Kasut Raya Sekolah

Selepas raya dan sebelum buka sekolah baru-baru ni, saya belikan “kasut raya” untuk Intan.

Bukan kasut tumit tinggi, bukan Wedges berkilau, bukan Ballet Flats comel, bukan Spool Heels, bukan jenis Mary Jane atau paling terkenal kasut jenis Platform tetapi dia cuma minta kasut sekolah warna putih.

kasut bata

Raya baru ni, dia cuma pakai kasut lama yang masih elok. Bukan dia saja, saya pun pakai kasut lama.

Dia minta jenis ‘serlum’

Bila temankan Intan beli kasut sekolah sebagai kasut raya, saya mesti teringat zaman kanak-kanak saya tahun 70’an dulu. Kami 3 beradik perempuan selang setahun membesar bersama.  Anak ke-4 dan seterusnya barulah adik lelaki.  Jarang sangat dapat kasut raya selain daripada kasut sekolah.  Kalau beli kasut raya yang biasa, kegunaan sangat terhad.  Nak pergi mana?

Kalau masa membeli belah keperluan raya pun, kami tak dibawa bersama. Ayah dengan mak akan ke pekan Baling untuk beli keperluan.  Ayah akan ukur kaki kami gunakan tali rafia,   Satu tali saja akan ada 3 simpulan yang akan mewakili panjang kaki setiap kami.

Sebab tak pernah ke bandar, kami tak pernah tahu fesyen kasut raya yant tengah ‘in’ waktu itu.  Kami hanya tahu selipar jepun dan kasut putih sekolah.

 

NOTAKAKIKUJIE :  Sepanjang malam raya buat catwalk ‘cewi’ dapat kasut baru.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Dulu, kasut sekolah inilah juga di pakai untuk jalan-jalan di bandar…
    Jom terjah post menarik dari anakmd ..Univilla Homestay Tawau, Luas & SelesaMy Profile

  2. Anak2 confirm bersamangat nak bersekolah lepas dapat kasut sekolah baru.
    Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al QassamMy Profile

  3. ha ha ha…..sy pula dari kecil sampai dah 50….tak pernah beli kasut raya…sob sob sob…paling lawa pun sendal…tu pun rm10 harga dia…sob sob sob
    Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.My Profile

  4. teringat zaman dulu bila dapat kasut baru rajin jew nak pergi sekolah he3..

  5. raya baru ni pun tak beli kasut raya anak2. ni baru diorg minta. hujung minggu boleh cari.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Jamuan Hari Raya Aidilfitri PotluckMy Profile

  6. raya baru ni pun saya tak beli kasut raya anak2. ni baru diorg mintak nak kasut baru. tengok hubjung minggu gi beli
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Jamuan Hari Raya Aidilfitri PotluckMy Profile

  7. trending masa sekolah tahun 90 an..pallas jazz 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amir ..Buat Duit Dengan Facebook – Hikayat Kitab Yang HilangMy Profile

  8. Mengimbau kenangan lama memang cukup indah kan? Tp masa kecik2 dulu rasanya kasut raya selipar biasa je then buat pakai hari2
    Jom terjah post menarik dari Fyda Noh ..First Giveaway By Melangkau Garisan With LoveMy Profile

  9. Pernah pakai jenama Hush Puppies masa skola menengah. Kasut dah koyak rabak tapi tapak getah tak haus.

  10. suatu memori yang terindah bila sebut kasut skolah ni.. tapi jie xprnah beli pulak ksut skolah dalam bln raya ni..
    Jom terjah post menarik dari Jie Susanos ..Drama Rindu Awak 200% Semakin MenarikMy Profile

  11. Kalau dapat kasut raya, memang duk ke hulu ke hilir dalam rumah. Pakai puas-puas, nanti dah bawak ke tanah, dah hilang feel kasut baru…hehe
    Jom terjah post menarik dari myliferia ..eBook Percuma Jenis Gemuk & Cara MengatasinyaMy Profile

  12. Dulu tahu jenama bata aje.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Buat Duit dengan MobiCowMy Profile

  13. Anak anak dapat kasut baru memang gembira

    Dulu kita pun sama.

    Sampai buat tido
    Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Koleksi Tudung Inspirasihana Butik Kuala LumpurMy Profile

  14. Saya masa kecik dulu memang pakai kasut sekolah buat raya.
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2014 Secara Online Dan SMSMy Profile

  15. kasut kanvas putih kalau dapat pada orang creative mesti cantik design yang dibuat pada kasut…. design yang kena dengan diri mereka 🙂 DIY gitu… hihi
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Kecik dalam kenangan ~July 2013 – Jan 2014~My Profile

  16. Saya pun sudah gantikan kasut koyak untuk anak sulung baru ini.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Hari minggu yang sejuk enak untuk tidurMy Profile