Nov 28 2008
Dunia blog yang hangat
Saya membaca dari html kod hingga melepasi semua isu semasa. Saya mengikut kes kontroversi Ustaz Arief Cakra Alam lebih seminggu awal dari rancangan 360 di TV3. Saya akan ikuti kesemua blog yang membuat ulasan edisi khas termasuk ke semua komen . Say ikuti rentetan kes-kes kontroversi / isu panas blogger sekarang mengenai Blogstarz, Niagakid juga komen pro dan kontra di beberapa blog ****².
Saya membaca banyak blog politik – isu Khalid Samad, isu yoga . Saya sering mengikuti entri terbaru melalui negaraku.net atau Beras Terpilih. Saya baca tazkirah Ustaz Nik Abduh dan saya ikuti ceramah Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim di surau tempat saya minggu lepas.
* Professor Dr, Muhd Kamil Ibrahim adalah Pengarah UiTM Cawangan Segamat dan penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah.
Ceramah yang hebat dan berkesan. Pesan ustazah yang telah menjadi amalan saya, tulis point-point penting sewaktu ikuti pengajian ilmu seperti itu. Kaedah ini berkesan kerana kita mudah ingat dan yang penting tulisan-tulisan cakar ayam kita itu akan menjadi saksi di akhirat apa yang pernah kita lakukan.
Tetapi bila ikuti bait ucapan professor, jari jemari menjadi kaku. Terkedu dengan penyampaian sehingga tak satu pun mampu untuk saya catit.
Sebagai pembaca blog tegar, saya juga mengikut tiap catatan di blog beliau selama ini tetapi mengutip ilmu secara diam, malu untuk memberi sebariskan ayat di kotak komen blog beliau.

- kredit gambar dari blog Prof. Suami saya ada dalam gambar tu…nun jauuuuh di hujung sana.
p/s – hari ini mak, adik ipar dan anak² saudara saya datang dari Kedah
p/s – adik saya suami isteri juga akan datang petang ini
p/s – esok saya akan ke Jengka , Pahang sehingga Ahad.
p/s – saya akan kurangkan masa membaca dan mengupdate blog
Post Lain Yang Berkaitan
35 Responses to “Dunia blog yang hangat”




mana satu suami kak jie ni..
callisters last blog post..Performers? Kappa girl?
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:17 pm
@callister, hehehe..yg paling ensem!
aha..saya pulak akan ke Raub ahad ni..kawan kawin…kalau sy ternampak kak jie kat tengah jalan…nanti sy honk kuat2 okay..hahaha
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:19 pm
@Umimia, ok roger kita merempit kat karak highway je
Wah dengar syarahan Prof Kamil..mesti seronok. Saya dah beli buku travelogue tu waktu mula2 keluar. Excited nak baca time tu. Banyak ilmu dan banyak nasihat. Best buku tu.
p/s: selamat jalan2.
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:19 pm
@iza, buku tu best, dekat sgt dgn kehidupan kita..telus
rasa nak panggil Prof ke Rawang
PAS Bukit Sentosas last blog post..BLOGGERS DIJEMPUT MINUM PETANG
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:21 pm
@PAS Bukit Sentosa, bersyukur sgt kerana beliau dapat meluangkan masa berjemaah maghrib dan isyak bersama kami. Saya dpt bersebelahan dgn isteri beliau….wanita yang hebat.
foto tersebut di surau atau di masjid kak!? ramai, alhamdulillah. tak seperti di kejiranan saya yang rata-rata bekerja tak menentu (kawasan kilang, pasir gudang).
alangkah indahnya dapat bersama-sama ramai seperti itu.
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:22 pm
@megat, itu dalam surau kat taman kami…surau yang comel saja tetapi melimpah dengan jemaah. Sebab kenapa saya suka tinggal di sini.
mmg setuju dgn pendapat jie…blog ni sebenarnya lebih hangat drp biasa…especially bila ada kes2 kontrovesi mcm ustaz cakra alam tu ( ke putar alam??)
berckp pasal cakra alam ni, ingatkan kat 360 nak ulas dgn lebih lanjut..rupanya dorang bg 3 minit jer pasal kes tu..patutnya bagi le ulasan mendalam sikit..bg semua org tau samada ustaz tu betul ke tak….
ceramah prof kamil tu tak dinafikan mesti terpukau mendengarnya kan? beruntung dpt dgr live dia berceramah…
UncleJs last blog post..Cat Tattoo
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:33 pm
@UncleJ, saya sampai tak sempat update blog asik merayau baca itu ini, melompat dari satu blog ke satu blog, satu link ke satu link..lagi satu saya memang suka baca komen orang…hehehehe
sebenarnya ada beberapa isu hangat antara blogger skrg ni…dan percaya tidak, selalunya lepas dihangatkan oleh bloger, isu tersebut akan keluar dalam suratkhabar utama tak lama lagi..hehehe..rasa diri jauh kehadapan bila baca akhbar esok pagi sedangkan berita tersebut telah di baca online
Prof Kamil memang memukau… rasa tak cukup masa nak mendengar ceramah beliau
Syoknye dpt jumpa mak n adik2, family gathering once in a while…pastu g jenjalan n mkn2. Slmt bercuti ye..
