Kebas Tangan Atau Semut-Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Moga semua teman-teman diberi kesihatan yang baik .

Alhamdulillah, dah habis Syawal ni, kelas harian saya bermula seperti biasa.  Rutin harian 8-11 pagi setiap Isnin – Jumaat berulang seperti biasa.  Bersyukur sangat kerana saya diberi rezeki untuk menetap di sini dikelilingi persekitaran harmoni dan jiran tetangga yang sering menggalakkan aktiviti ilmu seperti itu.

Sejak awal Syawal hari tu, lengan sebelah kiri ni sakit.  Rasa kebas dan berdenyut-denyut dihujung jari terutamanya ibu jari.  Ada orang panggil kebas-kebas tangan tu semut-semut.  Atas nasihat kawan-kawan, hari Isnin lepas saya berjumpa doktor.  Bila dah berumur macam ni, segala macam penyakit pun kebarangkalian singgah tu semakin tinggi.

Selepas buat pemeriksaan tiada tekanan darah tinggi dan tiada penyakit kencing manis.  Doktor bagi vitamin B1, B6 dan B12 setiap hari 1 biji dengan stock untuk 3 bulan.

Tapi sengal dan kebas-kebas tangan kiri ni masih belum baik. Kata orang tanda-tanda penyakit jantung.  Sekarang saya cuma lebihkan senaman untuk bahagian tangan untuk meransang perjalanan darah.  Baca blog Hafiz, Punca Kebas Tangan,  wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki dan  mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.  Cukup dah syarat untuk diri saya tu. 🙂

bunga halia

Bila dah sakit-sakit macam ni, teringat kata-kata ustazah saya minggu lepas.

Kita ni kalau doktor cakap apa , suruh buat apa..pantang itu jangan ini semua kita ikut… takut sakit. Sebab kesan kalau tak ikut nasihat doktor tu akan nampak masa tu jgua.  Tapi kalau Allah S.W.T larang, ada saja ini ini mencari dalih mencuba untuk mengelak. Apa yang Allah S.W.T  perintah tu ada saja alasan untuk tidak mengikutnya.  Betapa untungnya umat Nabi Muhammad  SAW kerana balasan kemungkaran kita Allah S.W.T  tangguhkan di hari akhirat, tak macam umat Nabi Isa, Nabi Musa atau Nabi Lut  , Allah S.W.T tunjukkan balasan di dunia.    Kalaulah Allah S.W.T  terus tunjukkan balasan atas semua dosa kita tu sekelip mata…. mau tak kita berlenggah-lenggah tak nak ikut perintah Allah S.W.T lagi?

Kalaulah tak terasa dengan apa yang dicakapkan tu, tak taulah.  Hati dah mati kot.  Kalau hati berpenyakit boleh juga diubat.

Kujie© – Astaghfirullah al-Azeem allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaih

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. semoga hanya aliran darah yang tidak lancar..dan semoga sehat-sehat saja.
    Jom terjah post menarik dari hanari ..Hepatitis CMy Profile

  2. Mungkin kalau buat morning walk selama 45 setiap pagi boleh bantu perjalanan darah…atau Kak Jie memang dah sering buat senaman sebegitu…
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Amanah dalam kehidupanMy Profile

  3. jarang juga kena semut-semut ni… pernah terkena bila duduk dalam tempoh yang lama dan nak berdiri rasalah semut-semut ni..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Malindo Air Tawar 10,000 Tempat Duduk Percuma Sempena Hari MalaysiaMy Profile

  4. Orang Pahang panggil semut2 tu sereban jari.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Buat Duit OnlineMy Profile

  5. Semoga Kak Jie selalu senantiasa sehat
    Jom terjah post menarik dari Rina ..PHP Script To Display RSS Feed / Sitemap From Other Website To Your WebpageMy Profile

  6. pesanan doktor kena ikut, makan ubat ke apa ikut, jangan tertinggal. Kalo tak dengar nasihat kesihatan mmg makin teruk. Kadang2x orang kg saya bila bgi nasihat suruh makan ubat mmg tak nak, tak dengar kata. Bila penyakit dah melarat barulah nak cari ubat. Ada tu sakit diabietes pun tak nak makan..nak nasihat dia krang mantul plak..biarkan jelah.

    semoga kak ji sehat2x selalu..
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Fantasi Dan Realiti KehidupanMy Profile

