Drift Durian

Malam tadi saya tengok Initial D kat ntv7. Cerita yang padat dan pantas, sedar tak sedar dah 2 jam.

Ingat makcik² macam saya tak minat drift ke? Evolusi KL Drift @ Impak Maksima saya tak tengok, macam Telenovela Latin petang². Banyak sangat drama melankonik dan pelakon tayang badan.

initial D

Initial D amine Stage I & Stage II – lama dah ni.. Stage III, IV, V tengok kat youtube saja.

Filem Initial D sebenarnya adalah filem Hong Kong dikeluarkan pada tahun 2005 diadaptasi dari anime/manga popular Jepun. Kisah sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya ( Bunta ) dengan memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX (AE86) . Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya

Dalam anime , Takumi Fujiwara atau nama untuk alihbahasa tv Malaysia – Tohai yang blur, poyo dan ‘kosong’ . Marah, suka, sakit, penat atau apa saja – kosong, tiada digambarkan perasaan langsung. Kadang-kadang saya sendiri geram dengan si Tohai , Geng Akina Speed Stars buat lawak ke, marah ke …dia wat bodoh je…eeeee….tak berperasaan langsung. Tak ambil pot kata orang!

Initial D dilakonkan oleh Jay Chou sebagai Takumi Fujiwara , bapanya Bunta ( Anthony Wong) , Edison Chen (Ryousuke) , Chapman To (Itsuki) , Anne Suzuki (Natsuki Mogi).

Ada yang bosan hari ni ? Jom drift sambil cari durian ke Bukit Fraser. :lol: Durian Hulu Rening atau Hulu Tamu pun best juga.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. tohai kan cool…
    saya suka tohai versi kartun..dari versi filem…
    kartun dia best….
    .-= izzah´s last blog ..3 Makhluk Allah =-.

  2. NitroRcDriftDotInfo says:

    nitro drift rc best jugak… banyak belanja pun takper asal boleh main nitro rc dengan selambanya

  3. mak aii..ada gak makcik layan drift.. 😈
    .-= eyeman´s last blog ..Sometimes, Dark is beautiful.. =-.

  4. layan gak citer2 ni sbb ade anak yg giler keter kt umah ni..so, sume2 pon layan..ni mcm nak try langkah2 shuffle n tecktonik plak..agak2 leh kurus x? hahaha
    .-= jun´s last blog ..Donut cakcibur =-.

  5. 😛 huisshhh kita takleh dgr ler psal durian nih…maa antorler sini sket durian tu org kat umah ni ngarok nk buat lempok durian…sdapnya lah kan 🙁 huhuhuhu

  6. cam kenal je cd-Cd tu.kehkeh

  7. wah kak jie mmg hebat! layan drift. saya sendiri pernah berjinak-jinak dgn sukan drift kereta. tapi malangnya, kereta lama mitsubishi galant (enjin VR4 turbo) saya kemalangan (total lost kat highway PLUS JB – KL, area perhentian machap). peliknya kereta saya bukan kemalangan ketika drift!

    durian punya pasal demam dan batuk sy belum kebah. hu3.
    .-= megat´s last blog ..Penulis Blog/Blogger, Alami Gangguan Mental Yang Kronik =-.

  8. aku nak ajak shuffle aja….
    .-= kuina´s last blog ..Pantun Dulu dan Sekarang =-.

  9. kalaulah Bukit Frase tu dekat..mahu gak drift ke sana..hehehe..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Fresh Cherries from Kazakhstan =-.

  10. baik2 drift tu.. kang trgolek durian kat bonet tu kang.. 😆
    .-= Kasawari´s last blog ..Sedang Buat Apa Tu.. ? =-.

  11. 😉 kak jie, byk CD ohh pinjam 2 blh ?? hehe

    pstt: adeh pening paler makan durian byk sgt
    .-= yati´s last blog ..Apa yang dicari tak semestinya itu yang ditemui =-.

  12. pergh… saya pon tak layan Initial D.. hohohoo
    .-= topo´s last blog ..kononnya RSS feed Icon dari topo.. =-.

  13. hehehe akak.. banyak cd dah burn..
    buat bisness jual cd plak ker?
    ade masyuk eh… 😀

  14. blum tgk lagi.. dgr kak jie nye ulasan rase berminat pulak nak cari semua cdnye.. dulu suke tgk fast n furious, tp bab sexi mexi tu yg sakit mata tu.. :mrgreen:
    .-= nadinezuharra´s last blog ..:: Bahasa kita apa salahnya… =-.

    • @nadinezuharra, bile2 free tgok le…kak jie mmg satu family suka..so mlm tadi kami anak beranak dok dpn tv

  15. Sambil drifting boleh sambut durian jatuh dari pokok ke? Suruh impak maksima buat stunt camtu lah. Baru Malaysian scene :mrgreen:
    .-= kruel74´s last blog ..Women can’t read map, men won’t ask for direction =-.

  16. initial D tu sy repeat dah brape kali pon sy x ingat..hehe..selain ley bljr psl kete, ley gak mantapkan jepun sye..hehe..ley bljr wat drift lg..tp mmg benci la laki cmtu..tau bwk kete je watpe klu x berperasaan..cehh..;P

    • @cikun-kun, hehehe…kak jie kalau tak faham tanya anak2..derang pun tgok dan baca initial D ni dah lama

      tu lah…..tak de perasaan …..rasa mcm nk tumbuk je :p

  17. e’eh… k.jie layan gak cite cmtu ek… ingatkan layan drama2 melayu je… hehehe~

  18. tak leh nak ikut la kak jie…dah terdrift ke melaka…pegi kursus blogging rohaizad…hehe
    .-= Mindaku Di Sini´s last blog ..Take a good care of your pet =-.

    • @Mindaku Di Sini, ooooooo..ikut rohaizad ye..kak jie pn mcm ade projek baru le…hahahah

      beli domain lagi…komersial domain

      minggu ni beli 2 domain baru.

  19. best makan durian.. hehe~~ 😆
    .-= beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson =-.

  20. hahaha malam tadi saye pon layan initial D :mrgreen:

    tapi sebab tv laen pon citer cam best2 sume jadi tgk lompat2 😆 😆

    camtula gayenye kalu huby yang pegang remote huhu

    smalam family day opis huby kat sg chiling dah pulun durian gila2!
    bila dah panas ramai2 terjun sungai 😆 😆
    .-= mrs azmi´s last blog ..hari ahad = tatau ape nk buat = boring =-.

  21. dulu ju pun tak reti nak tgk initial D, tp hubby suka sgt. vcd yg kartun pun dia beli gak, tgk sampai muntah2…
    .-= jue mj´s last blog ..BUKU DAH SIAP!!! =-.

  22. tak tau nak komen tapi nak komen jugak… BD suka tengok aksi mat rempit ketika tertonggeng dan pecah kepala…. hihiii

  23. Tak larat nak layan durian lagi. Pening-pening…….

  24. Caiyolah Makcik Jie.
    Nak layan drift jauh sgt.
    Kekeke!!! 😀
    .-= Eriyza´s last blog ..Janji Melayu Janji Palsu =-.