Kenangan Pukul Telur Dalam Guri

Salam Ramadan kawan-kawan…

Rasanya diakhir² Ramadan ni, surirumahlah yang paling sibuk. Dari hujung tangga sampai ke ceruk dapur semua nak disentuh , nak dibelek dan nak dikemas.  Tapi nak juga update blog… :lol:

Zaman-zaman dinosaur saya dulu , zaman anak dara sunti …..pagi² macam ni waktu matahari baru nak muncul adalah waktu ‘pukul telur’. Zaman tu kuih wajib adalah baulu, macam ‘raja kuih’. Pukul telur dengan penimbuk berspring dalam ‘guri’ . Tau guri?

Guri atau tempayan

image: mudah.com.my

Guri tu macam tempayan atau pasu yang dibuat dengan tanah liat tapi mulutnya lebih lebar dan rendah. Pukul pagi² waktu matahari tengah naik supaya dalam suhu yang suam-suam memudahkan ‘telur kembang’ dan ‘cepat naik’.

Cepeluk…cepeluk…cepeluk… bunyi telur yang dicampur gula dipukul di dalam guri. Buih-buih telur timbul naik dalam guri.   Sesekali angkat penimbuk dan tengok lelehan telur yang kembang jatuh menitis tak putus-putus.  Kadang-kadang beralih tempat sebab nak ‘kejar’ cahaya matahari. Bukan senang nak pukul telur 30-60 biji yang dicampur gula secara manual.  Muscle semua naik…:lol:

Cara masak kuih baulu dulu gunakan sabut kelapa atau kadang² kalau musim kemarau waktu buah getah dah gugur, kantung yang mengisi biji getah tu dikumpul untuk dijadikan bahan bakar. Dalam kantung ni ada biji getah dan dia akan ‘meletup’ bila cukup kering…bersahut-sahutan dari satu pokok ke satu pokok. Lebih meriah waktu tenghari kerana terik matahari dan cuaca kering lebih cepat buah getah kering.

Kantung biji getah

sumber gambar : dsnbuluh.blogspot.com

Cara klasik mak bakar baulu dengan gunakan periuk besar di alas dengan pasir dialas lagi dengan kertas supaya pasir tidak berselerak memasuki loyang acuan dan barulah diletakkan loyang acuan kuih baulu. Kata mak, pasir tu akan menyebabkan suhu kepanasan dalam periuk yang bertutup sama rata. Atas periuk diletakkan lagi bara api  dari sabut kelapa atau kantung biji getah tadi.

Loyang acuan kuih baulu biasanya berbentuk buah cermai, ikan atau udang yang dibuat dari timah.  Acuan saja dah berat, kalau nak angkat dari dalam bekas pembakar tu, kena cungkil telinga acuan dengan kayu atau sepit dengan player.  Waktu angkat penutup periuk dan alihkan bahagian atas yang berbara tu, tak akan dapat mengelak asap memasuki mata.  Pedih-pedih  jugalah.

Bila dah masak……… bau harum baulu kadang² buat saya tak tahan untuk berbuka puasa. Bau telur, bau asap bau kayu – sangat semulajadi.

Eh………… meleret dah cerita bab baulu ni. Sebenarnya saya pun sibuk… nak cuci langsir, nak gantung langsir nak sapu sawang nak cuci kipas siling, nak intai bawah sofa ada pencil ada pemadam dan entah-entah penyepit kuku yang dok cari lebih seminggu tu pun ada celah sofa bawah kerusi.

Kenangan Aidilfitri 2009 –  Raya tahun ni, kami tak lagi bergambar seperti tahun-tahun sudah  seperti ini.  Mungkin printskrin sambil berweb cam.

p/s – tengok gambar ni…gelak tak sudah ( sebenarnya bergenang juga airmata) Seorang kain samping singkat sampai nampak ‘bulat’, sorang lagi mencecah lutut .  Dua orang perempuan tuk tak sudah nak buat preparation sampai saat² akhir… like mother like daughter.

©kujie –  imbau kenangan entri ini dibaca dalam ‘hitam putih’.  Belum ada tv warna!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Kenangan Pukul Telur Dalam Guri”

  1. Bila sebut bahulu ni,memang teringat kat moyang…kalau tak salah dia pakai besen besi dan pemukul nyer ber spiral tembaga.Moyang pernah cakap,kalau nak wangi bubuh telur ayam kampung.
    Bila part membakar bahulu yg paling best,sebab boleh makan panas2…..sekarang acuan tembaga susah nak cari dah,yg ada besi je.

