Cuti Aidilfitri 2010 – Hilang Sedap

Jadual Cuti Sekolah Aidilfitri 2010 ( 1431H )

Mengikut jadual , sekolah akan bercuti mulai Sabtu 4hb September sehingga 12hb September.

Saya baru telefon pihak sekolah kerana saya merancang membeli tiket keretapi ke Sungai Petani malam 11hb September. Menurut kerani yang menjawap panggilan, sekolah tidak mengambil cuti perayaan dan cuti adalah mengikut kalendar.

Pelamin anganku  musnah hancur berkecai.  Kecewa seperti  lencun ditimpa hujan secara tiba² di tengah panas terik tanpa  payung!

Saya tak balik awal kerana pada hariraya pertama ( dijangka 10hb )  mahu menyambut di rumah menemami suami  secara online di YM.  Sedih nak balik kampung awal tinggalkan suami menyambut Aidilfitri di luar negara seorang diri.  Hanya dia rakyat Malaysia yang beragama Islam di sana sekarang.  Dapat sambut secara virtual pun jadilah.

Sangat kecewa – nak salahkan siapa. Tanggung sajalah. Orang kementerian terlalu bijak merancang jadual persekolahan dan jadual peperiksaan .  Kita kenalah ikut saja walaupun kecewa..sob 3x

Tempoh cuti sekolah kekal dan Kementerian Pelajaran tidak akan mengubah takwim persekolahan sedia ada kerana berpendapat tempoh cuti perayaan yang diperuntukkan sudah memadai.

p.s – Along cuti 10-13hb & Angah cuti sampai 18hb.  Kerana Intan seorang, kami pun terpaksalah tak balik mana²:sad: layan saja iklan raya petronas yang best² tu sambil sedu sedan…sob 3x

©kujie – MRSM bercuti dari 8hb hingga 18hb MRSM dah ubah cuti kembali mengikut sekolah kementerian pelajaran ( 03/09 – 18/09 ) –  MRSM bukan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kalau zaman Dr m dulu..semua teratur….hem….sekarang macam tak teratur sangat..sedih tul 🙁
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Konflik antara amerika dan kumpulan hujanMy Profile

  2. kesian tahun ni kan.. nasib baik tak de anak yng sekolah lagi..hhehee.. tapi mesti cikgu2 sekolah pun tak best.. hihii.. dengar de yg kata, wpun de sekolah yang dah buat gantian cuti, still kena ikut kalendar, tah tul ke tak, tak sure la kan.. ape pun, bersabar lah..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Blogger Yang TerdesakMy Profile

  3. Sabar la Kujie..
    ada anak2 peneman pun dah cukup kuat unt kita menyambut ketibaan lebaran, kalo sorang diri, pandang kanan kosong, pandang kiri kosong, laaagi parah..

  4. saya ingat management sekolah anak saya lah yg paling kejam :mrgreen: bagi cuti sampai 14hb. je! rupa2nya ada pulak sekolah lain yang lagiiii kejam :mrgreen: .. kak jie, agak2 kalo amik cuti sendiri 😈 adakah saya ini tergolong sebagai ibu yang tak bertanggung jawab? heh heh
    Jom terjah post menarik dari tini ..Shopping baju rayaMy Profile

  5. Tak per lah kujie, mungkin ini sudah suratan takdir. Ada lah insan yang tak dapat beraya bersama keluarga. Saya pernah satu ketika dahulu bertugas di sektor perbankan, di malam raya masih di pejabat bagi menutupkan akaun yang tak seimbang. Pergh, masa tu tinggal saya dan security guard ajer. Mendengar takbir, layan ajer lah. Yang tak sedap nya bila sanak saudara menyound isteri saya dengan sinis ” penting sangat ker keja hubby tu”

    Apa pun, kujie, anda tidak keseorangan…
    Jom terjah post menarik dari Azhar ..DO YOU KNOW THAT BY DRINKING MILK YOU WILL LOSE WEIGHT!!My Profile

  6. aduh… sadisnya… takpe kak. saya ada. saya pun tak kemane2. duk ulang alik selayang subang je nih. 😀
    Jom terjah post menarik dari Zana ..Dunia Akhir ZamanMy Profile

  7. memang kalau raya je.. bab cuti kerja atau cuti sekolah kena ambil kira… pening nak adjust kan..
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

  8. faham..memang agak sukar kan kalau semua kena uruskan sendiri. nasib baik kak jie ni super woman ..hehe
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Gastrik ke Just trick- bazar ke bazirMy Profile

