Kejutan Hari Jadi #2

Assalamualaikum pembaca2 kujie2.com :p.  maaf lah wahai readers kujie2.com sebab hari ni saya mencelah 1 slot entry. dah lama mama (panggilan saya pada Kak Jie) minta saya menulis dalam blog ni HAHAHA tapi biasalah. segan punya pasal. makanya, kali ni mungkin sesuailah saya update kisah ini blog famous amos ni :p

pada hari jadi saya yang ke 24 ( T__________T) pada ahad lalu. mama call saya. call bukan nak wish happy birthday HAHAHA.

mama : yonna, rumah yonna dekat dengan Jelutong tak?

saya : errr tak lah jauh sangat tapi jauh jugak lah (hahaha). jelutong kat mana?

mama : kat Tesco Jelutong.

saya : ohh agak dekat jugak lah. kenapa ma?  *masa ni dok bajet mama datang penang ke nak holiday dengan suami dan anak-beranak :p*

mama : haaa, nanti pi amek kek kat KING tesco Jelutong tu.

saya : erkk? ha? kek? bila?

mama : mama dah order. petang ni kot ambik.

saya : hahahaha. thank youuuuuuuuuuu mama. *terharuuuuuuuuuu gila*

malangnya, kek tu tak boleh siap pada petang ahad tu. mama bagitau saya, diorang suruh amek 2 Jun nanti. so that, saya pun pergilah tesco Jelutong  tadi untuk mengambil kek belated birthday saya yang dihadiahkan oleh mama :)

chocoreo mousse yang yummyyyy! supposed to be Yonna :p

nasib baik tulisan dia ni okay sikit. kalau nak dibandingkan dengan kek yang Angah hadiahkan untuk cikgu dia T___T  kesian Angah. nevermind. sebenarnya saya nak cerita pengalaman masa amek kek ni tadi.

masa mula-mula masuk kedai, saya bagi details pasal kek ni. masa tu ada 2 pekerja saja yang saya nampak. 2-2 perempuan. kakak 1 tolong cari kek saya dalam peti sejuk beku mereka. kakak 2 jaga cashier. saya tengok kakak 1 ni keluar masuk cari kek saya. saya dah cuak. sampai tanya adik saya 4 kali, “betul ke ni tesco Jelutong?” hahaha.  dlm masa yg sama, kakak 1 kena layan sorang customer pasal kad apa entah. lama gilaaaaaaaaaa! dah tak terkira keluar masuk cari kek saya tu. gila apa tak jumpa kek T____________T. then, dengan phone call tak berhenti-henti. kakak 1 yang sepatutnya cari kek saya, dok busy layan call sambil menghadap komputer.

saya cuma dengar dia cakap, “takdak kek tu“..  dia ulang dengan suara yang keras banyak kali. dia pun sampai dah bengang saya tengok. sambil2  dok tekun belek apa entah kat pc tu. serius. rasa nak jadi monster kat situ jugak hahaha. dia masuk balik dalam bilik peti tu LOL. sambil2 jaga cashier sebab customer ramai. takpe.saya tunggu lagi. akhirnya, ada jugak kek saya. lepas diorang dah packing kek saya, tiba-tiba kakak 2 tanya. ” dah bayar ke belum? ”  terkedu lah saya kan HAHAHAHAA. takkan nak call mama balik tanya. saya cakap, ” dah kot. ni kawan saya yang order dari KL. online order” .

then, kakak 1 kalut dok trace resit untuk payment yang mama dah buat untuk kek ni. GILA LAMBAT (kan dah keluar font merah). then phone call tak henti-henti. org dalam talian tu macam tgh ajar kakak 1  ni cari payment yg dah mama buat. last-last keluar jugak resitnya, saya pun sign la (tak tengok harga ye mama :p ) . lepas-lepas dah setel kek saya dan adik saya, kami pun cabut lah. tak pasti dia cakap maaf sebab menunggu lama ke apa ke sebab memang dah bengang gila. almost 30 minit dalam kedai kek tu. proses diorang,hanya perlu memberikan kek itu pada saya dan setelkan pembayaran kek adik saya. mudah bukan? apa pasal lahhhhhhh boleh jadi lambat gila. lepas tu boleh pulak tanya dah bayar ke belum. patutnya diorang dah boleh verify sama ada kek tu dah dibayar ke belum. sistem apa korang pakai hah, KING? T_________T nasib aku tak jadi kingkong hahaha. kalut gila saya tengok KING semalam. sampai ada sorang family ni tak terlayan. diorang blah je dari kedai tu.

eh emosi pulak kat sini. tapi betullah, patutnya tambahkan lah pekerja ke apa ke. mana tahu waktu-waktu genting macam ni takde lah kalut sangat. then, sistem tu kasi elok-eloklah. jangan menyusahkan si pekerja dengan orang yang tunggu ni ha. huh. nasib ada jugak kek nya hahaha.

anyway, mama,terima kasih untuk surprise kek ini ;) jauh-jauh pun boleh buat surprise ye? terharu T____T. terima kasih jugak sebab selama 5 tahun kita kenal, mama tak pernah berubah. ini bukan ayat bodek. haha. terima kasih jugak sebab jadi ibu blogger di kalangan kami-kami. tegur bila salah, setuju bila betul.

kenapa tulisan ini di atas plastik ye?

p/s : Kejutan Hari Jadi #1

=====================================

Ini kisah saya – kujie.

