Jalan Raya Titian Batu

Assalamualaikum dan Salam Syawal 1435H

Lama sungguh tak update blog. Tak lah sibuk mana pun, tapi mood nak bercerita dah makin kurang. Mungkin sedang alami fasa awal blogger menopause.

Macam mana sambutan raya korang? Moga semuanya berlangsung dalam suasana penuh keberkatan.

Saya tahun ini menyambut 1 Syawal bersama keluarga suami. Tahun ini kesemua anak mak 11 orang, 8 menantu dan 21 cucu ada bersama.

majlis hari raya

Secara tradisinya keluarga kami akan berkumpul di pagi raya dan adakan bacaan tahlil dan tazkiran. Untuk tahun ini, sepupu-sepupu suami pun berkumpul bersama.

Arwah bapa adalah anak pertama dan mengikut tradisi, semua adik beradik arwah bapa dan anak cucu mereka akan datang ke rumah kami awal pagi untuk majlis tahlil, bersalaman bermaafan dan tazkirah. Agak lama tradisi ini terhenti, cuma kami saya sekeluarga yang masih meneruskan. Maklumlah keluarga dah bercampur dan masing-masing ada tanggungjawap kepada keluarga sendiri.

Tahun ini, atas inisiatif kakak ipar saya, dia hubungi sepupu-sepupu yang ada untuk berkumpul bersama. Ada juga yang tidak dapat bersama kerana pulang beraya bersama keluarga mertua masing-masing.

Arwah bapa tak ajar kami untuk ke kuburan di pagi raya seperti keluarga lain.  Kami biasanya akan ke kubur di awal Ramadan atau akhir Ramadan tetapi bukan pada 1 Syawal.  Bapa cakap suasana tak kena sebab kita menyambut Syawal dengan kegembiraan.  Ada beberapa adab yang perlu kita ikuti sekiranya mengunjungi kawasan perkuburan, dikuatiri dalam keghairahan dalam kegembiraan kita gagal mengawalnya.

Maklumlah raya, memasing seronok dan lupa diri boleh bergelak ketawa atau bertemu dengan rakan lama hingga bercakap bersembang hal-hal keduniaan. Pakaian warna warni dan bertembung lelaki perempuan juga dibimbangi akan merosakkan apa yang kita jaga sejak Ramadan.

Sebab itulah kami akan berkumpul dan buat Tahlil dan Tazkirah di dalam rumah bersama-sama di pagi 1 Syawal.

Tak adalah peluang nak selfie atas kubur …. ops!

gambar raya keluarga

Ini potret keluarga saya – kami tak ada warna tema tahun ini. Suami pakai jubah yang dibawa balik dari Algeria, saya pun pakai jubah yang lama saja. Along dan Angah beli sendiri Baju Kurta mengikut kehendak masing-masing. Intan pula dress yang beli masa kami ke Tak Bai Narathiwat 2 bulan lepas. Serban suami dan anak-anak juga memang dah ada.

Pagi raya, adik ipar hadiahkan tudung. Terus pakai… hihihi. Kami bukan jenis nak berkilau-kilau berlabuci manik dua tiga kilo. Dapat bersama keluarga pun dah cukup bersyukur, Alhamdulillah.

meriam batang kelapa
Pak Arab 3 beranak tu jumpa meriam batang kelapa ( meriam gelugu ). Kawasan sini masih boleh jumpa meriam yang dibuat daripada batang kelapa.

lebuh raya utara selatan

Pagi raya ke-3, saya balik ke Baling, Kedah. Kami ber-4 saja kerana Angah dah mula kerja raya ke-3.

Mak-mak konservatif macam saya akan siapkan bekal makanan dan minuman kalau berjalan jauh. Tikar memang sentiasa ada didalam bonet kereta.

Banyak kelebihan kalau kita dah siap bawa bekal bila berjalan di musim cuti macam ni. Biasanya kesesakan akan berlaku di setiap Hentian Rehat sepanjang lebuh raya dan cara paling mudah adalah sediakan tikar dan bekal sendiri. Bentang saja di mana yang redup, boleh berkelah bersama keluarga.

Perjalanan ke utara tak sesak hari raya ke-3.  Keesokkannya kami balik malam pun tak sesak.  Mungkin cuti hari raya agak panjang, ramai yang balik secara beransur-ansur.

Itulah saja kisah raya kami.  Semalam suami dan Along dah pun balik ke Hulu Terengganu.

Trivia : Peribahasa

  • Jalan raya titian batu = Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil. Sumber – Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Jalan Raya Titian Batu”

  1. Selamat hari raya Kak Jie. Hari ni baru tau ada meriam batang kelapa. Semoga semua pengunjung blog ni Berjaya cukupkan puasa 6 hari di bulan Syawal

  2. Dapat berjimat dengan menyediakan bekal dan berhenti-henti dimana perhentian disediakan. Selalunya selera makan berkelah lebih dan seronok dapat melihat keakraban ahli keluarga.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Salam AidilfitriMy Profile

  3. Selamat Hari Raya Kak Jie!

    Pertama kali say tengok meriam macam tu. Seronoknya rutin raya keluarga besar yang dipenuhi dengan unsur keagamaan dan menurut syariat. Keluarga Aina pun mengamalkan menzaiarahi perkuburan pada akhir Ramadhan dan sekiranya tidak berkesempatan kami akan ziarah pada hari raya ke 2-3 dan seterusnya tidak pada hari raya pertama.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Salam Aidilfitri Rider SejatiMy Profile

    1. Ada beberapa orang cucu yang tak dapat balik..ada yang bekerja dan ada yang dah kahwin balik ke rumah mertua.

      Ramai mcm ni… bila memasak nak hidang dah macam kenduri.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jalan Raya Titian BatuMy Profile

  4. Lama tak layan feeling berkelah tepi jalan gitu.. Hee.. Tahun nie memang niat nak beli kurta.. Tapi tak de yg berkenan.. Cari pun satu dua kedai je.. Dah hilang mood.. Sudahnya pakai baju melayu 3 tahun lepas.. Hee..

    Selamat hari raya Kak Jie..

Comments are closed.