perkahwinan

Kekasih Lewat Usia Couple 22 Tahun

Petang semalam sewaktu kami laki bini menonton video viral budak baru couple seminggu tu, tiba-tiba saya teringat….. kenangan lama mengusik di jiwa.

*background muzik – cinta abadi ( blackrose)

 

“abang… abang tau dak hari ni hari apa?” *pinjam skrip*

“hari ni  hari 30 Sa’ aban…….jawapannya kita dah cukup 22 tahun.. yeahhhh… dah cukup 22 tahun dah kita bersama kan…” *  aksi gedik cencored*

“saya harap kita dapat bersama-sama selama  lama lama lama lamanya.. dengar tak?

“selamanya…. bukan sehari bukan dua hari bukan bukan empat hari…………..bla…b la… bla… selama-lamanya, ok!”

 

Betul.. ini bukan parodi untuk video budak baru couple seminggu tu… Realiti dan fakta, kami dah couple genap 22 tahun.  Hari tersebut  adalah 17hb Mac 1991 bersamaan 30 Sa’aban 1411H, esoknya 1 Ramadan memang ada kenangan indah kisah percintaan dan perkahwinan kami.

Kalau tak percaya… baca ni – Macam Mana Mama Jumpa Abah?

 

perkahwinan
selepas couple dan bertunang 6 bulan kami pun diijabkabulkan.

Ramadan memang indah dalam hidup saya…. setahun selepas Ramadan 1411H, dalam bulan Ramadan 1412H  saya disahkan mengandung selepas 6 bulan berkahwin.

Agak-agak kalau kami buat video couple 22 tahun , sweet tak?

“tak payah sweet sweet sangatlah sayang…. nanti diabetes!”

glup! Rahsia Bisnes Kuih Raya

Nota : malam tadi lepas tarawih, dia boleh balik sorang-sorang .. .  Sampai rumah baru sedar, bini tertinggal kat surau! cis….. tu la adik, jangan nak berjanji sehidup semati sangat… makcik yang dah 22 tahun bersama ni pun boleh ditinggalkan.. apalah sangat kalau baru couple seminggu.

Kes kena tinggal ni jadi benda sweet untuk gelak sama-sama anak beranak!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Kekasih Lewat Usia Couple 22 Tahun”

    1. Perkahwinan Jarak Jauh ( PJJ ) mungkin.. biasa memasing urus diri, pergi mana pun sendiri… terlupa bawa pasangan :p

  1. alololo…sweetnya cerita… hihihi…. dah 22 tahun ye… baya zie la tuh… perasan muda sat… tahniah ye kak….

    tp awat yg ending cerita sadis sgt… balik sendiri la jwbnya ye… 🙂

Comments are closed.