Gajah Sama Gajah Tak Bergaduh
Peribadi

Gajah Sama Gajah Tak Bergaduh

gambar gajah liar di malaysia
Pernah nampak gajah liar sedekat ini?

Selalu nampak dokumentari kat dalam TV atau melawat ZOO , tetapi gajah² liar ini adalah real di depan mata di tepi lebuhraya kawasan Tasik Kenyir.  Sebelum ini saya pernah kongsi sekumpulan gajah liar tetapi agak kabur memandangkan cuaca hujan.  Tengok kat entri ni – Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar sepi…

Hari ini, suami berkongsi gambar dia terserempak sekumpulan gajah petang semalam.

gajah liarMungkin dah hampir setahun di kawasan jajahan gajah, berani pula dia turun dari kerete bergambar.  Sebelum ini zoom dari jauh saja… Ini gajah liar, bukan gajah terlatih.

Trivia:

  • Gading gajah Asia dalam bentuk padu berbanding gading gajah Afrika yang kosong dan berongga.
  • Telinga gajah Asia lebih kecil berbanding telinga gajah Afrika
  • Kedua-dua jantina gajah Afrika mempunyai gading, sedangkan hanya gajah jantan Asia yang bergading

Masa saya melawat Santuari Gajah Sungai Ketiar , petugas disitu beritahu kalau air naik ( musim hujan ) gajah akan mula bergerak ke tempat tinggi.  Lebuhraya adalah kawasan yang tidak dinaiki air.

Sepanjang lebuhraya antara Tasik Kenyir ke Gua Musang, ada beberapa lokasi yang biasa menjadi tempat tinggal gajah.  Menurut beliau, terdapat lebih kurang 50 ekor gajah liar berada di kawasan tersebut.

Nota :

  • Saya tak pasti kenapa kamera dia macam kena demam kuning.
  • Gajah ni nampak lebih montel dan comel daripada yang biasa nampak dalam TV..erk… orang bergambar depan gajah tuuuuu ha ha ha!!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Gajah Sama Gajah Tak Bergaduh

  1. selalu balik perak kat area tasik banding banyak juga bani2 gajah ni melapak kan diri. penah satu kali masa duk study usm balik drive tgh malam. tetibe sampai lebuh raya timur-barat bani2 gajah ni sedap bersantai tgh jalan. terpaksa off kan lampu kereta dan duk senyap2 dalam kereta, takut gajah liar ni terkezut berok mat yeh dan menerpa kereta. berpeluh gak la nak tunggu benda debab ni beralih badab dari atas jalan…hahaha

  2. en abg macam dalam senyum “terpaksa”….hehehe
    ambe mmg tak pernah jumpe gajah liar..gajah kat zoo..adalah..
    menarik trivia pasal gajah ni…terima kasih kak jie berkongsi
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jambu!My Profile

    1. senyum dok menahan….takut tarik nafas kuat sangat , gajah naik angin kot..hehehe

      kak jie kalau pi sesuatu tempat, kalau ada kakitangan yang bertugas ramah tamah, kita pun beramah tamah juga..tanya apa yang patut.

      bukan tengok saja… dapat juga info
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Membeli Belah OnlineMy Profile

Comments are closed.