Hilang Lagi

Undang-undang Twitter, baca dari bawah…. hihihi…. lawak budak² time lunch!



Macam biasa, saya lepaskan si comel bebas dalam kolam kecil untuk satu atau dua jam. Biar dia belajar berenang gaya kuak kupu-kupu.

Setengah jam saya jengok – dah tinggal seekor. Dua lagi dah lesap.  Tak sangka pula dia boleh memanjat tebing antara dua kolam.

Tak ada pilihan….kalau tidak mengamuk Intan nanti.  Kura-kura pun tak pandai jaga, katanya.   Terpaksalah saya meredah air kolam setinggi lutut membongkok ke sana sini membelek tiap perdu pokok dalam kolam mencari kura-kura ku ♫gagah berlari….♫

Akhirnya terjumpa si Nemo tu tercungap² berenang gaya kuak kupu-kupu  sambil dikelilingi anak talapia.  Kalau mak talapia agaknya si Nemo tu dah jadi lauk.  Kalau bukan tiga rasa mungkin dimasak stim.

Seekor lagi saya jumpa menyelinap di perdu ‘waterlily’.

Lega….. !  Macam tak de keje cari keje je bela pets spesis Wonderpet ni

Kami tak besar,
Dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!”

©kujie – kali kedua hilang…yang dulu hilang tak jumpa² sampai sekarang.  Entah² setahun lagi muncul sebesar pinggan dari dalam kolam tu.

Intan dan kawan² Amoinya…. buat homework setengah jam…main 2 jam.  Dari jauh saya intai, dia orang main masak².   Potong daun² – masak Chinese food kot….huh…budak².

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. chumell jer ada binatang peliharaan

  2. aduh, patut avatar twitter tu pakai smart2 kalau tau nak masuk blog!
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Tips kekal selamat menggunakan facebook daripada digodamMy Profile

  3. Assalamualaikum,
    La la la boleh nyanyi2 kat sini…apa yang penting?…KERJASAMA!
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cara Orang Bujang Ngelat CukaiMy Profile

  4. bagus la anak akak kawan ngan kaum lain.1 malaysia.hehehe
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..FibreMax- Makanan serat semulajadiMy Profile

  5. ek macam tu pulak. adeh la undang2 twitter ni.haha
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Download PDA- Smartphone- Android- dan juga telefon-telefon lain dalam bentuk PSD Photoshop TemplateMy Profile

  6. ahmadhaikal says:

    hehe..cam nak bela kura-kura aje rasanya..
    Jom terjah post menarik dari ahmadhaikal ..I need to get marriedMy Profile

  7. stumbled across your blog. nice work!

    tehtarikmemoirs.com
    Jom terjah post menarik dari Teh Tarik Drinker ..An Australian to Play for MalaysiaMy Profile

  8. patut la tak faham…baca dari atas.hehehe.

    tak biasa ngan twitter
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..FibreMax- Makanan serat semulajadiMy Profile

  9. mmg sedap lagu wonderpets tuu…bkn anak2 shj suka, mak bapaknya pun turut sama suka… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..The World’s Billionaires 2010My Profile

  10. kalo budak pompuan memang suka main masak2.. 😎

    budak lelaki pun ada suka main masak2… :mrgreen: :mrgreen:

    kekura kak jie tu memang nakal.. 😛
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Berjaya Melarikan Diri Selepas DiculikMy Profile

  11. Mrs.Ayie says:

    Kura-kura tu saja je nak suruh kak Jie senaman. Jangan main sorok-sorok lagi, kesian mama Jie kena bongkok-bongkok cari lagi.

    P.S: nak main masak-masak dengan Intan
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Kisah Chihi Bahagian 1My Profile

  12. oh name kura2 kak jie tu tuck la..

    nini tuck dan ming ming juga
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Faktor-faktor kekalahan Arsenal fc kepada Barcelona fc dalam versi peribahasaMy Profile

  13. biasa la kak jie.. kanak2.. 😀
    Jom terjah post menarik dari zairie ..Tiket- Blog Dan NuffnangMy Profile

  14. intan, lain kali tunggu makcik….makcik nak main masak2 jugak.
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Marah Bukan Bererti BenciMy Profile

  15. Kan dah kata haritu, kena cari kat mana depa letak ‘kapal layar terbang’ tu dulu. 😆
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..SAPA NAK TARIK NIMy Profile

  16. Fuuhh… nasib baik dah diketemu, klau tak tadi nak gerak kan pasukan gerakan mencari dan menyelamat… 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari URY ..Maut Kemalangan MotosikalMy Profile

  17. Rajin aka cari ekk..
    Kalau saya gayanya terus bermaustatin kat situ je la

  18. jgn disangka kura2 yg lambat tak boleh pnjat tembok..hehe
    kalau mereka kenangkan jasa tuan mereka, mereka akn pulang kembali.. 😀
    Jom terjah post menarik dari adele ..Pilihan Raya Malaysia – Remaja 21 Tahun-Tunaikan Tanggungjawab Anda!My Profile

  19. aha..banyak lagu diselitkan ni dlm entri ni..kuda ku gagah berlari ada..wonderpet ada..hehhe…
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Rawatan gigiMy Profile

  20. patut macam tak faham! saya baca dari atas! 😆 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..si besar dan si kecilMy Profile