Janganlah Merajuk…Bukanku Tak Sayang!

Saya memang berniat nak jual Cik Serena. Bukan tak sayang tapi bukan keperluan lagi. Dulu anak² kecil memang kami perlukan MPV tetapi sekarang Along dan Angah sudah belajar jauh, Along pula dah ada lesen sendiri tentu jarang lagi berkenderaan bersama. Sekarang hanya saya dan Intan – tentu lebih praktikal untuk berkereta kecil.

Selesa – bantal peluk, bantal busuk semua boleh bawa….

Tetapi, percaya tak – bila sebut saja nak jual – kereta pun merajuk. Dulu jarang sangat dia meragam. Semua ceruk kami pergi bersama. Berkelah ditengah bendang, balik kampung di utara atau sehingga ke Sedili di selatan. Memang selesa untuk keluarga berjalan jauh.

Spiderman pun pernah tumpang…mungkin kawasan ini tiada bangunan untuk bergayut.

Seminggu sebelum raya tukar gear box. Bukan murah , selepas kos baiki hampir rm 2300.00.

Dua hari lepas tiba² kering di tengah lebuhraya GCE. Seminggu sebelum itu , adik pergi service radioator semua dan mekanik memang tak jumpa masalah di mana. Tempreture tak naik, tapi air kering.

Tapi……..ada juga kekurangan, kalau orang lain sesak – dia pun sesak sama.  Tak ada kelebihan untuk melipat² atau keluar sayap boleh terbang.:lol:

Sampai hari ni, pomen pun belum jumpa masalah di mana.

Kata orang – kereta akan merajuk bila dengar kita bercadang nak jual.

Saya alami dan saya juga dengar ramai yang alami keadaan seperti ini.  Nak kena belai, pujuk rayu Cik Serena yang comel ni…

©kujie- skill  belai² pujuk rayu dah lama tak dipraktikkan ni…uik…ada petua?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. mrs jamal says:

    betul tru, ma abah slalu ckp benda sama..aik tiba2 cik spider menempel kat situ..tu yang betul ker?
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..OwhTerharunya MakcikMy Profile

  2. kak jie amek myvi la comel.. hehee.. kalo faamily car guna alphard.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari syahirul ..Statistik blog selepas 6 bulan di dunia siberMy Profile

  3. hee….buat angkut getah sekerap pun masyukkk

  4. Cik Serena ada je kat dalam garaj…elok je
    hari tu masa ambil dari workshop – on the way balik – air mencurah² keluar – kering lagi
    sedangkan pomen tu test drive 2 hari tak ada apa2 pun
    semalam bawa – elok je………siap2 belai pujuk rayu dah kot

    aduhaiii….. dia mmg rapat, kan..tiap ketika bersma 😆

  5. Hehe..ayah saya cakap, petua tak nak bagi kereta meragam jangan sebut ‘nak jual’ atau ‘nak tukar’, tapi sebut ‘nak tambah kereta lagi satu’..kereta saya tengah2 jalan pernah terhenti kemudian terpaksa ditow sebab timing belt putus. puncanya saya ada kawan jual kereta dan saya ingat nak order la kereta baru..bila saya stop dealing dgn kawan saya tu, elok je dia.. 😀 😆
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Diari Hari SelasaMy Profile

  6. saya cadangkan kak jie beli lori lepas ni..cukup ler 2 orang kat depan..intan dan kak jie…lepas tu boleh angkut durian pulak..hehhehe :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Duhai Tika Putri adindakuMy Profile

  7. he he he…tepuk dahi tuan kereta!

    memanglah dia macam ada jiwa dengan kita sebab kita bersama untuk tempoh yang lama – rasa lain sikit dah pun kita dapat rasa

  8. macam tak percaya kereta pun ada perasaan bila dah lama kita guna, dulu proton wira saya pun macam tu, tapi dia tak meragam cuma ada sorang mat rempit langgar pintu depan bila dia memotong double line sedangkan saya dah signal nak belok kanan. dia ingat saya nak belok kanan kat traffic light sedangkan saya nak belok kanan kat simpang 20 meter sebelum traffic light.

    sekarang ni mitsubishi saya pun mula meragam sebab ada cadangan nak tukar keta lain…. keluarga saya makin membesar, perlukan sebuah toyota innova!
    Jom terjah post menarik dari ardzham ..Dagon Design Sitemap GeneratorMy Profile

  9. Betul la.. saya pun mengalami isu yang sama. Bila cerita2 nak beli kereta baru dalam kereta, mula la dia buat hal..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..INI BUKAN OPEN HOUSE – EPISOD PREPARATIONMy Profile

  10. hehehe… bila dah tak nak jual, mesti cik serena terus ceria kembali… 😀
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apabila bekas telefon bimbit menjadi sesuatu yang haram!My Profile

  11. salam,
    Saya pernah TERNIAt nak jual motor bila dah ada kereta tapi…dia buat hal hingga terpaksa bukak enjin segala. Tak pepasal melayang hampir RM600.

    Dah habis banyak, enjin dah sedap bawak skit…tetiba tak sampai hati nak jual. kalau jualpun bukan dapat harga tinggi sebab motor tu dah lama. macam mimpi je kalau laku RM2500.

