Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum Dan Selepas PRU 13

Pilihan Raya Umum ( PRU 13 ) dah selesai. Yang menang , yang kalah ada banyak yang perlu dilakukan. Saya kurang riuh rendah mengenai politik kepartian , tetapi lebih berminat membaca mengenai proses pilihan raya dan sistem pembentukan negara.

Sebagai rakyat biasa, rutin kehidupan diteruskan.

Sebelum pilihan raya sempena cuti Pekerja 1 Mei, kami anak beranak ke kebun. Lokasi kebun dengan rumah lebih kurang 60 KM.

tebang pokokDalam perjalanan ke kebun, jalan dihalang dengan pokok yang tumbang.  Terpaksa potong dan alihkan.

tanam kelapa sawitAngah beraksi dengan libasan parangnya. Melecur dan terkopek juga jari dia. Satu pengalaman berharga dan  saya berkongsi petua – parang perlu dipegang kejap supaya tak bergesel dengan kulit sehingga melecur.  Kalau dia tak pernah buat semua tu,  tak mungkin dia tahu macam-macam skil kehidu

nyamuk dan unggasDigigit nyamuk perkara biasa, dah tak larat nak menepis. Telinga Angah merah digigit penyengat.  Waktu berlari menyelamatkan diri, cermin mata dia pula terpelanting entah ke mana.  Bukan senang nak mencari disebalik semak, rumput , ranting pokok.  Nasib baik jumpa.

GPS Surveying EquipmentDua beranak tu pikul tripod mendaki bukit, turun dan bukit disebelah sana barulah kebun kami.

Saya kena tinggal dekat station GPS,

Hari pertama , kami tak dapat siapkan kerja.   Sehari sebelum pilihan raya, kami anak beranak turun ke kebun sekali lagi.

kerja surveyor

Kerja ukur tanah bukan sekadar, pacak , tembak dan siap.  Sebelum turun tapak, kena buat kira-kira berpandungkan plan.

kerja seorang juru ukur tanah

Tengok kebun kelapa sawit yang hidup subur, rasa mengebu-gebu gembira menghitung hasil yang akan dikaut tetapi sebelum semua itu berlaku, terpaksalah menghalung hutan belukar.  Lengan berbilat kena daun dan ranting adalah perkara biasa.

Anak-anak perlu didedahkan dengan susah payah seperti ini supaya meraka dapat menghargai segala titik peluh ibu bapa atas apa yang  akan mereka warisi.  Tanah atau kebun yang ada bukan dapat dengan murah – petik jari kata orang.

kerja kerja ukut tanahIni semak samun yang paling minima .  Suami sedang mengajar Along gunakan Theodolite.

Saya  pula pegang ‘target’ bukan datang makan angin .

serangga di dalam hutanSementara tunggu anak beranak tu buat kira-kira , saya ambil gambar serangga yang ada dipersekitaran.  Ada banyak serangga, burung, rama-rama yang dijumpai.  Dari kejauhan boleh dengar bunyi monyet, burung dan entah apa jenis binatang lain yang saya tak pasti.

 

Pernah sekali ada orang bercakap di Twitter ” Kak Jie tak apalah, orang senang”

Ini bukan disebabkan senang atau susah tetapi boleh ditakrifkan sebagai sikap atau attitude yang dibentuk dari persekitaran , latar belakang dan hala tuju.  Apa yang kami nikmati kini semua ada harga yang perlu dibayar, pengorbanan yang tidak dapat dihitung dengan wang ringgit.

Berusaha dan yakin, rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala datangnya dari pelbagai bentuk dan sudut.  Tiap orang ada bahagian masing-masing di dalam dunia yang luas ini.

Nota :  Suami saya kembali ke Hulu Terengganu pagi ini , moga selamat dalam perjalanan.  30 Mei nanti , Insya Allah berjumpa lagi.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. setelah pemilihan kini kembali bekerja seperti biasa, mengukur tanah ya..
    selamat beraktivitas
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Listrik PLN Secara OnlineMy Profile

  2. Suami kakjie kerja apa sampai jauh ke Hulu Terengganu?
    Jom terjah post menarik dari JHafiz ..Flippa VS AdsenseMy Profile

  3. Suami kakjie kerja ukur tanah? Kenapa jauh sampai hulu Terengganu?

  4. banyak betul keje partime kak jie ni..hehe

  5. Seronoknya ada kebun..kita anak bandar ni jarang dapat merasa ke kebun..sesekali teringin 🙂
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Cara Senaman Wanita HamilMy Profile

  6. gambar lebah tu gambar penyengat ke?
    atau lebah kelulut…?
    Jom terjah post menarik dari saljuhumairah ..Statistik Keseluruhan Keputusan Parlimen dan Dun PRU 13My Profile

  7. seronok ada kebun ni, dapat juga hasilnya kalau kita berbakti..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Cara untuk mudah hamilMy Profile

  8. zaman sekarang ni bukan kata anak-anak je yang tak reti nak berkehidupan kekampungan, kadang-kadang yang bapak-bapak pun ada gak..hehehe..

