Gadis myvi hijau

Terimakasih ………… doa,kata perangsang, ucapan selamat dan tanda ingatan. yang dititipkan di sini.   Saya perlu ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas doa rakan-rakan dan keprihatinan semua. Yang menelefon atau pun yang mengirimkan sms bertanya khabar. Terimakasih juga untuk crayonkakak.net

Segala ucapan, doa dan ingatan yang telah anda nyatakan di sini memberi erti yang sangat besar kepada saya sekeluarga. Saya tidak menyangka – blog ini mampu mendekatkan saya dengan ramai kenalan yang prihatin.

e-pop, Shaffik , Jun , Lan Bingka , en_em , Ecah, Fazemy , Amrie , Zana , Zany , Menteil , OD , Callister , Mrs. Azmi , Neeza , ChekguBH , Kruel74 , Muadzlife , Cikgu Panji , Nadinezuharra , Arin , Combi , Ikoko , Intan , Mummy-Adam , Arsaili , Knizam , Megat , Life4hire , Kriesz , Abahfateh , AbgLong , pB , Kumbang , Izzah , Nurul , Cikgu Jawe , Tie , Saffa , Iza , Kak Ummi , BL , Sumijelly , Myra Syamim , Deen , Zino , Mrozaidi , Diva , Jiji , Nana , Nieja , manja , kak ina kl, juga Teratakian’z – neeza, ad, em, wawa, kiki, safi, TehRasyidah dan lain-lain.

Kisah 4/2/2009( Rabu )10.00 pagi

Sedih lihat ayah terbaring ….


Ayah dan mak balik dari kebun seperti biasa cumanya hari ini agak awal dari kebiasaan. Tiba di kawasan pembinaan, sebelah jalan kiri telah ditutp dan berhenti menunggu kibaran bendera hijau dari pengawal bendera.

Ayah yang membonceng mak berada di hadapan sekali dan dibelakangnya gadis myvi hijau. Di belakang gadis myvi hijau seorang lagi adik lelaki saya .

Selepas dipastikan keadaan selamat, pengawal bendera memberi izin laluan dengan mengibarkan bendera hijau. Ayah memandu masuk ke laluan kanan untuk bergerak….

Tiba-tiba…………dump!

Gadis myvi hijau hilang kawalan, hilang pertimbangan atau hilang penglihatan saya tak pasti kerana bergerak tergesa-gesa ingin memotong motor buruk ayah.  Jalan yang sempit kerana kerja-kerja pembinaan atau kerana kurang kecekapan, gadis myvi hijau TERlanggar kedua ibubapa saya .

Pejam mata dan bayangkan sepasang warga emas berusia lewat 60’an dengan uniform rasmi penoreh getah berlimpangan di jalanraya dengan pisau toreh, ulam-ulaman yang baru dipetik dari kebun bertaburan.

Kenapa tak buat laporan polis?

Pesan ayah ” Ayah dah tua, kalau mati sekali pun , tak perlu dipanjangkan…. ini cuma penyebab kalau sudah ditakdirkan ajalnya macam tu.”

Gadis myvi hijau adalah anak kepada kawan kenalan ayah juga,  anak saudara kepada kawan ayah yang selalu bersembang bergurau senda bawah pokok ketapang,  kawan sekelas Abang Cik..bla…bla…bla….

Beginilah cara ayah, maafkan, terima takdir dan teruskan kehidupan seperti biasa, Ini hanya dugaan.  Ikutkan darah muda, mahu juga buat laporan polis atau tuntutan insuran tetapi kami sedar tindakan ini hanya  menyebabkan ayah lebih bersusah hati.

Saya terharu bila ayah berkata nanti mungkin di masa akan datang, anak-anak ayah pula akan diberi simpati dari orang lain kalau terlibat dengan perkara-perkara­­­ seperti ini.

p/s – adik saya kemalagan jalanraya 2 bulan lepas juga dilanggar pemandu perempuan!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Bagus pemikiran ayah K. Jie, ramai juga orang tua yang berfikiran macam tu. Memang tu salah satu perkara yang berkaitan dengan takdir, khadaq dan khadar… Cuma kena tahan sakit + tak dapat apa-apa pampasan ..
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Eyriqazz vs Denaihati tergelincirMy Profile

  2. smoga ayah cpt sembuh…….