    Buat masa ni tak jadi jual, melainkan ada orang nak beli dengan harga tinggi gitu, tapi…dah tau memang tak akan ada orang nak beli 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Mengapa Aku Tak Tulis Tentang Pembunuhan Kejam Arwah SosilawatiMy Profile

  12. kena ckp kuat2 kat tayar dia kot… saya tak jadi nak jual awak wahai cek serena ku sayang.. hehehe!
    Jom terjah post menarik dari zana ..Nasi LemakMy Profile

  13. baru 2 hari lepas dah cakap nak beli keter baru tahun depan kalau ada rezeki lebih, myvi tu nak jadikan 2nd car, tiba-tiba semalam dah merajuk sambar gear box jem, huhu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Cara nak buat theme wordpress senang keMy Profile

  14. kak jie..kalau nak try repair cik serena tuh..saya ada satu bengkel kt selayang..orang kata mmg mantap..tp saya tak pernah try..nama dia bengkel segaria…kalau nk try pegi..saya leh kasi maklumat berkaitan
    Jom terjah post menarik dari life4hire ..Flaming SteamboatMy Profile

  15. salam kak jie,
    kadangkala dilayan lagi naik lemak..
    jual jer..

    ayat kejam jer bunyinya..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Saya dah google – Jawapan kepada Menghalalkan yang haram – Bila anak tidak sah taraf tidak lagi di bin- binti AbdullahMy Profile

  16. afiq aiman says:

    cakap kat serena yg kita kak jie nak cari teman untuknya…confirm ceria balik…then jual senyap2…err kejam tak heheh
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..DiGi iPhone 4 LifeMy Profile

  17. salam kak..
    petuanya..jual aje :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Hussin Box Bendang Garam Pattani ThailandMy Profile

  18. kereta beli bila keperluan bukan keinginan
    keperluan nak kereta kecil sebab keluarga ‘mengecil’
    tapi yang ni…memang nak jual – sbb kak jie ada kereta lain
    ada beberapa..hehehe….parking je

  19. itulah..selalu dengar orang bercerita macam ni
    tak terfikir langsung
    bila dah jadi macam ni…. orang bercakap lagi

  20. aha..beli le keta baru..
    keta cap malaysia skank pun murah dah…
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Masa Hampir TibaOMG! Ubuntu!My Profile

  21. sebenarnya tak terdesak jual sangat pun
    cumanya tak praktikal nak pakai bila berdua dengan intan
    kalaulah cik serena tu berat hati nak tinggalkan kak jie
    tak kisah……….pakai balik 😆

  22. enjin tak mati..setat hiduppppppppppp…boleh jalan
    tapi 10 kilometer, kering

    dah kat workshop…. pomen kata, dia cek, dia isi air dari semalam tak ada apa2 pun.

    tunggu petang ni dia test drive.

  23. beli lagi satu kereta abih cerita…

    p/s-cuba cek minyak itam, takut2 gasket dah licking air masuk dlm enjin.. pernah berlaku pada aku..long long time ago.. 🙂

  24. jangan nak menyebut..tiba2 je boleh saja dia meragam tak tentu hala 😆

  25. itulah..bila dah jadi macam ni
    baru terfikir cerita2 orang

  26. cik serena tu sentiasa wangi!

    tayar berkilat2

    skrg ni dah tak nak jual 😆

  27. memang pernah dengar orang cakap
    tapi……..tak teringat pula
    main hentam je cakap..

    aduihhh….. ais krim conneto boleh tak erk..hehe

  28. ramai betul ada pengalaman usik mengusik kereta ni

  29. intankuterpilih says:

    betul tu sis kujie…memang kalau kite kata nak jual kete, walaupon just main2 jer, kete pon mula buat hal..rosak sana sini…saya pernah terkena…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..BLOGWALKING ajeMy Profile

  30. samalah kak jie.. dulu kete lama pun merajuk lau cakap nak tukar.. hehe.. tapi skg dah tukar.. tau penah jumpa lagi tgh jalan.. saperlah yg pakai..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Cerita Tentang Raya Belum Habis Raya Lagi NiMy Profile

  31. khaizarien says:

    hehehe..akak, bukan keta je. rasenye sume bende pun kalo kite ckp nk jual die mesti majok cam tu… ade je halnye yg kene kuar duit x tentu pasal.
    hehehe
    xtau lak petua nk pujuk balek… yg sy tau juz cegah ckp2 cam tu kat bende2 nie.. hehehe

  32. huhu…..lagi satu kalau kereta dah nak abis bayar, kat bank mula la dia berperasaan meng-gedik minta tukar macam2 secara tiba2 dah rasa dah …sbb bulan ni last bayar loan kereta….

  33. :mrgreen: mula-mula tak percaya juga, kenderaan pun ada perasaan. merajuk bila kata tak sayang dia. dah terjadi, rasanyaaa mungkin juga betul.

  34. betul tu kak jie…kalau cakap nak jual mesti keta buat hal…gamaknya kancilbiru sy tu belum pernah buat hal selama 6 tahun berkhidmat sebab sy penah kata takkan jual kepada sesiapa pun walaupun ramai nak beli…hehehe
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Ehemehem lagiMy Profile

  35. kak jie, mmg kenderaan pun cam ada feeling. dia cam tau2 je nak kene jual. banyak kali dgr citer yg sama cam ni. hehe
    Jom terjah post menarik dari nursarah puteri biru ..kisah lucu di kaunter pembayaranMy Profile

  36. Dah lama sangat bermanja ngan kak jie, tu yang dia tak nak berpisah tuh… 😀

    bagi aa rawatan spa kepada cik serena tuh, urutan dengan sabun dan wax, ditambah dengan kemasan-kemasan yang lain, pasti akan membuat dia kembali ceria 😀
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Biggest Loser Asia 2 week 2My Profile

  37. pujuk jangan tak pujuk sis 😀
    keta kekanda pun cmtu gak
    pantng kena kutuk sket mula nak meragam
    huhu~

Trackbacks

  1. […] sportrim dia, cantiknya……….. rasa macam mengidam pula.  Nak-nak lepas Cik Serena asik meragam merajuk itu ini sampai kes kena tunda di GCE […]