  9. ikut sekolah lah kan… sekolah saya ambil cuti dan digantikan nanti…
    jadi cuti 2 minggu..
    pastinya ramai anak murid yang masih di kampung, kalau sekolah tidak mengambil cuti .
    buatlah apa yang terbaik kujie…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..selamatMy Profile

  10. keciannye… sobs… sobs…
    sedih gak ni…klu kat kg kite ade streamyx or broadbnd…kan best…leh on9 ngan abng Ann tym raye karang…k.jie n anak2 pn leh balik beraye kan…
    Jom terjah post menarik dari kaseh esmiralda ..Sebuah Karutan PendekMy Profile

  11. tahun ini blh cuti raya panjang sikit pasal ditambah dgn cuti 1Malaysia..tp kesian kat bdk2 yg kena ambik exam UPSR selepas berseronok berhari raya..
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Jenis-Jenis Ujian Dari ALLAH swtMy Profile

  12. nasib baik jadual bertugas kena sebelum raya, jadi tahun ni saya isytiharkan saya akan bercuti panjang dari 6 sehingga 16 september hehehe
    Jom terjah post menarik dari mijie ..1234 lima enam tujuh lapan 9 10My Profile

  13. mmg kampung kat Baling tapi cadang nak balik dengan keretapi..keretapi tak lalu Baling..yang terdekat adalah SP

    Kenapa blk dgn keretapi – sebab – nak parking kereta kat stesen Rawang – balik dari Kedah 7hb tu sampai Rawang 4 pagi…so dah ada kereta.

    Kami tak ada sesiapa nak jemput..so kena pandai2 ejas pergi dan balik..tak ada sesiapa nak hantar ke stesen bas. Kena fikir kenderaan dari rumah ke stesen juga.

    Stesen bas terdekat Hentian Duta tu kena naik komuter sampai Hentian Putra kemudian ambil teksi lagi ke Hentian Duta.

    entah cikgu faham ke tidak tatau lah ..hehehe berjela tulisnya

  14. nasib cuti 2 minggu…heheheh… tapi takde kemana pon… duduk rumah, kalau keluarga pergi berjalan kerumah sanak saudara baru ikut….huhuuhuhu
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Build UR own PCMy Profile

  15. Kesiannya kak jie tak dpt balik Sungai Petani.. takpe layan je YM sambil makan ketupat tu

  16. bukan selalu,
    berkorban sekali sekala..
    tapi…
    🙁
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Hujan batu di negara orangMy Profile

  17. Lorr..ye ke? Musti tak senang duduk bebudak ni naik sekolah kang. Kesiaann..
    Jom terjah post menarik dari Yoa ..BLOG LIST BEN ASHAARIMy Profile

  18. MasaDAHTime says:

    apa nak buat…sebagai rakyat terpaksa akur je..hehe.
    Jom terjah post menarik dari MasaDAHTime ..10-000 orang jadi domino!!!My Profile

  19. sekolah saya cuti 2 minggu..tapi penat nak menghabiskan sekolah ganti kak jie.. 😳

    haritu seingat saya kak jie cakap kat baling? kampung wife kat kulim
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Gastrik ke Just trick- bazar ke bazirMy Profile

  20. salam kak.. sedaih plak bila baca entry akak ni… kalaulah saya kena macam tu.. memang sedih sesangat bila tak pat balik raya ni.. cuti sekarang tak macam dulu dah..

  21. luth textile says:

    NASIB tak sekolah dah. hahahaha
    hari – hari cuti. tapi..

  22. Tak best sebab cuti panjang sebelum raya, lepas raya kejap je dah balik kerja. Aggaknya supaya kita orang sempat buat kuih raya penuh meja dan jahit baju raya sendiri, 😆
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Geselan di bulan puasaMy Profile

  23. salam kak kujie,
    saya baru dpt tau kalau yg under ppd hulu langat, sekolahnya pun start hari jumaat 17hb tu. takpe sabar banyak2 la ek.
    dulu saya pun mrsm, mmg cuti ada lain sikit dgn sekolah under KP, best!! 🙂
    Jom terjah post menarik dari al-qamar ..Fadhilat Solat TarawihMy Profile

  24. hari raya jangan pikir pasal cuti….keje pun buat2 je cuti…hehehe
    Jom terjah post menarik dari pusher ..Puasa 2010My Profile

