Kelebek!

Kelebek apa Ngah , mandi lama sangat “

Jerit saya pagi tadi bila Angah belum keluar dari bilik air. Dari dapur saya dengar suami bertanya .

Kelebek tu apa Jie?”

Siapa tau maksud perkataan kelebek tu? Hadiah utama berbuka puasa sendirian berhad di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur secara potluck!

************************************************************************************

Pagi tadi juga Intan hulurkan kertas warna hijau. Surat jemputan ke temasya sukan di sekolahnya. Yang menjemput pengerusi & Ahli² Jawatankuasa Lembaga Pengurus, Persatuan Ibubapa & Guru, Persatuan Murid² Tua, Guru Besar, Guru² dan murid².

SJK(c) memang mempunyai Lembaga Pengurus, saya tidak pasti di SK mempunyai badan seperti itu atau tidak.

Di akhir surat jemputan tersebut dinyatakan majlis akan di rasmikan oleh Y.B ADUN Kawasan! Mesti meriah kali ini, kerana sepanjang anak saya bersekolah di sekolah tersebut selama 7 tahun ( dari zaman Along sejak saya pindah ke sini ), ini adalah kali pertama Y.B akan merasmikan majlis sukan tersebut.

” Pilihanraya dah dekat………… ” kata suami.

Saya tak hairan dengan suasana sekarang. Bulan lepas sewaktu program sekolah Along bawa balik seikat majalah dalam Bahasa Inggeris ( 6 buah ) keluaran tahun 2003/2004. Memang baik untuk pelajar tetapi ikatan majalah tersebut disertakan sekeping kertas dari Pejabat Timbalan Menteri iaitu Ahli Parlimen kawasan ini.

Kelakar kan, lawak ” expired date” masih lagi di kitar semula di zaman milinium ini !

  1. Pingback: Samosa | Hidup Biar Sedap

  2. erkekekek kak jie…kami kat perak pun selalu guna …ahahah cuma skrg ni jarang2 guna …senyum kak long awal pagi ni …ape ler yg dikelebeknyer ntah…ahaks

  3. kelebek tu nat biasa dengar. MIL nat slalu tanya nat…. kelebek apa tu yana…?..
    maksudnyer belek/ selongkar kot.. hehehe

  4. sayda tau kelebek tu ape.
    tu mmg bahasa kitorg ckp kt umah.
    mcm belek2 la kan.

    kjie pun tau word tu ek.

  5. nampaknya semua org tau ape tu kelebek…:D

    cute kan guna kelebek tu….!

    adiah……….erk….claim utk diri sendiri…!

  6. Ya la k g…kelebek tu lebih merujuk pada belek ataupun meneliti sesuatu…’apo yg ko klebek lamo bona tu dlm bilik air tu Da.Angah ko nk mandi ni…dio pun nk poie kojo’..ayat yg slalu mak aku gunakan utk meng’sound’ adik aku yg suka mandi sampai setgh jam.Bejoman! Ntah apo yg d kelebek eh ntah…ni ayat aku.hehehe