Jangan keluh kesah walau engkau lelah, hidup ini tetap indah


Awal pagi bersantai di Ruang Rindu sambil bagi ikan-ikan makan.

Rombongan 2 kereta dari Kuantan sampai semalam.  Seronok dan meriah kembali walau pun sekejap.   Maksu ( adik bongsu mak ) mak saudara yang paling rapat dengan saya.  Sebelum dia berkahwin dengan Paksu, dia tinggal dengan mak dan menjaga saya dari bayi sampai usia 4 tahun.  Mungkin sebab itu kami paling rapat.

Sepupu saya cakap ” mak ni, kalau dah jumpa anak sedara mak yang ni, seronok bukan main…”

he he he…. jangan nak jeles!

Sepupu saya yang meriba anak dua orang tu, pesakit buah pinggang sejak usia 7 tahun.  Walaupun bercuti , hari ini dia perlu ke Hospital Sungai Buloh untuk buat rawatan dialisis darah.   Seminggu 2 kali.  Syukur kerana dia bertugas di hospital juga ( Hospital Kuantan ) , jadi senang nak buat appointment dengan mana-mana hospital jika bercuti di Malaysia.  Jodoh dia pun dengan orang hospital di bahagian makmal darah.   Sambil-sambil buat dialisis sambil main mata le tu…

Kena rancang percutian yang dekat dengan hospital :lol: , sambil-sambil bercuti kena singgah hospital buat dialisis.

Sepupu saya seorang lagi si adik, seorang gadis comel OKU bertugas sebagai gadis tol di Kota Damansara.   Kecatatan sebelah kaki kanan.  Entah nak dijadikan kisah, awal tahun berlaku kemalangan.  Dia dilanggar kereta di tepi pondok tol tempat bertugas.  Patah kaki yang memang sedia cacat.   Selepas 3 bulan cuti sakit ( MC ), dia dah kembali bekerja tetapi di pindahkan ke bahagian dalam pejabat untuk urusan Touch & Go.

Kalau ke Plaza Tol Kota Damansara ( bukan pondok tol ) untuk tambah nilai Touch & Go, berurusan dengan gadis yang kecomelan iras-iras saya….  itu mungkin dia!:lol:

Inilah pentas hidup masing-masing.

©kujie – untuk merasa susah dengan kesusahan orang lain agak mudah berbanding untuk merasa senang dengan kesenangan orang lain.

EDIT : Baru sekejap tadi sebelum naik kereta untuk balik, Maksu saya berbisik  ” Azwan tu sekarang jadi model sambilan … model untuk baju-baju .  Maksu tak bagi dia berhenti kerja, sambil-sambilan bolehlah”

Ha ha ha… kan saya dah cakap, genetik saya memang comel-comel! :lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Jangan keluh kesah walau engkau lelah, hidup ini tetap indah”

  1. oo.. intan tu kira ikut kak jie le ni? hehee.. bagusnya wpun de sedikit masalah pada anggota badan masih boleh bekerja.. itu lebih baik dari yg sihat sejahtera tapi dapat duit dri sumber yg tah pape tu..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Fiezaradzicom BerpindahMy Profile

  2. kind of agree with you Kak Jie…we should be gratefull of what we have now…alhamdulilah
    Setiap ujian yang datang tu kan untuk menguji
    keimanan hambaNya…..insyallah

  3. Hehe, org yg selalu positif dalam hidup menjadikan rintangan dalam hidup sbgai satu drive utk dia ke depan..well written kak jie.=D

  4. Ada kisah dia mengeluh kerana tak ada sebelah tangan dan hilang penglihatan. Di dunia dia sering mengeluh tetapi diakhirat dia sangat bersyukur rupanya ramai manusi dihukum Allah kerana tangan dan mata mereka yg tidak digunakan untuk kebaikan.

  5. HAmpir sama ngan saya makcik yang bela tp saya angap dialah mak dan bapak saya. Fikir2 best gak ada bua mak dan dua bapak ni. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari haritz ..Kawin PaksaMy Profile

  6. alamak kak jie…ni yg buat nana rase nk pegi kat tol tu…kot2 la boleh mintak no fon kak jie kat dia…hehehe

  7. wah,touching entri nie?bukan apa mungkin sebab bila melihat kesusahan atau kepayahan yang dialami oleh orang lain tetapi mereka masih mampu meneruskan hidup seperti biasa.

    betul jugak kan,kalau kita fikir kan kita ini sentiasa dilanda kesusahan atau kepayahan yang kadangkala membuatkan kita rasa putus asa.tetapi sebenarnya ada orang yang lebih susah dari itu tapi mereka masih mampu dan kuat untuk meneruskan kehidupan ini..
    Jom terjah post menarik dari Piston Pecah ..Dia Wanita & Juga Terkuat Di DuniaMy Profile

    1. ramai yang menilai bahagia dari material yang dilihat sedangkan erti sebenar adalah kecukupan kita dalam hidup dan cara kita susun atur puzzle kehidupan menjadi lengkap mengikut acuan masing-masing

  8. pentas hidup dan kitalah pelakon-pelakonnya.
    Terpulang untuk memilih watak yang sebagaimana. Moga semua terus kuat, tabah, dan berusaha menghidupkan watak hingga sampai masa! 😎
    Jom terjah post menarik dari student ..Saya tak faham.My Profile

  9. huh nasib baik juga pihak tol berbaik hati 🙂
    masih ada sifat perikemanusiaan didunia ini 😉

Comments are closed.