  25. norsaritanaini says:

    apsal la KPM tak rancang awak2 kan…KPTM bleh plak plan cuti awal, cuti sem bg kolej komuniti yg sepatutnya seminggu2..dijadikan 2 minggu terus dan jatuh pd 4-19hb september…minggu akhir puasa dan seminggu lepas raya…kan best gitu…hehe…
    anyway tkpela kakjie, bleh raya ari2 ngn encik suami kan…
    Jom terjah post menarik dari norsaritanaini ..Keistimewaan Puasa di Bulan RamadhanMy Profile

  26. Tumpang simpati, nasib baik isteri saya cikgu di MRSM, so cuti dia macam yang kak jie beritahu tu, semoga ditabahkan hati, raya bersama keluarga juga pasti menggembirakan, lerh aa singgah rumah di kuala selangor 😉
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Bigdump – pindahkan database anda dengan mudahMy Profile

  27. smlm kat berita harian, bhgn aduan ada parents yg komen pasal cuti MRSM . sebab katanya sebelum ni cuti 4hb tapi tukar 8hb. Ibu bapa kena tukar blk jadual beraya.

  28. Intan ni sebaya anak aku..tapi aku tak kira, raya ni aku pontengkan je sekolah..hehehe
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Entry No 100 – Menyanyi Seperti Pro Dengan IphoneMy Profile

  29. nasib baik masih mengikut keluarga beraya.. hehe
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Remaja sekolah yang melampauMy Profile

  30. Tu la. Memang geram bila fikirkan . Terutama bagi anak2 yang nak ambil UPSR tu . Anak bongsu tu, merana sungguh. Dahlah cuti sekolah sebelum raya pun kena pergi kelas (tapi kita ingat nak ponteng balik johor :mrgreen: ). Cuma sekolah di Ganu ni dah awal2 lagi ganti cuti tambahan 2 hari, jadi selasa naik sekolah. Kalaulah orang yang cerdik pandai tu anjakkan sikit (seminggu lagi pun tak pe) exam UPSR, tentulah tak stress sangat budak-budak ni…
    Jom terjah post menarik dari Tie ..Pokok Serai KayuMy Profile

  31. sabar, moga cepat2 dapat berkumpul semula

  32. Sabar ya. Beraya jauh dari famili mmg sedih, pernah kena sekali. ANyway, pos ni telah ingatkan sy untuk cek cuti raya. huhu. Kena apply sekarang.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Pelancaran Fanpage Xarine di FBMy Profile

  33. sabau je la kak
    ada hikmahnya tu
    intan nak dapat 5A gamaknye 😀

    senyum ok..
    takmoh sedih2
    Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Tudung Corak TengkorakMy Profile

  34. pergilah balik………kejelesan melampau ni :roll:
    kami yg tak balik nk nak p kacau dodol bakar lemang kat Dataran Merdeka tuuuu….

  35. sekolah saya mula sekolah raya ke 5 iaiti 15 hb..1 😛

  36. lepas tu 16 sept cuti balik. 17 tak cuti. buat penat badan je cuti macam tu.

    haha. cantik gak cadangan kak jie. kita kacau dodol sekali kat situ :p
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Widget HTML Waktu Berbuka bagi BlogspotMy Profile

  37. sekarang ni masih tak terikat dengan komitment kalendar cuti sekolah ni so rasanya kalau ade rezeki lebih nak balik 2 kampung tahun ni.. haha tak kire la. raya ke 2 nak balik pahang plak. *kopak la macam ni*
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Terima Kasih @EjamOthmanMy Profile

  38. ada sekolah yang ambil cuti dan ganti pada hari sabtu

  39. Intan tanya, kenapa cuti tu tak dialihkan kebelakang selepas hariraya….huhuhuhu…. tak boleh gerak mana²

    Jom kita bakar lemang kat Dataran Merdeka Kay… 😆

  40. aik?? baru 2 hari lepas kawan saya bagitau,sekolah cuti raya 2 minggu! hmmm..

    p/s : saya tahun ni beraya kat opis. wife & anak² hantar balik kg.
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Keletah Anak Bila Shopping RayaMy Profile

  41. lagi satu yg tak best, raya kedua jatuh hari sabtu. Tak ada cuti ganti bagi kami yg bekerja. burn satu hari cuti free. haha. sedih.
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Widget HTML Waktu Berbuka bagi BlogspotMy Profile

Trackbacks

  1. Bicara Santai….. » Blog Archive » Aduh MRSM bercuti… says:

    […] belum cerita pasal cuti  angah lagi tu […]

  2. […] Plan A gagal saya ubah Plan B. […]