  3. oh…tima kasih kerana masukkan nama saya sekali…
    doa2 dr kawan2 nie kekadang mujarab jugak …
    walaupun kawan sesiber pun…still rasa mcm dh kenal lama……
    hehehe………

  4. moga ayah cepat semboh.. syahdunyerrr kata kata ayah kannns

  5. Jie, sayunya hati akak tengok ayah Jie terbaring camtu..ya la, orang tua kalu terbaring macamtu bagus sekali jika ada anak2 sentiasa merapati sambil berbual bicara untuk melegakan hatinya..xpun hatinya mesti sensitif dan terfikir macam-macam kan..

    Semoga dia cepat sembuh, at least tidaklah terlantar lama begitu kan..boleh jugak ronda2 kampung ambil angin..saat camni, anak-anaklah pengubat duka..

    ummis last blog post..Bread & Butter Pudding

  6. alhamdulillah semuanya selamat. terkesima dgn cara ayah kak jie menangani situasi tersebut. klu org lain mungkin dh sampai tahap putus sedara!

    mungkinkah sy blh menjadi spt ayah kak jie!?

  7. sabar jer la kak jie..kalau saya kt tempat kak jie pon saya rasa cam kak jie…tp kalau saya kt tempat ayah kak jie pon..maybe saya akan bertindak sama seperti ayah kak jie..

    |1f34|-|1r3s last blog post..Head Tracking Using Wii Remote

    ©Kujie ~itulah bezanya pemikiran dua generasi…kita ikut saja yg tua…berkeras sgt pun menambah susah hati ayah pula

  8. alhamdulillah..semoga dilimpah rahmat atas kemuliaan hati ayah kujie menerima apa yang telah berlaku…

    kumb@ngs last blog post..Ikhtibar apa yang berlaku di Perak

    ©Kujie ~ semalam telefon ayah, dengar suaranya … ceritanya..alhamdulillah
    makin bersemangat

  9. vimmiyasmin says:

    alhamdulillah selamat. semoga cepat sembuh. salam dari saya seisi keluarga untuk mak n abah.

    ©Kujie ~ terimakasih…

  10. Simpati dari saya. Moga semuanya bertambah baik. Tak pe… mungkin hari ni kita memaafkan orang, esok lusa orang pulak memaafkan kesalah kita. tak kita mungkin anak2 kita.

    TokNabes last blog post..Jadi Jugak…

  11. Intan pulak yg sedih tgk ayah K.Jie jadi mcm ni… tiba2 terkenang arwah ayah.

    Moga Allah sembuhkan sakit ayah & mak K.Jie cepat & bagi balasan yg setimpal di atas kemuliaan hati ayah K.Jie. Aminnn.

    intans last blog post..Update selepas seminggu…

  12. mad redo1 says:

    kedua-dua kemalangan mad redo1 disebabkan oleh lelaki, seorang tu anak orang, seorang lagi datuk orang… bengang kat orang-orang nih… semoga suatu hari nanti mad redo1 akan ada sifat kemaafan ayah KuJie itu… tapi tidak sekarang…

    mad redo1s last blog post..Tragic Week…

  13. salam kak jie..lama chii x dtg ke teratak sini..masuk2 je terbaca pasal ni plak..pape pun..semoga ayah kak jie lekas sembuh n leh jalan2 lgik pasni k..ehehe…

  14. Alhamdulillah semua selamat.

    semoga cepat sembuh.

    [ teringat Atuk di kampung ]

  15. ape2 pon, semoga cepat sihat…
    dan kembali bahagia seperti dulu semula…

    kalau semua org pemaaf dlm dunia mcm ni, mmg karpal singh takde keje kan…
    retire dan balik kmpong tanam kangkung..haha

    chekguBHs last blog post..Patik Mohon Derhaka Memboikot Sempena Ulangtahun ke-55.

