Kenapa Twister Dah Kurang Oren?

Kata orang, blog yang ranking top² ni kena keluarkan entri yang tahap super duper kualitinya…. tetapi sejak saya berblog dari tahun 2005 inilah diri saya .

Saya bukan intelektual @ cendekiawan yang bijak mengungkapkan prosa-prosa indah. Saya juga bukan ilmuan yang mendalami dan mengembangkan ilmu dengan penelitian.

Saya hanyalah cendawan yang sesuai di masak lemak.:lol:

Pada pengunjung yang pertama kali datang dan mengenali kujie2.com, jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi. Saya hanya blogger ceruk dapur @ surirumah tangga sepenuh masa.

Saya nak pergi kelas jam 9 a.m tapi sempat juga nak bergossip ditalian..hehe… bukan apa cuma nak tanya

Kenapa twister sekarang dah tak macam dulu – dah kurang biji², ulas² oren . Dulu lebih pekat!

Lagi satu …. Tempat mana yang selesa nak makan kalau keluar seorang diri?  Kalau berdua atau berkumpulan tak jadi masalah. Kalau seorang, rasa janggal bila masuk kedai makan. Semua orang di dalam kedai pandang macam nampak rusa bertanduk masuk kampung.

Nak tapau , huh! perut dah berkeroncong .

p/s – semalam saya buat satu percubaan – saya setting feed blog untuk summary bukan full text seperti biasa dan untuk pertama kali semalam incoming link dari Google Reader paling ramai – 14!   Selamat datang pembaca blog saya dari Google Reader, terimakasih kerana sudi mencemar duli menjejak blog ini.. hehehe..saya bukan kejam – hari ni dah tukar setting full text semula.

p/s – kepada pemilik blog daughterlover.blogspot , tak nak invite saya masuk rumah awak ke?

©kujie – ada komen yang  belum sempat saya balas,  jangan kecil hati .   Itu je masa yang saya ada – out dulu..petang nanti sambung lagi.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Kenapa Twister Dah Kurang Oren?”

  1. Twitter masam!! yaauuuu….
    kadang takut gak nak buat post…maklumlah newbie…tgk post blog2 lain semua hebat2….gempak..(den punya blog…suke den la .. 😆 )

    1. eh twitter lak…Twister la..hehe…sowyy
      .-= amry´s last blog ..Kerja…Kerja…Kerja =-.

      1. minum pagi2 layan woh..senang nak uk uk..keke
        .-= Azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.

  2. Satu – satunya jus oren yang saya suka, Twister. Tak perasaan la pulak isi oren dia makin sikit. Mungki sebab saya baru minat air twister tu yang tak perasan.

    p/s:- walau kak jie hanya surirumah, tak bererti kak jie takde cerita yang ingin dicoret. Pengalaman itu kan ilmu juga?
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  3. Mak saya suka sangat minum twister nih. 1 pack 24x250ml kejap je abis. Oleh itu saya belikan dia 1 pack 12×1.5l. Senyum je masa minum walaupn tak berapa manis orennya. Nak best lagi tambah air gula beberapa sudu dan campur ais.

  4. selalu juga beli oren Twister tu, tapi tak perasan rasa dah lain.. sebab saya selalu tak sempat minum, anak-anak dah habiskan, hehe

  5. kak jie… lately ni saye kurang tengok blog kakjie ni… sebab, rase macam blog nih cume nak tarik perhation penonton… xde ape sangat info yang menarik… hurmmm… ape dah jadi….. mane kakjie yang dulu?

  6. buah oren mogok tak nak kuarkan hasil yg banyak kot..sentap. hahaha.. :mrgreen:
    .-= Kimmy´s last blog ..Fine Baby Fine =-.

  7. dah jarang minum ais, nak jaga kesihatan la katakan. tambah plak kalau nak minum twister yang tak sejuk, takda feel lansung. 🙂
    .-= mohdisa´s last blog ..Cara Mudah Melihat Google PageRank =-.

  8. da lame tak minum..kalo twitter ke twisties ke..selalu la jugak..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Kenapa Drama Asmaradana Lagi Best Daripada Adamaya? =-.