Order 30-05-2010, collection date 02/06/2010

Pagi 9:07 am 31-05-2010 seorang kakitangan King’s Confectionery telefon mengesahkan pembelian.

Pagi 02-10-2010 seorang kakitangan King’s Confectionery ( lelaki ) telefon bertanya kenapa tidak di ambil kek semalam. Saya cakap kita dah set date, kalau saya pergi semalam, nanti saya pula yang kena marah!

Tengahari 02-10-2010 seorang lagi kakitangan King’s Confectionery ( perempuan ) telefon bertanya tentang kek dan email dari pihak mereka.

Petang 02-10-2010 staff yang sama telefon lagi bertanya tentang kek dan email . Maaf cik, saya tak online. Petang nanti kek akan diambil.

Dengan 4 panggilan dan 2 email pengesahan, saya andaikan mereka betul-betul bersedia 100% tetapi lain pula kisahnya. Mungkin ini adalah pembelian online pertama bagi mereka dan masing-masing TERUJA TAHAP MELAMPAU sehingga membuatkan pelanggan tidak selesa.

Sabar ye Yonna walaupun ejaan nama pun salah!   Mungkin ini sejarah pertama kali mereka membuat urusan pembelian kek secara online, jadi berbanggalah kita kerana menjadi pelanggan sejarah hidup mereka… hehehehe

©kujie – tak patutlah tanya pelanggan dah bayar ke belum kalau itu adalah pembelian online.  Kek untuk kegembiraan dan keriangan… menceriakan orang-orang tersayang dan membuat kejutan manis di hari jadi.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. jawatan kosong says

    kejutan yang menyenangkan.. happy birthday ya..:D
    .-= Post terbaru jawatan kosong ..Siempelkamp Maschinen-und Anlagenbau Assembly Engineer & Electrical Engineer =-.

  2. says

    macam2 kes.. lau saya pun mungkin bengang gak lau camni.. mgkin dorang kena improve sistem pembelian scra online ni.. baru de org puji dan cuba byk kali.. pe pun, utk pekerja king tu, moga de pengalaman baru..
    **utk Yonna, happy belated bday.. saya tau dah lambat.. huhuuu

  3. says

    jauh tempahan tu datang.. kalau nak numpang pun tak relevan ek?? hehehe…

    happy belated b’day yonna!

    agaknya sistem depa nie ok kat kl je kot kak. luar kl dia jadi kalut.

    takpela.. pasnie leh order safe deliver to house pula. eccewah!
    .-= Post terbaru Zana ..Kenduri kawen kat mane?? =-.

  4. Encik Luth says

    syoknya dapat kek yonna.. saya dalam hidup baru dapat kek 3 kali dari orang lain. yg lain semua family yg beli

    birthday tahun ni tak ada kek..
    .-= Post terbaru Encik Luth ..DAULAT TUANKU! : Selamat Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong =-.

  5. says

    hehe..macam2..takpelah..kalau ade staff king tuh yg bace…diorang akan improve nanti..pe2pun, pengalaman bagus..jgn kite plak jadik camtuh nanti bile buat ape2 keje..hihi

  6. titan says

    hehe..dunia ssekarang. memang macam-macam..
    .-= Post terbaru titan ..Komisen ke 52 dari TNX =-.

  7. ishak says

    makin canggih dunia sekarang
    .-= Post terbaru ishak ..Boikot israel ? memang tipikal orang kita =-.

  8. says

    jelutong kat penang erk?
    ingatkan kat selangor..dah baca comment baru tau citer..
    :)
    penghantaran kek online=sweet sgt..
    pengurusan king’s=perlu penambahbaikkan..
    .-= Post terbaru izzah ..Bila memilih… =-.

  9. Syafrizal says

    Selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
    .-= Post terbaru Syafrizal ..Blogger Malaysia menantikan WordPress 3.0 =-.

    • says

      bukan tak keluar rumah…hehehehe
      jarak rumah kami lebih 350 kilometer…. kalau nak kira, jarak kedai kek dgn rumah Kak Jie 7 km saja tapi kek perlu dihantar pada ‘birthday girl’ yang jauh di utara………..dan sebab itulah pembelian online dicipta.

  10. Ax says

    dulu sy keja baskin robin…penah alami situasi mcm ni..customer ramai…tapi cool je cari kek jmpa sbb buat keja dgn sistematik…

    • says

      beli kek online ni baru lagi kot..sebab tu tak semua kakitangan faham prosesnya macam mana…ini pengalaman bagi kita dan mereka…

  11. yonna says

    panjangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! HAHAHAHA ampun mama T_____________T
    .-= Post terbaru yonna ..Kejutan Di Hari Jadi #1 =-.

Trackbacks

  1. [...] ni, tiada update di blog tanpa header ni. tapi aku ada tulis Kejutan Hari Jadi Part 2 kat blog  Kujie. what a perfect birthday dengan perfect surprise! :) terima kasih pada [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge