Jiran Sepakat Membawa Berkat

Hampir sebulan Encik Pajero tersadai di bawah pokok ceri tak boleh nak hidupkan engin. Saya bercadang nak  masukkan dalam garaj – kesian dia , hari-hari ditaburi daun kering dan bertempek tahi burung.

Saya dah cuba nak guna jumper cable tapi kudrat tak cukup power nak buka penyepit.  :lol:

Petang Ahad adik ipar saya datang, saya minta dia tolong.  Sekali cuba je dah boleh hidup.  Lega, maksudnya tak adalah major problem.  Pada tanggapan saya masalah bateri saja.

Sebelum masuk dalam garaj, saya  cadang nak bawa Encik Pajero pusing² taman – baru gerak 50 meter saya tekan brek terus mati!

Betul² di tengah simpang.

Kemudian jiran tepi keluar, jiran depan keluar, jiran jauh pun datang – dengan isteri masing².

Sementara para suami mengodek kereta, isteri² bergossip bertanya khabar.

Jadi perhimpunan jiran tetangga di petang hari minggu.  Yang lalu lalang berhenti menoleh.  Tool box pun dibawa sekali.

Akhirnya masalah pun dapat dikenal puncanya.  Bukan masalah bateri tetapi ‘tali pinggang’ yang dah putus terbelit² dalam.

Katanya, kalau bateri, sekali dah hidup dah tak ada masalah lagi.

Untuk sementara dipasang juga supaya kereta dapat hidupm dapat  gerak balik ke rumah dan cukup untuk saya bawa ke workshop nanti.

Petang esoknya  saya  selamat memandu 3.5KM  bawa kereta ke workshop tukar fan belt baru dengan kos RM29.00 ( termasuk upah RM10.00)

Malamnya Along call ” mama, kereta rosak ke semalam?”

“Mana tau…?”

“Semalam kawan Along telefon cakap dia nampak kereta kita rosak kat simpang”

Bukan saja jiran² yang prihatin , malah kawan² anak saya pun ambil tahu.  Bangga dengan anak muda seperti ini.

Jiran saya yang baiki kereta semalam tu memang kawan baik suami.  Pernah suami SMS dia minta tolong tengokkan paip air di rumah kami yang disyaki bocor .

Masa tu juga dia call suami di Algeria.  Saya pun tak pernah buat panggilan telefon ke Algeria… kami hanya bersembang  melalui YM Video Call saja ( tapi sekarang, dah hampir seminggu tak bertemu ditalian, internet di sana ada masalah)

Kalau setakat jiran tolong potong pokok bunga kertas sebatang tu bukan isu besar le kan….kan.. tak perlulah nak kesian sebab malas. Persekitaran kejiranan kami memang mempunyai hubungan yang akrab.   Tolong menolong amalan mulia.  Ibadat bukan semata-mata sembahyang, puasa, zakat atau haji sahaja.

Gambar ikhsan Yuana ( biras )

©kujie –  ada yang tanya kenapa kereta saya rosak dalam entri Masin Mulut….sebab tu yg keluarkan cerita lengkap ni.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. silap saya, mana kenai benda2 tu..hehe
    semlm cik abg tu baru dpt online, dia baca entri ni dia betulkan

    sy edit je..tak perasan pun bapa punya pomen datang..haha

  2. Oww… MAAFKAN saya ya, Encik Arol…

    Saya yg terlambat baca rupanya. 😳

    Terima Kasih,Kujie. Tolong bagitau. 💡

  3. mula mula saya memang tulis timing belt…hehe
    dia tak silap, sy yg silap
    lepas tu semalam cik abang baca entri ni dia betulkan

    kehkeh…saya mana le tau ape benda.tau bawa je 😆

  4. Bang, tu bukan timing belt tapi fan belt/alternator belt.

    Kalau timing belt yang putus, dah kong enjin Pajero tu.
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..Apa bezanya YOU shift DENGAN I -Shift My Profile

  5. selalunya mereka yg boleh jadi jiran yg berkualiti bila kebykan mereka terdiri dr surirmh ataupun punya masa yg banyak di rmh.

    bagi saya yg bekerja shift, masih ada had utk berjiran.

    apa2pun mmg best bila jiran2 dan kita saling kenal mengenali.
    Jom terjah post menarik dari Langkah Minda Positif ..Antara Syukur Dan Tidak BersyukurMy Profile

  6. bagusnya jiran-jirang nih. hehe.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Syarat-syarat kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI ambilan Julai 2011My Profile

  7. Apa yang penting kerjasama 🙂 Kalau rosak ditengah-tengah simpang akan menganggu lalulintas nanti

  8. encik pajero saja bagi peluang bermesra dgn jiran2..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Melukis dengan cahayaMy Profile

  9. decrewz says:

    Rasanya kat malaysia ni ramai yang ringan tulang, yang berat tulang tu ada jugak tapi hanya segelintir je…
    Jom terjah post menarik dari decrewz ..Tukar Gambar Kepada Bentuk TeksMy Profile

  10. Kimi Rekonen says:

    jiran dua2 belah rumah saya cina, 😉

    eh tukar timing belt kos nya RM29 jeke? lain tak rosak ke
    biasanya kalau timing belt putus, problem lain banyak

  11. Mrs.Ayie says:

    Bahagia dan aman damai hidup ada jiran-jiran yang baik hati, dan prihatin. 🙂 Susah nak cari sekarang ni
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Penulis Jemputan- Suhayl menganas lagiMy Profile

