Kisah Mertuaku lagi

By Kujie, 08/07/2009 3:29 pm
Kisah Mak Mertuaku lagi….

Memandangkan suami sibuk, saya menawarkan diri menghantar mak mertua balik kampung semalam. Saya siapkan bekal Intan untuk rehat pagi dan makan tenghari ( tak perlu hantar waktu tenghari ) dan siapkan segala pesanan kunci rumah letak di mana  - tempat rahsia ni – bukan bawah pasu bunga ye .

Perjalanan balik ke Sabak Bernam ( nota : Denaihati – Jalan Sultan, Sg Tengar ) 3 jam. Mak mertua dok di sebelah, saya memandu control ayu dan sopan santun. Lagi pun saya bawa Encik Pajero tua yang syarikat insurans pun tidak mahu memberikan perlindungan , kesian bergoyang melompat-lompat emak mertua saya di sepanajang jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam yang beralun seperti ombak  Laut China Selatan itu.

Bila balik, saya sendirian – cepat 30 minit walaupun hujan lebat sepanjang jalan dari Kota Puteri hingga ke Tasik Puteri.

Dalam perjalanan, mak ajak singgah bershopping di Sungai Besar. Nak tengok-tengok katanya…nak beli tikar buluh . Orang cakap kat Nilai 3 murah tapi cuba campur segala kos perjalanan, sama juga harganya. Lainlah kalau ada orang Nilai tu ( sapa tu..angkat mouse ) tolong belikan.

Beli belah dengan orang tua ni seronok ( merTUA – saya belum jadi merTUA lagi ) ,  letak harga sebesar² gajah pun, dia tetap akan tawar menawar. Orang muda macam kita ni ( erk….awak pun ) malu nak tawar menawar, nanti nampak macam tak reti baca. Dah tulis sekian sekian harga, kita pilih terus bayar.

Tikar buluh RM 65 tu, mak  saya tawar menawar sampai dapat RM 150 untuk 3 keping.  Sekeping dapat diskaun RM 15!  Asalnya memang mak nak beli 2 tapi bila dia offer 3 keping RM 150, terus dibelinya 3.

” mak bagi kamu satu..hadiah..jangan bagitahu orang lain…”

ehem…..utk anak² saudara silent readers tu…jgn bgtau org lain…Embah dan pesan tu…kalau bagitau gak..nanti Mak Uda off wireless internet kat sini, tak pun Mak Uda tukar password wireless…muahahaha…. pesanan ikhlas dari Mak Uda Jalan 5D utk anak² saudara di  Jalan 5

Ada yang bertanya serapat mana hubungan saya dan mertua.    Sejak menjadi menantu selama 18 tahun ini, tidak sekali pun atau secubit pun tindak tanduk atau percakapan mak mertua saya yang boleh menyakitkan hati.

Semua kelahiran, mak mertua saya yang datang jaga.    Kalau dia datang rumah saya, dia boleh pakai baju saya dan saya semalam balik kampung sehelai sepinggan boleh pakai t-shirt mak  .

Sambil saya baring di bawah kipas, mak mertua di hujung kepala berkongsi bantal.  Bercerita hal anak-anak yang lain , cucu dan menantu.  Bukan mengumpat tetapi saya rasa lebih kepada pendapat peribadi.  Saya pendengar dan penyimpan mohor besar rahsia kerajaan.:mrgreen:

Nak petua jadi menantu ?

Jangan menyusahkan suami. Jangan meminta sesuatu yang diluar kemampuannya. Tiap orang berbeza rezekinya, jangan banding dengan orang lain. Walaupun saya tidak bersependapat dengan suami, saya tidak akan sekali-kali “berusaha untuk menang” di depan mertua. Emak mertua saya tidak pernah sekali pun bercakap yang tidak elok mengenai anak-anak menantunya.

Post Lain Yang Berkaitan

54 Responses to “Kisah Mertuaku lagi”

  1. ira says:

    :razz: ira nak tanya rahsia kakjie macamana nak amik hati bagi mak mertua suka kat kita
    ek..

  2. izzah says:

    hari raya nie ada orang pakai tikar baru hadiah mak mertua la yer..
    izzah´s last blog .."aku dapat A…" My ComLuv Profile

  3. fiezabaiduri says:

    buat baik di balas baik.

    semoga mama sejahtera selalu.
    fiezabaiduri´s last blog ..Insan pemaaf bebas sifat buruk sangka, dendam My ComLuv Profile

  4. Zana says:

    zana takyah ckp, mak mertuaku tau dulu…sbb dia tau anak dia cemane. paling2 pun dia sound anak dia dulu. tehehehe….

    er… zana pun byk gak take dr gift. rasanya la kot… huhuhu.. teruk menantu dia nie.. ekekeke..
    Zana´s last blog ..Arin la nie… :p My ComLuv Profile

  5. Kak Long says:

    Bagus Kujie kalau menantu ngam dengan ibu mertua.
    ‘tak berusaha untuk menang’ tu memang sikap yang baik sebab mengalah tak semestinya kalah, kan?
    Kak Long´s last blog ..Berkawan biar seribu… My ComLuv Profile

  6. chal says:

    biarlah rahsia… :evil: :evil: hoho
    anyway embah mmg Best!! :mrgreen:
    chal´s last blog ..Candid Photo-Inspirasi Konsert TV3 My ComLuv Profile

  7. ira says:

    :x BESTNYA DAPAT MAK MERTUA MACAN AKAK.

