Hampir Kemalangan Di Persimpangan Lebuhraya Sprint
Peribadi

Hampir Kemalangan Di Persimpangan Lebuhraya Sprint

Lama tak update bukan sebab ada ‘buah hati’ baru..ehem!

Ambil masa tak sampai 30 minit di Digital Mall untuk dapatkan gadget ini, terus balik. Tak makan tak minum, dah kenyang kata Along.


Perjalanan dalam gerimis ,  melalui  Lebuhraya Persekutuan untuk memasuki Lebuhraya Sprint , saya berada di lane kanan.   Setibanya betul² di persimpangan, sebuah wira yang berada di lorong paling kiri mengubah haluan secara tiba-tiba.

Nasib baik Along yang memandu dapat mengawal kereta dengan membrek dan melencongkan kereta ke sisi kanan dan berjaya berhenti dengan selamat.  Pemandu Wira,  dari Pulau Pinang yang tiba-tiba tersedar mereka tersilap memasuki jalan.

Masing-masing turun dari kereta, tengok kereta masing², bersalaman dan teruskan perjalanan.  Syukur tidak berlaku sebarang kejadian yang lebih buruk.

Kami teruskan perjalanan dan tidak peduli sama ada pemandu tersebut mengundur untuk keluar memasuki Lebuhraya Persekutuan semula atau meneruskan ‘kesesatan’ mereka melalui Lebuhraya Sprint.

Ini satu pengalaman untuk Along sebagai pemandu muda.  Ujian kecil supaya lebih berhati-hati, jangan lalai dan leka.

adik dari Kedah sekeluarga, adik dari Tanjong Malim sekeluarga dan adik bongsu dari KL ada dirumah sekarang…meriahnya!

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Hampir Kemalangan Di Persimpangan Lebuhraya Sprint

  1. bahaya jugak tuh, diorang baru sampai kot, mujur takde apa-apa. tapi saya kalau kat penang dulu, memang tension memandu kat sana membebel je kerjanya sebab pemandu sana selalu tak ikut undang-undang especially kat georgetown.

  2. Kira-kira jam 8 malam tadi, saya juga hampir-hampir kemalangan.

    Sedang saya memandu di lorong kiri, tiba2 sebuah Wira Aeroback yang sedang memotong saya menyalakan lampu isyarat kiri dan teruuus memintas kekiri – untuk masuk ke stesen minyak. 😈

    Mujur kelajuan cuma 60 km/j dengan Prime Mover sahaja tanpa treler…

    Mujur…

    p/s : Hati-hati di perjalanan, ya Along… 😎

  3. Dulu masa eksiden motor mak duk bising dgn abah suruh nasihat dkat saya. Nak tau apa kata abah saya dekat mak. Orang lelaki baru2 bawa motor kalau tak eksiden tak sah … ha33

    maksud yg tersirat – belajar dari kesilapan itu lebih afdal 😛

  4. Itulah Kakk jie,kat jalan raya kekadang kita dah drive ok,pemandu lain pulak buat hal atau sebaliknya,Alhamdulillah tak ajdi apa-apa,sebab itulah doa naik kenderaan mesti kita baca,kerana akhirnya hanya Allah ajelah yang akan membantu kita agar perjalanan selamat 😀
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..3 Golongan Negara Mengikut Kacamata AmerikaMy Profile

Comments are closed.