  12. bestkan tinggal dikejiranan yang masih mengekalkan tradisi mengambil berat jiran-jirannya..
    murahnya kos ganti baru timing belt pajero…
    Jom terjah post menarik dari aRoL ..ZTE 3565-Z LATEST SOFTWAREMy Profile

  13. Assalamualaikum,
    Meriahnya jiran tetangga macam tu. Dulu-dulu saya pun ramah tamah juga dengan jiran tetangga, ada 2-3 peristiwa buatkan saya perlu hadkan keramahan dengan jiran-jiran. Cuba elakkan musibah. Apapun, tabik spring dengan jiran2 kak Jie…memang seronok kalau tinggal di kawasan macam tu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Dah Kena Senarai Hitam EkMy Profile

  14. kalo semua rakyat Malaysia prihatin antara satu sama lain kan best..aman dunia ni… :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Pekebun kelapa sawit ditemui matiMy Profile

  15. hidup bermasyarakat kena saling bantu membantu..prihatin di antara satu sama lain..

    yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing… 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Pekebun kelapa sawit ditemui matiMy Profile

  16. itulah dia…untung hidup berjiran kan..
    susah senang ada yang boleh menghulurkan bantuan sedaya mampu
    Jom terjah post menarik dari Piston Pecah ..Seorang Suami &amp 39 Orang IsteriMy Profile

  17. Bagus la, masih ada jiran-jiran prihatin camni..
    Selalunya bawak hal masing-masing je..
    Jom terjah post menarik dari padlie ..Air kelapa dan ibu mengandungMy Profile

  18. denaihati says:

    kawan yg komen negatif tu mungkin ada jiran yg tak semesra ni tu yg buat komen merepek. Tu orang tua kata tak kenal mata tak cinta
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Suami Curang biasa Isteri CurangMy Profile

  19. Seronok kalau ada jiran-jiran yang sebegitu kan? Sesetengah tempat tu, ada yang tak ambik kisah pun dengan hal sekeliling, masing-masing buat hal sendiri je…

  20. rindu dengan suasana perjiranan yang macam ni..kat sini tak de la camtu..unless balik kampung..boleh sapa menyapa 😉
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Bangladesh punya pasalMy Profile

  21. Untungla kak jie duduk kat kejiranan tu. Skrg ni dah susah nak cari org yg kita kenal jiran2.

  22. Kira A la kalau dapat jiran camtu… jiran aku pun kira ok la..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Seperti Biasa Tiada KekMy Profile

  23. kita kalau baik n ramah ngan orang lain, orang lain akan bersikap sama seperti kita…. kalau buat sombong, buat derk macam badak susah la sikit….

    tu dia aih!! besaq gedabak haaa kereta kak jie…. ish ish ish….kereta saya kecikkkk ja. hehe

  24. wandisini says:

    yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing…
    nasib jiran akak dari kg orang asli sebelah tu pun tak datang tolong, kalau tak dia orang angkat je pajero tu.hehe… 🙂

  25. lagi bagus jika dalam neighborhood tu ade semua jenis pekerjaan senang cite..ade doc, ade engineer hehehe…tlg menolong xyah kuar duit
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Luahan hati melalui instrumental lebih meninggalkan kesan degilMy Profile

  26. Baguslah kan ade kejiranan macam ni! berebut yang datang nak repair kete. Time kita susah ade orang tolong, nanti time org lain susah kita pulak boleh tolong balik.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Puzzle Pizza Hut Yang SengalMy Profile

  27. wahhh, memang sepakat dan berkat….! itu bukan takat jiran, itu kejiranan sebenarnya.
    Jom terjah post menarik dari alex adriana ..review filem- Sanctum Never Ever Give UpMy Profile

  28. untung kak jie…
    dah lar ddk dgn jiran-jiran yang baik..
    dapat lagi keta baru ..
    dah ke mana aja keta baru kak jie? :mrgreen:

  29. alhamdulillah dapat kejiranan yang prihatin. zaman sekarang ni susah nak tgk jiran yang prohatin. masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Tips diet-mengapa saya selalu lapar dan selera bertambah selepas minum SD2My Profile

  30. Wahhhh..untung kak jie dapat jiran² yang prihatin..
    Bukan sorand dua yang datang menolong tu..
    Ramaiiii
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..NBTSSistem Baru RapidKLMy Profile

  31. aimannajmy says:

    Best kalo dapat jiran yang memahami isi hati kita… TAPI ada gak jiran yang tak memahami langsung huhu 🙁 terutamanya dari…err taknak cakaplah
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Blogger Yang KecewaMy Profile

  32. Sabahan Bloggers Club says:

    Inilah yang orang kata Jiran epakat membawa berkat…. 😉
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..WW- SBC February StatisticMy Profile

  33. hidup dalam masyarakt yang tolong menolong ni seronok, kat taman sy ni bulan lepas ada jiran buat kerja kahwin, kami sama2 gotong royong, memang seronok dpt kenal jiran2
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Hari ini dan semalamMy Profile

  34. psst: tak der ke kuih2 dihidangkan sama ke?
    hehehehhe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dressar merawat dari kakiMy Profile

  35. Beruntungnya kak Jie dapat jiran yang prihatin. Saya pula masih dalam proses berkenalan dengan jiran. Walhal dah 2 tahun pindah sini… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Mami-Sue ..Baik-baik Jalan ye!My Profile

  36. best kalau ada jiran2 yang prihatin 🙂