    syukur jugak sebab sy membesar di kampung, bila dengar anak-anak murid bercerita dengan teruja sesangat pasal dapat masuk dalam bendang, sy senyum je mendengarnya..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Ro Mim Ba Wau TaMy Profile

  9. seronoknya masuk kebun. seronok bila apa yang ditanam menjadi.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Nombor 206 Pukul 4.00amMy Profile

  10. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
    Jom terjah post menarik dari anip ..7 Killer Ways To Beat Jet LagMy Profile

  11. ukur tanah siapa tu?
    suami kerja surveyor ke..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Keputusan penuh ATM vs Johor Darul TakzimMy Profile

  12. Hidup perlu juga diteruskan.Tak guna meratap dan ketawa berterusan sampai satu kerja pun tak jalan.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Matawang MYR Pasca PRU13My Profile

  13. Lama cuti tak singgah sini.

    Datang sini dihidang dgn cerita2 camni mmg segarkan mata dan minda.

    Lega rasa =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..PRU13:Bendera, Manifesto Mahupun Calon BUKAN Sebab Utama Kemenangan!My Profile

  14. bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian..hasilnya setimpallah dengan penat kita..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Kesan dan Keburukan ShishaMy Profile

  15. Bestnya ada kebun sendiri ni. Dulu masa sekolah saya merasa jugak berkebun di kebun nenek. Tangan melecur tu perkara biasa. Tapi puas hati apabila tengok kebun bersih daripada semak samun.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Tahniah Kepada BN Menang PRU13My Profile

  16. waduh..rajinnya berkebun.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Jari telunjuk gua dah warna biru hitam.My Profile

  17. isi hari2 dengan pengalaman yang berharga, sangat inspiratif ..
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create Simple PHP Contact Form ScriptMy Profile

  18. Bukan semua anak² muda sekarang boleh buat camtu kak jie

    wah..senang tak guna theodolite tu? Sebelum ni hanya bercerita je kat pelajar mengenai benda alah ni bila ajar sudut dongak dengan sudut tunduk..padahal cikgunya pun tak pernah sentuh…hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Wondershare Panorama Untuk AndroidMy Profile

  19. Nanti saya nak ukur tanah kebun boleh upah Angah. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sudah terlambat untuk mengundi PRU13My Profile

    • Apa bila melihat kebun kak Jie teringat akan ketika saya dibangku sekolah dahulu. Mana taknya arwah bapa saya akan bawa famili ke kebun pada hujung minggu untuk menebas, memetik koko, tarik getah skrap, angkat pelepah sawit dan kopek kelapa. Memandangkan adik-adik masih kecil ketika itu. Kalau digigit kerengga dan tangan kena selumbar adalah biasa.

      Kalau menebas memang mengunakan secara manual dan bapa saya pula mengunakan mesin rumput. Sampai satu masa saya sudah mampu memperbaiki teknik menebas rumput dan lalang supaya potongan paras tanah dan pendek. Memang tidak ada peluang langsung selain tolong angkat mesin rumput masuk dan kereta dan keluar.

      Apabila arwah sudah tiada jadi tanggungjawab tersebut digalas oleh saya pula. Saya akan dedahkan anak-anak supaya tidak manja dan merasai kesusahkan berkebun.

      Maaf komen ini menjadi panjang pula kerana masih terkenang-kenag masa lalu.

  20. Seronok ada kebun sendiri..ada masa terluang boleh pergi keluarkan peluh bersama keluarga.
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Doodle Google PRU13My Profile

    • Kalau nak ikut masa terluang..kebun tu dah jadi hutan.. tak boleh santai2 ikut masa..kena betul2 komitmen baru dapat hasil

  21. saujana mata memandang…..kalau kita berbudi pada tanah, hasilnya meriah…ingat pesan orang tua…di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Suasana Semasa Hari MengundiMy Profile

  22. menariknya pengalaman tu suma.. macam nak join sama.. lama dah x buat kerja2 cmtu.. 😀
    Jom terjah post menarik dari Kimi Jamai ..Keputusan Penuh Rasmi PRU13My Profile

  23. Alhamdulilah,pernah merasa melibas,menebas,kena gigit pacat,tebuan tanah,tapak tangan pecah dll,memang perit rasanya,tetapi hasil nya nanti membuat kita mampu tersenyum.

    * Sedang hadamkan kekalahan 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Playboy Itu Suami Aku – Suri RyanaMy Profile

  24. waaahhhh… ini namanya satu keluarga bekerja keras.
    Jom terjah post menarik dari KiD ..I Love MalaysiaMy Profile

  25. lari baca entri kat sini sat. hilangkan tension sebab banyak makan racun pru13 semalam. kekekeke… carik penawar racun lepas tu carik suis lampu kat Fb dok tak jumpe-jumpe lagi.. mane tah suisnye hahaha.

    p/s: komen langsung tak berkaitan. haihh :p
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..PRU13 Untuk pertama kalinya – Ini kali lahhhh…My Profile

Trackbacks

  1. […] Permohonan untuk tanam semula sawit dan tanam baru sawit adalah berbeza.   Entri kebun sawit saya di sini – Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum dan Selepas PRU […]