  7. Moga kak gie sihat selalu

  8. bunga halia kat gambo tu bagus utk ubat sakit tekak dan batuk – cara isap madu pada bunganya dan kunyah sedikit pangkal bunga yg berwarna putin.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..iPhone 5S dan iPhone 5C bakal menakluki duniaMy Profile

  9. Moga kak jie sihat2 aje utk uruskan rumahtangga dan urusan2 lainnya…

    Semut-semut…agaknya sbb rasa macam semut tgh jalan atas tubuh badan =)

    Astaghfirullahal a’zim….kita selalu salah pertimbangan…moga Allah tunjuk jln yg terbaik utk kita…ameen

    p/s- terima kasih kak jie sertakan link entri saya =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pengalaman Beli Belah di Zalora!My Profile

  10. ye kan kak… terkadang terlupa…
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Kereta abg long..My Profile

  11. semoga kesihatan kak jie bertambah elok selepas nih…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Pentingnya Kebersihan Tandas AwamMy Profile

  12. kekadang sakit tu tunjukkan tuhan sayang kat kita…nak kita ingat kat dia..

  13. salam kak jie, ok ke tak tu? hopefully kak jie sihat. kata-kata ustazah tu memang benar, insyaAllah akan diingat selalu. apa-apa pun saya doakan agar kak jie sekeluarga sentiasa sihat. amin.
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Cara Merawat & Menghilangkan KelemumurMy Profile

  14. My asben ada gak tnda2 sakit tu tp hrp2 dijauhkan, so sebagai tindakan asben ambik produk Shaklee, baru je try harapnya brkesan..

    Dan mudah2an Kak Jie pun sihat jua 😀
    Jom terjah post menarik dari Myra jay ..Majlis Kesyukuran dan Kenduri ArwahMy Profile

  15. Semoga kak jie sihat sihat selalu.aminnn.saya pernah gak kebas macam tu..lepas makan ubat saraf ok la balik..emmm medalam kata-kata ustazah tu..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..CaknaMy Profile

  16. bila umur dah meningkat ini kena jaga pemakanan, jaga kesihatan, periksa darah dan pelbagai lagi…..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Melawat Ke Zoo MelakaMy Profile

  17. Get well soon akak…kadang2 allah turunkan dugaan kecil supaya kita jangan leka kan…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Gemuk Apabila Makan Malam?My Profile

  18. memang terasa..

    sebab itu kita digalakkan menghadiri majlis² ilmu supaya kita tidak alpa kan?

    dalam bahasa Klate, semut² = serbey(lbih kuranglah bunyinya)
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Baiki cermin retak kena batuMy Profile

  19. Bahaya tu..kadang2 benda yang kita sangka takde apa2 boleh bawa kepada sesuatu yang serius…
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Nikon D90 Untuk DijualMy Profile

  20. ye ke? saya pun perasan kebas2 tangan kalau lama baring sambil layan intenet kat henpon.sy igt posisi baring sambil pegang hp tu xsesuai kot
    risaunya kalau dpt penyakit
    Jom terjah post menarik dari irfa ..Sayang Siapa?My Profile

  21. saya panggil tingling sensation. moga cepat baik kak jie.
    Jom terjah post menarik dari Azah ..Hebatnya Hukum KarmaMy Profile

  22. Saya pun pernah dengar pasal kebas-kebas ni. Mungkin berpunca daripada perjalanan darah yang tidak lancar. Bersenam secara konsisten itu yang terbaik.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Apple Melampau! iPhone 5S Pencuri Maklumat SulitMy Profile

  23. Sihat itu nikmat, sakit itu hikmah… kedua-duanya anugerah dari Allah SWT. Bersyukurlah… dikala sihat mahu pun sakit. Semoga Kak Ji segera sembuh.
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Hidup Umpama Lilin…My Profile

  24. Bahasa pasar semut-semut. Kalau anak saya pula kata tangannya sudah hilang. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – Kerut Kening Aaron AzizMy Profile

  25. semoga akak cepat sembuh…

    emak saya pernah jadi macam tu, kena berurut selalu kak.
    Jom terjah post menarik dari maza ..Menyisir rambut ikan dengan sikat istimewa!My Profile

  26. saya panggil sereban..hehe

    betol la apa yang ustazah kak jie cakp tu..mmg betol2 terkesan kat hati..
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..MAJALAH UJANG BIKIN PANAS TEMAN SEBILIKMy Profile

Trackbacks

  1. […] Baca entri tersebut di sini – Kebas Tangan Atau Semut-semut […]