p/s suami kujie si baju hijau berkopiah putih nun dibelakang sana tu kan
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:36 pm
@kenari, ipar pun baru call, kejap lagi dtg nk ambil anak2 dia..heheheh..meriah . Keluarga kami besar, memang kalau berkumpul meriah. Raya haji nanti mak mertua akan dtg sambut raya bersama kami utk pertama kali mak dtg beraya di rumah anak2…
ehhh..yg mane…
iye ke yg tu..hahahaha
Prof Muhd Kamil kalau berucap sebak rasa hati.. saya juga dah memiliki travelog dakwah tu.. ada buat ulasan mengenainya hari ini..
nuaemans last blog post..Travelog Dakwah: Perjalanan Seorang Hamba Mendampingi Tuhannya
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:37 pm
@nuaeman, apa yang diucapkan sgt menyentuh hati dan terasa dekat dengan kehidupan kita sendiri.
diya rs diya bleh agak mana satu hasben mama… hehehe. skali tgk, dh bleh agak [tp xtahu btl ke tak, hek3]
Kujie Reply:
November 28th, 2008 at 6:38 pm
@diya, yg paling ensem tu kan…kan…
Jie, sperti biasa, saya tak dapat hampir ke blog Jie ni dari depan dari belakang, asik error jer.. uhuhuhu
, tapi saya tak setegar Jie dalam pembacaan blog
Mak Sus last blog post..Rahim ku rahim mu stomach wealls
suami mama yang pakai baju melayu biru tu kan :p
hahahha
selamat bercuti mama!!
sure akan rindukan entry mama :p
ngeee
kirim slm semua eh :p
hahha
jgn jamu air tongkat ali plak
yonnas last blog post..oh.saya rindukan PLKN
hangat ngan cakra je kot. dpt ratus2 hits. syok. hehe!
Sweet Thinkers last blog post..Merisik Sebelum Bercouple
Alhamdulillah…meriahnya
cikgu panjis last blog post..KL – Hari Ketiga
Hai Jie..singgah kejap je ni..nnt dtg rumah ambil award Otak Kreatif ya..sudi2 kan laa yaa..muahahh
ummis last blog post..Blueberry Cream Cheese Ice Cream
Rajinnya membaca…
kruel74s last blog post..Walking together
kak jie, travelog haji tuh………saya dah baca dua kali memang best, boleh buat panduan yang lengkap kalau nak ke mekah nanti
cakap kosongs last blog post..Bila Rasa Malas Itu Menguasaiku………………….
saya suka memblogkan diri kerana saya amat suka menulis!
saya juga suka membaca… cuma tengok tajuk dan cerita…
tak salah kan kak jie? hehe
nuruls last blog post..CINTA BUKIT BINTANG
Bz ek, Kak Jie? Take your time, dahulukan mana yg perlu.
intans last blog post..Award & Tag
apa pun, saya tetap tabik spring dengan kak kujie… ni baru namanya “mama geek”.. uhukz..
bukan bahse melayu atau bahse malaysia..bahse inggeris lah..tu kan bahasa yg diagung2kan..hu hu hu..tak puas hati ni..payah la pulak bila dah di tukarkan ke BI!lebih2 lg kimia..nak jawab reti..tp nak mengayat omputih nyer berterabur..huhhuu..last2 masa exm fizik lak..bantai suma bm..abih citer!!hi hi hi…
p/s – hohhoo..sori..komen yg tak berkenaan dgn post!
seronok tengok jemaah ramai kat surau..dlm ramai2 tu ada yang bujang tak kak jie?ke..keh..keh..
lama juga tak merayau-rayau dlm blog kak jie ni. Asyik keluar berniaga,…
Teruja juga nak beli buku tu, pasal ramai bagi komen / testimoni yang puashati..
samdaddycools last blog post..18sx affiliate programme paid me
[...] datang menyebarkan ilmu hingga ke ceruk Hulu Selangor di taman perumahan kami. Akhir tahun lepas Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim yang datang memberi ceramah [...]
kadang-kadang kita lupa kak kujie.. tatabahasa tak berapa penting bila kita nak ekspress apa yang ada dalam diri kita..
tapi, ia jadi tersangat penting, pada satu sudut lain. skrg rata-rata student tak kisah la diorang peringkat mana pun, diorang search kat internet je untuk tahu hal2 ilmiah ni.
so nak taknak memang kena tulis dengan proper language.. tapi saya langgar jugak. ahahah.. ntah apa-apa kan.
ikokos last blog post..Ucapan Terima Kasih
[...] beberapa pengunjung yang datang dari traveloghaji.com. Rupanya secebis catatan entri blog saya di sini telah dipetik oleh traveloghaji.com yang menjual VCD Travelog Haji Prof Muhd Kamil Ibrahim. Buku [...]
Fuh… panas. Mana kipas ni, nak berkirap. Jie dapat A1? Opah C6. Nasib baik tak fail… ha ha ha.
ODs last blog post..H1N1 Betul!!!