    • @chekguBH, hehehehe..bkn semua hal boleh diselesaikan mcm tu…kes2 kecil dlm kawasan kampung bolehlah…

      terimakasih ye cikgu…kak jie percaya ayah kuat semangatnya

  16. cikgu jawe says:

    adat kita org melayu, bila terjadi mcm tu, si ibu bapa dn gadis myvi hijau akan dtg rumah minta maaf, serta membantu kos rawatan perubatan dn sedikit ‘ganti rugi’ sbg salam kemaafan dan persaudaraan. 🙂

    moga2 parents kak jie bertambah sembuh. ayah kak jie sentiasa mendokan yang terbaik utk anaknya, walaupun dlm keadaan sakit. terharu!.

    • @cikgu jawe, mcm tulah…si gadis myvi hijau ada dtg ke rumah. Kami pun tiada apa2 kekesalan atau pun dendam…terima takdir yg menimpah sebagai hikmah utk merapatkan lagi persaudaraan.

  17. Semuanya dilanggar oleh pemandu perempuan?
    😕 😕 😕

  18. Salam Kak Jie…
    Kata-kata ayah Kak Jie tu betul-batul menyentuh hati. Tapi Iza percaya penuh. Anak2nya nanti mungkin diberi simpati, mungkin diberi rezeki 🙂

  19. Apa yang dikatakan oleh ayah Jie tu betul. Dia masih ingatkan anak2nya walaupun dalam keadaan sakit.

    Hidup kita ni kadangkala di atas, dan ada masanya di bawah. Suatu masa mungkin kita pula perlukan simpati orang.

    Harap agar ayah dan ibu Jie tu kembali sihat seperti sediakala…

    Ties last blog post..Cermin Diri

  20. Rasanya lelaki perempuan tu tak menjadi faktor cuma di jalan semua patut berwaspada, alhamdullillah masih panjang umur kedua ibua bapa kak jie. Semoga cepat sembuh. Ikut saya sebagai lawyer saman je tapi sebagai manusia, lain pula

    kruel74s last blog post..It is already the second month of 2009…

    ©Kujie ~ pemandu perempuan lebih berhati-hati tetapi kadang2 gagal bertindak pada masa dan keadaan yg sepatutnya .
    Ayah kata, dia dah tua… kalau mati pun memang sudah ajalnya 😥

  21. tu la susah tu..
    bila kita berhati2 org lain plak yg buat hal..

    Lan Bingkas last blog post..Bayar saman

    ©Kujie ~ itu namanya kemalangan

  22. sayu hati neeza tengok ayah Kak Jie terbaring dengan tangan berbalut.. memang, kalau ikutkan marah, nak saman aje.. tak pasal2 pergi langgar orang.. tapi bila baca apa yang ayah kak Jie kata, nampak sungguh mulia hati ayah Kak Jie.. dalam sakit2 tu dia masih inginkan yang terbaik untuk anak-anak dia.. Syukur Alhamdulillah.. bertuah Kak Jie ada ayah macam dia.. semoga dia segera sihat.. Ameen…

    Neezas last blog post..Breakfast at Al Kods

    ©Kujie ~gambar tu intan yg snap..ayah tgh tidur
    ayah mmg mcm tu lah neeza
    jarang sungguh marah2 org
    selalu mengalah
    mgkn sbb sudah biasa hidup susah sejak kecil
    ayah anak yatim sebelum lahir, datuk kak jie di bawa jepun ke siam sebagai buruh paksa sewaktu ayah masih dlm kandungan

  23. Huhuhu…tersentuhnya dgn cara penulisan kak jie hari ni..
    maybe sb kak jie pun masih bersedih lagi..
    tapi alhamdulillah ayah kak jie makin sembuh..

