Kujie2.com Kena Blacklist, Tak Boleh Join Lagi

Hari ke-2 Honda Insight Bloggers Test Drive

Selesai sarapan dan sesi bergambar rasmi, kami check out dari Philea Resort & Spa untuk meneruskan perjalanan hari ke dua dan kembali ke Petaling Jaya.

Perjalanan kembali ke Petaling Jaya singgah di Port Dickson melalui Masjid Tanah dan memasuki Negeri Sembilan selepas menyeberangi Sungai Linggi.  Saya memandu untuk semua perjalanan ini.

Tiba di Thistle Port Dickson untuk makan tengahari dan sesi game Win Lose or Draw. Acara santai sambil mendapatkan maklumat dari pihak Honda untuk lebih memahami mengenai kereta hibrid Insight.

Fazreen macam MLM….

Selepas makan tenghari, kami ambil masa untuk sesi bergambar peribadi bersama kereta dan Fazreen memandu untuk perjalanan pulang.  Saya cuba untuk rehat dan lelapkan mata kerana tak berapa sihat.  Tak cukup tidur sebenarnya………. tak lelap mata walaupun tilam empuk, asik teringatkan anak-anak dirumah!

Hampir jam 4 petang, konvoi blogger bersama crew selamat tiba di The Bee, Jaya One Petaling Jaya.

dua dua comel…. kami  ada lesung pipit!

Acara akhir Honda Insight Bloggers Drive Test adalah untuk penyampaian hadiah kepada pemenang.  Seperti yang diwar war terlebih dahulu di blog Denaihati, saya sekali lagi pulang tanpa tangan kosong.

Saya dan rakan sekereta No 5, Fazreen menang Kempen Kesedaran (Awareness Campaign) setelah berentap hebat dengan kumpulan yang diterajui Denaihati, Rebecca dan Nik.  Kereta kami mendapat penjimatan minyak paling tinggi.  Lepas ni bolehlah buka kelas ajar cara-cara pemanduan berhemah untuk mendapatkan kadar penjimatan maksimum.

Sebuah kamera Canon ixus 115HS menjadi kenangan terindah kali ini.  Terimakasih Honda Malaysia.

‘kak jie ni nak kena blacklis ni…. tiap kali pergi event mesti dia je yang menang…..”

hahahahah……….. rezeki mak-mak , kan?

Entri lain Honda Insight Bloggers Test Drive :

Honda Insight Bloggers Test Drive Day 1

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kalau tak silap saya, proton pun ada hybrid kan kak jie?..kalau tak silap kereta fully solar, tak guna minyak..betulkan saya kalau salah.
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Plan BIS antara DiGi vs Hotlink vs TuneTalk vs Celcom vs U-Mobile prepaidMy Profile

  2. Fahmi Raazali says:

    Saya setakat pernah dengar pasal kereta hibrid ni tapi tak pernah lagi memandu kereta hibrid. 🙂

    Kalau ada rezeki tak ke mana… Itu sebab kak jie selalu menang. 😀
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Sampah, Sampah dan SampahMy Profile

  3. Seronok tu dpt test drive hibrid car. 🙂
    Jom terjah post menarik dari shraqs ..Makan-MakanMy Profile

  4. kacaklah kak jie. haha..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 10 dari 701panduanMy Profile

  5. Lia Nadia Qistina says:

    Wow! Bloggers d jemput untuk pandu uji.. cayalah Kak Jie!
    Jom terjah post menarik dari Lia Nadia Qistina ..Blog Teknologi Amanz Kini Miliki 13,500 PeminatMy Profile

  6. tahniah kak.. sapa nak menang sila masuk geng kak jie

  7. Ibu Mifzal Arsyad says:

    wah bestnya kak jie..murah rezeki kak jie..
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Majlis Fatwa Putuskan Bank Susu Ibu HaramMy Profile

  8. best la ada rezeki mak-mak :p

  9. Ingatkan Honda yang blacklist, rupanya team lawan 😀
    tahniah kak jie dapat hadiah lagi..
    Jom terjah post menarik dari kulanz ..Makcik Belikan Pakcik ‘Mountain Bike’My Profile

  10. Wahhh..kena belajar ni mcm mn cara nak jimatkan petrol kereta.. apa2 pun,dapat juga merasa naik keta baru beramai2..syok wooo~
    Jom terjah post menarik dari Mujahid ..Bagaimana Mahu Meningkatkan Keyakinan DiriMy Profile

  11. nik akustressgiler says:

    terbaek la kak jie.. memang deserve la menang.. hehe.. walaupon kami ade fight tp tetap xdpt menang lawan team kak jie.. tahniah kak..lain kali bagi budak2 pulak memang.. hehe

  12. Salam. Terkejut juga baca tajuk akak ni.. Ingatkan kenapa..
    Tahniah kak.. Murah rezeki akak, dapat kamera tu.. Lepas ni jangan lupa masukkan gambar banyak2 dalam blog ni ye.

    p/s : Suka tengok gambar akak masa terima hadiah tu.. Cantik senyuman akak… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Keladi Rebus Vs Keladi GorengMy Profile

  13. Tahniah Kak Jie.

    Ada saje rezki tak terduga utk mak yg sorang ni =)

    Lepas ni, mesti ramai lagi yg jemput, sbb nak tgk, betul ke Kak Jie ni bertuah orangnye..hihi
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #6: Transformers Bumblebee 999My Profile

  14. Salam,

    Syukur alhamdulillah, tetiba teringat masa intan dapat hamper kat hi tea equrban hahhaahaha, eh kak hadiah tu nanti potong dua ke dengan een? hehee
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Mood Mengada-ngadaMy Profile