  9. Memang sedap twister tambah2 cuaca panas2 camni..yang kecik tu 2x sedut jer. Tapi tak perasan dia dah kurang oren tuh :mrgreen:

    Kalau Iza memang boleh selamba ja masuk kedai makan sorang2.. mungkin sebab dah terbiasa sendirian 😐

    Blog Kak Jie ringkas, padat, sinikal, humor, teknikal = macam rojak, semua ada, tu yg sodap tuh 😛 😛

  10. aku akui, memang sedap air twister nih. tapi memang mahal gak la. Fikir 2-3 kali gak kalau nak beli selalu. hehe..
    .-= titan´s last blog ..Facebook Phenomenon in Malaysia =-.

  11. orang kata blogging ni kena jadi diri sendiri. tak perlu berpura2 kan..
    btw, twister saya jarang beli..sebab slalu minum air kosong jek..hehe

  12. twister dulu sgtttttttt sdp…skunk xtw rse cmne…lme tak mnum

    p/s:iron man mengamuk…jom tgk!!!

  13. Kak jie, makcik kita selalu dapat beli sebundle air twister ni, murah! memang beza sekarang biji buahnya makin kurang lah!
    pernah suatu ketika, limau nya terlebih masam! kurang gula ke ape.. sekarang kurang limau pula ke?
    hmm dpt rasa perbezaannya sebab dari awal dah minum twister ni..
    .-= kella´s last blog ..Bila Si Kella Bersama Kamera.. =-.

  14. for your info, twister ni salah satu produk PepsiCo.

    Company yang sama wat air Pepsi
    .-= Flying Pixel´s last blog ..So, You’re a Designer? Try Adobe CS5 =-.

  15. ye eh..da lame x minum twister..tapi mmg sedap ah

    both orange and apple 😉
    .-= Flying Pixel´s last blog ..So, You’re a Designer? Try Adobe CS5 =-.

  16. nak jimat kos pengeluaran agaknya…
    .-= abdfatah´s last blog ..Producing a perfect magic square is like filling in an easy Sudoku puzzle =-.

  17. Anak Tie, Isha tu tak boleh minum twister oren.. terus sakit perut. Tapi mama dia tiada masalah, hehe… :mrgreen:

  18. ye la tak perasan pulak rasanya kurang mungkin jarang beli kot…tp twister memang sedap sangat tu
    .-= mhnizam´s last blog ..Bagaimana? =-.

  19. Salam Kak Jie,

    Rizal lebih gemar peel fresh.

    Musykil, kenapa kali pertama baca entri ni di twitter..Incik RestNrilekS terbaca kenapa twitter dah kurang oren? Jenuh memikirkan apa kaitan oren dengan twitter, rupanya air oren twister. Hehehe.

    Oren kurang sket suka minum air epal. Kalau pergi warung suka pesan Air Epal Hijau Suam. :mrgreen:
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Savings : Tips to extend your Budget =-.

  20. Kak Jie
    saya masa mula2 try twister ni rasa macam air sunquick tak brapa suka sangat…..tapi kalau preference sendiri la…i rather suka peel fresh yang dalam kotak 1.5 litre tu….actually if by category twister ni is not fresh juice meaning that it can be stored at room tempreature but for those fresh juice like peel fresh type it must be stored on chill tempreature…if not…ditakuti bakteria jahat lebih cepat membiak.. 😎

  21. Sayalah salah seorang yang menggunakan Google Reader. Senang nak tau bila ada update. Nanti kalau pergi mana-mana senang nak baca hehe. Janji ada internet.
    .-= Syafrizal´s last blog ..Ganti Shoutbox anda dengan Google Friend Connect Comments =-.

  22. penah minum 2x je. bukan minuman kegemaran nampaknya 😛 milos tetap di hatikuuuuuuuuu :p

    told u mama.
    mama mesra blogger 😀
    entry padat dan ringkas.
    buat lah panjang berjela pun, org stick jugak baca 😀
    mesti ada selang seli lawak :p
    .-= yonna´s last blog ..Kelabu =-.

  23. yer ke dah kurang oren dalam twister? saya penggemar air twister ni, kalau time shopping saya beli 1@2 botol air twister 1.5l tu..

    tapi tak perasaan la pula orennya dah kurang
    .-= mijie´s last blog ..Hilang arah dan jati diri =-.

Comments are closed.