana komen anda akan ditapis sebagai spam.

CommentLuv badgeShow more posts

Pertama Kali ? Baca Dulu

  • Letak Gambar ( Gravatar )
  • Cara Menulis Komen
  • Kenapa Komen Tak Keluar?

Jadual Persekolahan 2012

  • Jadual Persekolahan 2012 Dan Cuti Ganti

Tabung Gajah

Post Terkini

  • Menangi Web Hosting Percuma Selama 2 Tahun
  • Thiwol
  • Maksud Kohort Sekolah Berprestasi Tinggi 2012
  • 6 Feb hingga 20 Feb 2012 Tarikh Untuk Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi
  • Berdua Lebih Baik
  • Selamat Kembali

Komentar Terkini

  • Izwan on Menangi Web Hosting Percuma Selama 2 Tahun
  • Mr.Sepet on Thiwol
  • Mr.Sepet on Menangi Web Hosting Percuma Selama 2 Tahun
  • anjangman on Menangi Web Hosting Percuma Selama 2 Tahun
  • Kujie on Menangi Web Hosting Percuma Selama 2 Tahun

Teman Terhangat Februari

  • Izwan Izwan (10)
  • CMRatu CMRatu (9)
  • fiezaradzi fiezaradzi (8)
  • muazfaris muazfaris (8)
  • akubiomed akubiomed (7)

Pengawal Keselamatan

Web Analytics

Design by Fearlessflyer.com
Host by ServerFreak

All Rights Reserved © Hidup Biar Sedap.