    Callisters last blog post..Darwin Award

    ©Kujie ~ dah balik sini
    tapi masih teringat
    mcmlah ayah …. mesti sakit
    nak gerak….
    biasalah petang2 ada saja aktiviti
    skrg terbaring di rumah..anak cucu dah balik
    sunyi sepi pula rumah
    nasib baik ada adik lelaki sekeluarga masih di rumah

  24. itu yg dikatakan takdir.. gadis myvi ijau hanya penyebab.. semuga ayah segera sembuh.. kesian dia..

    zinos last blog post..majlis menyambut menantu..

    ©Kujie ~ kadang2 kita gagal fikir disebalik semua dugaan itu… terima takdir dan redha.
    itu hanya penyebab kata ayah

  25. aderkk geram jerk maza dengarkan … walaupun yg buat angkara itu, kononnya insan yg lemah – gadis myvi ijau!

    hampeh!!! – kalau den la, penampar satu kali baru tau … tak yah nak kira bacul atau tak menampor perempuan, tetapi selagi tak bagi pengajaran, selagi tu ler dia buat don’t know jerk….

    huh! 😈 😈 😈

    mazas last blog post..Mengamit Teman Lama

    ©Kujie ~amboiii
    awk tu..belum hulur penampar pun tgok dah pengsan! 😆

  26. peliknye si gadis myvi ijau tu ye? apela yg nak lelaju kat jln camtuh.. ape reaction die ek bile dah terlanggar parents kak jie tuh?? dahle kenal..

    moga mak n ayah kak jie cepat sembuh ye. ameen

    mrs azmis last blog post..gelagat kat opis ^_~

    ©Kujie ~gadis myvi tu dlm perjalanan balik ke KL.
    hari Khamis sehari selepas kak jie balik, dia ada dtg bertandang

  27. fikir positif sungguh ayah mama. moga cepat sembuh …

    ©Kujie ~ehehe..diya
    kuah tumpah ke mana ye? 😆

  28. Selamat kembali kak jie!!! 🙂 🙂

    Arwah abah n atuk zana selalu ckp cenggitu. biar la hari nie dia sakit ckit, mane tau kendian hari org lain bersimpati pada anak dia pula.. 🙁

    Alhamdulillah smua dah kembali ke asal.

    Tapi kan…. iskh… apa kehaynyer pemandu myvi ijo katak tu ek??? jln gtuew lagi mau lelaju. apedaaa…

    Hahahaha.. zana tolong marah jugak. 😀

    Zanas last blog post..Merajuk Dan Tarian

    ©Kujie ~itulah bezanya org kampung selesaikan masalah yg membabitkan jiran tetangga, saudara mara Zana..
    sebenarnya itu cuma salah sangka…kalau kita report pun bukan kita berurusan secara langsung dgn si gadis myvi hijau…. tak jumpa pun…pihak ke-3 yg selesaikan
    tapi sudah itu keputusan ayah, kita ikut..
    nak bertegang leher , lagi tenat org tu nnt
    tapi mmg mcm tu lah sikap ayah dlm apa hal pun

  29. SubhanaAllah…
    semoga ibu bapa kak jie selamat dan sembuh dan pulih seperti sediakala…Salam kesedihan saya kongsi bersama sama ahli keluarga kak jie

    hashims last blog post..SPRM dan Statistiknya

    ©Kujie ~ayah mmg tabah..dia boleh cakap..tak boleh sedih2 nnt lambat baik 😆

  30. Salam simpati dari saya. Moga ayahnya cepat sembuh.

    ©Kujie ~Terimakasih
    susah hati juga dgn keadaan ayah…sepatutnya dia ke S’pura 12hb nnt bersama kawan2 dlm pasport berkumpulan..entah mcm mana nak diselesaikan

Trackbacks

  1. […] Selepas dilanggar Gadis Myvi Hijau beberapa bulan yang […]

  2. Erti sayang | Hidup Biar Sedap says:

    […] sungguh rezeki saya, minggu lepas sewaktu saya bercuti balik kampung , Kak Ummi datang bawa […]