  2. baru tau namanya guri..ahaha..memang kenangan masa buat baulu tak dapat lupa..penat gak nak pecah telur masa tu..ohoho..kenangan masa kat kampung dulu..:)

  3. aduiiii jie, saya sempat rasa banyak tahun pukul telur ni…betul lah tu selalunya arahan di buat selepas bersahur untuk memukul telur sbb pagi2 tak letih…jadi sayu pulak teringat arwah emah dan bapak…. al fatihah
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..pulanglahMy Profile

    1. kenangan kita² ni… orang sekarang dah tak merasa lagi bau asap…. rindunya. sebulan dua sebelum puasa dah kumpul kulit buah getah, sabut kelapa…. buat baulu pagi2… get ready lepas sahur.

      al fatihah untuk arwah kedua emak dan bapak…. alhamdulillah mak ayah saya masih sihat.

      nak telefon mak ….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Seminggu BerInstagram My Profile

  4. ha..ha..mula baca tajuk tu ingatkan kak jie salah taip..nak taip GUNI jadi GURI, rupanya saya yang memang jahil bab ni, tak tahu apa itu guri..n ni pest time dengar perkataan tu…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Selamat Hari jadi IrsyadMy Profile

  5. walaupun tak pernah merasa pengalaman pukul telur dlm guri sebab dah diganti dengan mixer moden….tapi daya imiginasi saya mengatakan kuih bahulu tu musti sedap…orang dulu nak pukul telur pun tengok masa pagi….sekarang ni main belasah jer…tu yang kek pisang ku jadi bingka pisang 😉

  6. sedap makan kuih original ni….. lebih sedap kalau tangan mak yang buatkan…heheheheh

    usaha gigih dan penat lelah tu yang menyebabkan kuih atau makanan tu sedap sangat dimakan….

    sebab tu jarang makan kuih kat kedai kecuali karipap jer… yang lain kene mak buat…. sebab mak buat lebih sedap dan mengelakkan diri asyik mengomel sebab beli kuih tak sedap….

    mak, nak kuih seri muka… lama tak makan….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Bicara Agama – Silaturahim Asas Masyarakat cemerlangMy Profile

  7. am suka gambar family tue.. dan kenangan pukul telur tu.. buat teringat kat emak am yang dulu buat kueh rempeyek untuk jualan dibulan puasa..
    Jom terjah post menarik dari Azham Zanal ..Saya KembaliMy Profile

  8. dulu waktu kecik-kecik berebut saya dan adik nak pukul telur pakai kayu spring yang kak jie cakap… tapi kiteorg tak pernah lagi bakar guna sarung biji getah tu..biasa guna sabut je.. hehe
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Bermain MercunMy Profile

  9. kalau kak jie tak cerita pasai guri saya pun dah lupa perkataan tu. buyong ingat tak camne rupa? biji getah tu kami kutip time balik sekolah siap jual lagi.

    Dulu timbuk teluq sampai lenguh tangan, pastu berair mata dek kerana asap sabut nyioq. patutlah bahulu dulu sedap, teloq pun pakai ayam kampung.
    Jom terjah post menarik dari zany ..Pejam Celik Pejam CelikMy Profile

  10. Kak Jie hebat la . Saya tak tahu la mama saya pernah pukul telur macam ni ataupun tak . Sebab mama saya tak pernah cerita . Kena tanya mama lepas ni .

    Tapi , rasanya kakak saya pernah buat kot . Sebab bila dia cuti , dia buat part time kat kilang kerepek kawan dia .
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Soalan Yang Perlu Jawapan My Profile

  11. sy mmg wjb jadik tukang mengacau bila buat kuih bahulu, saya suka ratah time selepas telur dipukul dan selepas tepung dimasukkan, punyaler taksabar saya ni 😉

  12. hu hu hu….sedihnya tak ada baulu.sapa nak tolong pasang langsir.sapa nak tolong cuci kipas.sapa nak tolong bla bla bla .hu hu hu……

  13. tahun ni banyak sybuat kuih raya. Tapi kuih tradisional macam bahalu tu rasanya beli je sebab payah sungguh nak membuatnye ye tak? Hari tu buat kuih goyang bukan main la payah..huhu
    Jom terjah post menarik dari aini ..Are You Moist EnoughMy Profile

  14. bila baca betapa payahnya buat kuih bahulu ala-ala zaman orang dulu-dulu, saya seram..penatnya..beli kat kedai lagi mudah, siap ada inti dan perasa..hehhe…tak gitu ada nama kuih tunjuk… 🙂 🙂

Comments are closed.