Kisah Lesen TV

Entri isu Twitter – Lesen TV.

Lesen TV

Inilah rupanya Lesen TV tahun 1999, iaitu tahun terakhir pengutipan lesen televisyen sebelum ianya dimansuhkan sewaktu Belanjawan 2000.  Masa ni saya tinggal menyewa di Bentong.

Dulu TV sangatlah mahal. Saya beli jenama Sharp belas-belas inci harganya RM900 tahun 1991.   Pegawai-pegawai Jabatan Pelesenan Kementerian Penerangan akan membuat pemeriksaan lesen TV dari rumah ke rumah. Selain pengumuman rasmi melalui radio mengenai kawasan yang akan dilawati, khabar orang kerajaan masuk kampung juga tesebar melalui ‘radio karat’ dari mulut ke mulut seluruh penduduk.

Ada pelbagai cerita dan kisah menarik seperti menyorok TV atau menutup pintu rumah seolah-olah tiada berpenghuni.

Tahun 80’an   saya masih di kampung di Baling, Kedah , rumah kami  baru ada TV.  Itu pun pakai bateri untuk kuasa elektrik. Tak pernah beli lesen TV.  Dari jauh dah boleh nampak rombongan orang kerajaan berjalan datang, dah boleh sorok TV di mana-mana ceruk keliling rumah.

Tahun 1997 saya tinggal di Ampang.   Tengah leka membasuh porch depan rumah, sembur air sambil siram pokok bunga, pegawai pemeriksa tercengat depan pagar rumah.

Saya cakap ” tuan pergi kerja”

Dia angguk-angguk dan terus berlalu.

Petangnya bila suami balik kerja, meraung² mengadu… ” abang………… saya ni macam pembantu rumah ke?”

Sekarang ni kita pun bayar juga untuk memonton TV biarpun tidak diwajibkan.  Package Astro paling murah  pun hampir RM 50.

Nota :  Sebelum Astro, ada satu TV  kabel berbayar iaitu  Mega TV .  Saya pun sempat menggunakan Mega TV .

  1. hahaha.. meraung2 pembantu rumah tu.. hahaha

    tapi kan kak RM24 tu skrg ni kalau dinilaikan kembali sudah seperti RM50 aje kan kan kan. .uhuk!…

    ppsst: maza di KL pakai antenna tinggi2 aje. ahaks.
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sagon Makanan WarisanMy Profile