Kisah Chin Peng dan Askar Idaman Zaman Sunti

Berita yang saya baca dari Malaysiainsider.com – Bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok.

Dia genap 87 tahun pada 21 Oktober ini.

Saya orang Baling, Chin Peng adalah satu nama yang saling berkait rapat dengan serajah negara yang tercatit di Baling.

Chin Peng juga satu²nya manusia yang masih hidup masa kini ( yang saya ingat ) , yang mana kisahnya terdapat di dalam silibus mata pelajaran sejarah di sekolah.  Kalau tak silap saya, mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3.

Kerana komunis, zaman kanak² saya di  tahun 70’an , kami sering melihat trak askar berkonvoi gagah perkasa membelah jalanraya waktu itu.  Menjadi kebiasaan untuk melihat kenderaan tentera yang besar, kukuh , kebal dan berderet berulang alik sambil kami berdiri di tepi jalanraya menjerit ‘peaceeeee” dengan mengibarkan jari tengah dan telunjuk membentuk huruf V.

Membesar dengan  melihat satu satunya perkara yang hebat watak adiwira,  ramai rakan sebaya yang mengidamkan untuk bersuamikan seorang anggota tentera.  Fakta ini boleh dibuktikan dengan bilangan anak muda yang menjadi anggota tentera dan isteri tentera di kampung saya!

Saya pun dapat suami yang pandai ‘menembak’ juga … tapi guna Theodolite dan Total Station duduk bawah payung!:lol: ‘peaceeeeee’ abang!

  1. saya seorang pelajar ting. 3. sedang belajar bab-bab komunis ni. memang saya tak melalui masa-masa komunis dulu. tapi, saya tetap rasa berbangga terhadap perwira2 negara kita kerana berani menegakkan keadilan dan kebebasan untuk negara kita. harap, zaman2 lalu tiada lagi sekarang. juga berharap, agar kita semua sentiasa ada perasaan ingin menegakkan keadilan untuk negara kita. p/s: mungkin cara saya bercakap ni macam pelik sikit. hi3

  2. Tu diaa, orang jahat memang selalunya panjang umur, aku doakan kau (chin Peng) Panjang umur hingga usia 98 tahun, baru mati. Bukan apa, bagi dia siksa dengan segala macam penyakit baru mati. Supaya padan muka dia.

  3. sungguh tu, depa sebut ‘kapiew’…

    (abg pun duk “peace” kat lori askar gak dulu, sudahnya jadi gak dreba lori – tapi bukan lori askar la… 😆 )
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..BILA MUSIM HUJANMy Profile