  15. Assalam…
    Tahniah kakjie.
    Jom terjah post menarik dari iza ..Peraturan Meninggalkan Komen.My Profile

  16. wah, dasyat ye kak jie ni. dapat join event best. dapat hadiah lagi. asal dorg tak bagi hadiah kete sebijik plak. hehe
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1MalaysiaMy Profile

  17. erk… kenapakah saya tak ikut ye… owh ye… tabley bawak anak ke?
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Code Name: Amirul Amin – versi ringan dilepaskanMy Profile

  18. Tahniah! Jie…

  19. iza~de~bintang says:

    waahhh seronoknyaa.. tahniah kak jie 🙂
    Selamat berehat…kuak lentang kat ruang rindu he he he

  20. Sobri Mansor says:

    Murah rezeki Kak Jie. Tahniah….
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Hanya dapat seminggu sekaliMy Profile

  21. rezeki utk tahun baru ya..tahniah kak jie…nampaknya kena rapat2 ngaan kak jie ni..utk dpt berkat menang…ekekek
    Jom terjah post menarik dari chii ..Rahsia Personaliti Melalui Gaya CutiMy Profile

  22. jeles2..hahahha

    geng kitorang mat rempit tu yg bwk laju jer..terus kalah..=)

    tahniah kak

  23. Tahniah Kak Jie
    Rejeki selalu datang menghampiri anda nie. Makin sukses terus ya Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Pilih Optimasi SEO Sendiri, Google AdWords atau Jasa SEOMy Profile

  24. tahniah kak…dapat kamera tu…rezeki mak-mak, kira macam rezeki untuk anak la kan..memang itulah lumrah seorang emak, pergi mana2 pun tetap ingatkan anak2 yang ditinggalkan..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Pengalaman Kena Denda di SekolahMy Profile

    • biasalah tu…. habis acara, cepat2 nak balik
      dah tak ingat apa… nak jumpa anak2
      tu anak2 dah besar bujang belas2 tahun umurnya
      kalau kecik2 lagi lah….

  25. salam kak,
    ingat ka kena blacklist apa tadi..
    anyway tahniah..

  26. untung tu kak jie…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Gambar Aom Phiyada AkaraseneeMy Profile

  27. tahniah kak jie..bertambah-tambah rezeki…:)
    Jom terjah post menarik dari Derus ..Pakar Nuklear Iran TerbunuhMy Profile

    • alhamdulillah… baru je cadang nak pause, bersara awal
      rezeki tahun baru ni mencurah², kana sign bersara 60thn le kalau gini..hehehe

  28. tahniah dgn canon ixus tu…..nasib baik tak di hadiahkan DSLR

  29. wah tahniah kak jie , bertuah betul hahha .. blaclist sama diaaa

  30. Tahniah! Berbaloi tu kakkkkk…!
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..SANI EXPRESS: mabuk bas…My Profile

  31. macam jual nama een je untuk MLM. hahaha
    Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Selamat Pagi, Blog Berwajah Baru Sekali Lagi.My Profile

  32. Tahniah kak jie… 😀 sakan betul yer, berjalan-jalan dan dapat hadiah pulak tu… hehehe…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Terima kasih – ucapan mudah tetapi bermaknaMy Profile

    • pertama kali, ingat ke dah tua2 nk nak bersara awal
      rupanya kena sign lanjutkan sampai umo 60 thn..hehe

      tgh bayangkan jari kedut2 ni menaip
      kalau muka boleh lagi nak photoshop kehkeh

  33. Memang gempaklah dapat naik Honda Insight. Ada rasa jeles disitu
    Jom terjah post menarik dari zool ..Rancangan kegemaran masa kecilMy Profile

  34. Pandai betul lah tukang ambil gambar Kak Jie ambil hadiah tu … cantik kan gambar tu heee
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Honda Insight Apa Itu HybridMy Profile

    • he he he… terlupa nak bergambar dgn rakan sekereta….dpt je terus balik

      mmg tak sabar2 dah nak balik…. mata kepala memang sakit…penat sgt

  35. murah rezeki k.jie…tahniah dapat kamera..dapat pengalaman lagi kan..best..best..best..!
    Jom terjah post menarik dari cikmin ..2nd Birthday Blog & Macaron GiveawayMy Profile

  36. Wahhhhh..dah la dpt test drive, duduk resort cantik. Dapat pulak kamera sebijik. Rezeki murah 🙂 Tahniah k.jie 🙂

  37. Artiss oiii hahaha.

    Rezeki lah tu menang, Alhamdulillah.
    Saya sokong kalau kakjie kena blacklist 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Kembali Berblog Setelah Lama MenyepiMy Profile

  38. rezeki mak2 yg senang didekati dan ramah…org yg tak kenal dgn kak jie mmg rugi ler..
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Percubaan Pertama Buat Oat Tom Yam Resepi @YanmieMy Profile

  39. mohd firhan jasni says:

    tahniah kak. rezeki tu.

  40. Sudah macam Dato’ Siti Nurhaliza asyik menang sahaja tidak boleh jadi ni. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Gambar statik yang senyumMy Profile

Trackbacks

  1. […] kerana saya kehilangan kamere Canon Ixus yang saya menang sewaktu Kempen Kesedaran (Awareness Campaign) HOnda di majlis bersama Dr Brady […]

  2. Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai says:

    […] ia mampu menarik perhatian mengenai kenderaan Teknologi Hijau dikalangan pembaca mereka. Harga Kereta Hibrid belum semua peringkat golongan mampu memilikinya walaupun sudah ada langkah kerajaan melanjutkan […]