    • Kujie says:

      @ira, eeemm..nak jadi mertua atau menantu juga perlu ada ilmu…ilmu pengurusan sesama manusia.. :lol:

      syukur….moga mak sentiasa dilindungi Allah selalu

  8. zino says:

    dah lama tak ke sabak… jalan pun dah besar dan boleh merempet tapi bahaya sungguh.. kesian orang kampong sukar nak melintas.. jalan besar tanpa pembahagi.. hati2 dengan motor…
    zino´s last blog ..uji minda anda… My ComLuv Profile

  9. Abang Long says:

    Salam hormat wahai kujie.

    Ada ketikanya terasa seram melihat wanita memandu bersendirian

  10. kak jie…rasanya ada insurans berkelompok ke ape ntah utk kenderaan 10 tahun ke atas..rasanya baru terbaca dalam paper td…try check sket tgk…
    Mindaku Di Sini´s last blog ..Take a good care of your pet My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Mindaku Di Sini, baca juga selepas isu ini ditimbulkan..rasanya kenderaan baru lagi tinggi risiko kehilangan…

  11. kruel74 says:

    Mak Uda very good lah siap bagi anak-anak sedara wireless free. Macam Starbucks. Boleh order kopi sekali tak? :mrgreen:
    kruel74´s last blog ..If only a one big event for bloggers can be held My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @kruel74, hehe.. dah boleh share, kita sharelah… tu lah untungnya rumah dekat2… yg tak tahan asik Buzz YM je… :lol:

      yg ni goreng cempedak pun dpt :mrgreen:

  12. woodstacker says:

    thumbs up untuk akak!
    woodstacker´s last blog ..fmb18- hati akal nafsu berbicara, beradu kata My ComLuv Profile

  13. azwan says:

    la..k.jie wong sungai tengar rupa ne. iso ngomong jowo rak ki. umah eh seng nang di yo. cedek nang ILDAS kono.
    kalau k.jie tak faham saya cakap apa, kena call embah la translate kan.hehe..
    k.jie beli kat kedai mana tu. apsal dapat murah sangat. ni yang nak beli gak. kedai tu kat area billion tu ke?
    azwan´s last blog ..Mari Menari Poco Poco My ComLuv Profile

  14. hoho~ kak Jie dpt hadiah dr mak ek… ni yg orang jealous ni. hikhikhik~

    Kak Jie, ajar nurul cmne nak buat entry x leh di copy n paste… nnt ym nurul ek
    Kaseh Esmiralda´s last blog ..Aku,Perempuan&Sesuatu ~bab22~ My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kaseh Esmiralda, ni yg susah ni…mmg ada skrip boleh letak tapi tetap ada juga cara lain utk copy…

  15. iza says:

    Entry yang best… boleh buat rujukan untuk masa depan :oops:

    Mertua baik, menantu baik wujudlah harmoni. Kalau dah usaha atau dah berikan yg terbaik tetapi tak harmoni jugak, mungkin ujian atas kesabaran si fulan lah pulak. Kan Kak Jie. Wah macam pandai jer huhuhu :grin:

    150 hengget dapat 3…erk kalau ramai terer cam mak kak jie, tutup ler nilai 3 – sebab depa tak yah mai serbu sopping tang ni :mrgreen:
    iza´s last blog ..Selamat Ulang Tahun… My ComLuv Profile

  16. arsaili says:

    salam…wahhh panduan berguna….byk juga memerhati, my mum dulu pun menjadi menantu ‘favourite’, bertimbang rasa, hormat menghormati amat penting dalam menjaga perhubungan agaknya
    arsaili´s last blog .. My ComLuv Profile

  17. maza says:

    “Walaupun saya tidak bersependapat dengan suami, saya tidak akan sekali-kali “berusaha untuk menang” di depan mertua. Emak mertua saya tidak pernah sekali pun bercakap yang tidak elok mengenai anak-anak menantunya.” … ayat ni memang best…

    heheheh

    menarik.. tertarik.. engkaulah de boom! erk! kuih bom pun boleh!

    waaaakakakakkaka

  18. arin says:

    betul tuh kak jie..tapi setelah usaha tangga kejayaan telah dilakukan..tetapi masih ader suara2 di belakang..kita hanya mampu berdoa.. :)
    arin´s last blog ..Akhir nya My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @arin, kak jie dah faham situasi arin….berdoa je la arin
      dlm semua perhubungan kena ada kedua belah pihak yang saling memahami..saling mengerti..tak mngk berjaya kalau satu pihak saja yang berusaha

      sabar ye arin

  19. Bb Hussain says:

    entri ni menarik untuk dibaca dan tertarik untuk mengikut petua kak jie.. ;-)
    Bb Hussain´s last blog ..Ke Bu Ke Yi Ai Wo My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Bb Hussain, kadang2 dia akan dtg dgn sendiri..kita akan ejas diri sendiri ikut keperluan dan persekitaran kita nnt :mrgreen:

  20. kuina says:

    aku pn tgh fikir nk cari tikar buluh ganti karpet… tak larat nak achem achem lagi.

    pssstttt IZA… ada pesanan khidmat masyrkat la sini… hehehe..
    kuina´s last blog ..Kuina itu adalah aku My ComLuv Profile

  21. mrs azmi says:

    syokkan soping kt sg besar.. lame dah tak menyinggah sebab skang klu balik kg ikut bagan terap.

    sebab tak lalu, mcm2 alasan en suami bila kita ajak beli barang kat sane huhu nak tikar buluh jugak!

  22. yati says:

    eh ada petua yg bagus utk masa dpn. Copy dlm notepad save print out ..failkan TIma kasih kak jie..:D

  23. denaihati says:

    dekat lah tu dengan Sg Apong….
    denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia My ComLuv Profile

  24. ibukumbang says:

    dah lalu depan umah tu. tak pe lain kali kita buat gathering kat KFC sungai besar

Panorama Theme by Themocracy