Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan

lambaian kasih

KLIA – 27/09/2009 – 1.35am – Kuala Lumpur – Doha – Constantine – Skikda – Sétif

Selamat jalan romeo

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung airmatamu
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja
Allah sedang menunggu bersama-samamu
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu
Allah sentiasa berada di sampingmu
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah mempunyai jawapannya
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah bersamamu untuk menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur
Allah telah pun memberkatimu
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah akan tersenyum kepadamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu
Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada
Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. biarkan berjauhan itu menjadi rindu dendam dan ubat yg paling mujarab..andai kerinduan itu bisa membuatkanmu lebih rasa bahagia

    sayanggggg mama

  2. waaaa! cik abg merantau jauh tu!! sib baik masih ade anak2 kat umah tolong teman kan?

  3. ade hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi… 😉
    .-= dr.aku.la´s last blog ..Kerja Kerja Kerja =-.

  4. semoga kak jie dan anak2 tabah sepeninggalan hubby kak jie. syang isteri ditinggal2kan ye kak jie 😉

  5. rindu ku dalam doa ku..

    jaga diri yer mama.
    .-= fiezabaiduri´s last blog ..Game di Muka Buku, Buku Muka? =-.

  6. kak jie,
    selamat hari raya jika blom terlambat.

    suami p Skikda kerje sana ke? menetap berapa lama? dgn kompeni apa? waaa byk soklan lak.

    selamat berjuang demi ummah
    .-= AyKay´s last blog ..Nasib malam 1 Syawal 1430H =-.

  7. Semoga kak jie dapat membiasakan diri yer.. 😉
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Eid Mubarak =-.

  8. gi doha buatpe kakjie? keje eh?

  9. Salam Akak Jie….

    Semoga suami Akak selamat pegi dan kembali hendaknya.
    Akak pun jagalah diri…. 🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..Inilah Negeri Kelahiran Ku – Kedah (n3 Cuti2 Malaysia) =-.

  10. wah! Jie mahu berlumba bikin gerbang dan bangunan tertinggi di Doha kah?! huhuhu

    hati-hati masa pasang batu-batu blok tu yea! huhuhu

  11. uwa….ada org kena tinggal. Sayang isteri tinggal-tinggalkan.
    Semoga semuanya selamat.
    .-= rumah kuning´s last blog ..Seringgit Dua =-.

  12. jika tiba-tiba kau tinggal keseorangan
    allah menemankan mu…

  13. selamat pergi, selamat balik..
    come back in one piece ya!
    .-= ChekguBH´s last blog ..Salam Aidilfitri =-.

  14. sangat best kata2 nieh…
    sesuai dgn mood aidilfitri.
    arinieh ramai yg akan memandu…baik beringat:)

  15. Selagi suami, isteri dan anak-anak meletakkan Allah sebagai kekasih no 1 insyallah terpeliharalah hidup kita walau di mana…. selamat jalan romeo.

  16. Ouh…nak pergi ke Doha! Selamat berangkat! 🙂
    .-= tekkaus´s last blog ..When Cashier Are Bored… =-.

  17. kak jie tak ikut sekali ke…

  18. Selamat hari raya, Jie….

    Err…siapa pulak nak terbang ke Doha ? Cik abang sayang ke ? 😆
    .-= Tie´s last blog ..Perkenalkan…..Nur Aina Damia =-.

  19. Assalamualaikum Kak Jie… amboi sempat tu ada romeo hehehe. Selamat berjuang untuk Abang Tak Ingat 🙂
    .-= iza´s last blog ..Kasih Nan Fitri…4 – Calon Weblog Popular 1Malaysia- =-.

Trackbacks

  1. […] beli ikan kaloi ini sebulan sebelum suami ke Algeria tahun 2009 . Anak jiran  baru beli ikan ini RM9 sepasang.   Tak sempat pun dia bela, masih dalam bekas […]

  2. […] Along telefon lagi. Sejak abahnya ke Algeria, selang sehari dia telefon walaupun hanya bercakap […]