Malu Dua Puluh Sen

Kisahnya seperti ini

Saya beli tiket bas ke satu destinasi berharga RM 44.40 untuk dua penumpang dengan jumlah RM88.80. Saya hulurkan duit berjumpa RM 100.00

Penjaga kaunter pulangkan RM 11.00 genap.  Selepas dia hulurkan duit kertas dua keping tersebut, saya masih tercengat di depan kaunter kerana baki RM 0.20 masih belum dipulangkan.  Tetapi dia buat benda lain seolah-olah urusan kami telah selesai.  Dia tak cakap apa-apa pun.

Nak tak nak, saya pun bergerak tinggalkan kaunter. Tetapi terdetik di dalam hati satu persoalan…

  • Kenapa saya rasa malu untuk meminta baki walaupun hanya dua puluh sen?
  • Kenapa dia pula tak malu untuk mengambil tanpa izin ?
  • Kenapa orang kita selalu tak ada duit kecil?  Mereka berniaga juta-juta ke kat kaunter beli tiket bas tu?

 

cherating

Cherating Aku Datang!

Ada benda yang saya rasa dan fikirkan.  Kenapa rasa malu untuk meminta hak kita?  Kenapa perlu malu dengan dua puluh sen?

Pernah tak alami keadaan seperti ini?

 

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. aimaniman says

    Bukan setakat malu minta duit baki.,.
    Akak jd penyewa pun ‘malu’ nak tuntut sewa berkali-kali ..
    Malu tak bertempat adalah parasit yg sentiasa bertenggek di fikiran org melayu berbanding bangsa2 lain…

  2. says

    hai kujie,
    tersengih saya membaca ayat artikel diatas. pernah juga mengalami situasi begini. Selalunya jika mereka lupa saya akan sound dulu. “Keep the change ya”… anggap sahaja ia sedekah yang ihklas. Jika kita ikhlas memberikan sesuatu, besar ganjarannya daripada memberi sesuatu yang berharga tanpa keikhlasan.
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Bina jenama blog dan personaliti diriMy Profile

  3. says

    Pernah jugak terutama bila suruh kira kat kedai mamak..kita panggil “ane kira!” dia datang ” “wune,rende,nale” lepas tu sebut jumlah sekian2.Bayar,lepas tu bila kita kira,baki kurang,bila mintak dia kata ” angkat gula2 20sen” hehehe…tapi hati saya lembut sangat,benda ni habis gitu jer – halal lah.Kita ada hak nak mintak.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Mata SatuMy Profile

  4. says

    pernah terjadi pada maza..

    tapi sekarang ni kalau makan kat kedai mamak sekali pun, maza tuntut.. kecuali ada niat ikhlas nak bagi sedekah.. or hadiah or berlebih kurang.. hehehe

    psst; bagi lebih 0.20 sen pun boleh dikira menggalakkan inflasi.. ahaks. hehehe

  5. says

    20sen pun hak kita. Ini bezanya orang bisnes nak untung cepat, tapi bisnes lingkup cepat la sebab pelanggan lari sebab 20sen.
    Even mamak pun reti hargai pelanggan dengan tidak berkira setakat 20sen, siap boleh halal. Tapi ada jugak mamak yang tak cukup duit kecik, sekali dia bagi balance 4biji gula-gula.
    20sen x38 penumpangx8 trip sehari = RM60.80 sehari duit poket, melainkan polisi company buat cmtu…sebulan RM1824.00, setahun save RM21,888.
    Ops…teknikal sangat, tapi itulah kebenarannya..
    Jom terjah post menarik dari mfadhlan ..Contoh Quotation PruUmmahMy Profile

  6. hana says

    bulan lepas gi supermarket. bayar barang harge rm18.80
    saya cakap 20sen tu keep the change. cashsier tu tetap pulangkan 20sen tu ..

  7. says

    mungkin kita rasakan 20 sen tu kecil nilainya, cuba bayangkan semua customer dia buat macam tu, dan customer tu pulak macam kujie, berapa agaknya dia dapat setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun….

  8. says

    Pernah juga alami seperti ni. Lebih-lebih lagi time bayar tol, bila dia bagi baki, terus kita tekan minyak tanpa kira jumlah baki (sen), bila tgk, tak cukup baki yang dipulangkan. Nak patah balik, tak berbaloi. So, ikhlaskan jerla. Sabar lebih

  9. says

    saya sokong naziman nih, sebab pernah terjadi macam tuh, saya soal balik harga semua brg berapa, sbb selalu beli brg mmg kira dulu totalnya. tak pun saya memang sediakan duit syiling dlm beg duit supaya senang diorang nak memulangkan duit genap sahaja takde sen-sen.

  10. says

    Pernah berlaku pada saya juga ni. Biasanya untuk mengelakkan malu antara dua insan, saya akan cakap “erm, harga tiket berapa ya?” sambil tunjuk duit dan kira-kira baki duit di tangan. Kalau dia cakap RM88.00 tapi masih kurang faham dengan petunjuk yang di bagi, saya cakap la “alamak, kurang 20 sen ni cik”.

  11. says

    pada saya, dalam situasi ni org tu yg salah. mungkin dia memang FAILED math, atau mungkin dia sengaja (maksudnya dia tak tahu etika berniaga) dan ketiga (kalau dia Islam,dia tak tahu dosa)

    untuk kak kujie plak, ini bonus. tunggu jelah duit tu dekat akhirat nanti. hehehehe.

  12. says

    kalau saya terus terang jer, tak cukup 20 sen, huhu. Tapi malu jugaklah, ialah, nanti orang kata 20 sen pun berkira. Tapi bayangkan kalau 10 orang, 20 orang yang dia tak pulang tu. Tapi mungkin juga dia terlupa, jadi lebih baik minta jer..

  13. says

    pernah kak ..
    biasa dayah mintak jer..lepas dia kasik dayah terus jalan..
    tapi..
    suami dayah…
    sampai suruh panggil bos la..supervisor la..lepas tu dia membebel..
    lepas tu dia pom pang pom pang..

    nilai duo posen jugak kak..

    tapi dia punya marah…

    hehe..sengeh sendiri pulak dayah ingat nye..

    :D

  14. says

    Salam,

    Pernah juga kena macam ni, bila minta baki syiling bukan duit syiling yang dapat, tapi malahan gula2 pulak yang diberikan…alahai malas banyak songeh, amik je gula2 tu huhuhu. pelik dengan masyarakat sekarang ni -..-”

  15. says

    selalu gak terjadi situasi macam kat atas, tapi biasa la… saja ni jenis berkira dengan kedai. sebab kalau saya terambil lebih pon… memang dah jadi kebiasaan akan pulangkan. tak tergamak nak makan walaupon lebih dua posen.

    kalau kedai tu bagi kurang… memang saya akan tunggu dulu.. kendian, usha je orang jaga kaunter.. kalau dia buat tak paham.. mula berdengus tarik napas macam singa lapar… bila dia tanye… jangan jawab sepatah haram.. tunjukkan je duit kat tanye. kendian.. 3 patah ayat…. Duit tak cukup!

    kemudian… baru depa nak tersengeh2 mintak maap. dua posen pon… itu hak saya. saya mesti mintak balik. itu hasil titik peluh untuk mereka yang tau hargai. jadi sebab tu.. kalau tau kedai pulak terbagi duit lebih.. jangan la diambil. itu hasil titik peluh orang berniaga.. harom tu! pulangkan balik!

    ok bye~

  16. says

    mungkin 20sen tu termasuk dlm tax tp dia ingat Kak Jie tahu.
    selalu kalau kurang saya akan tanya balik jika saya sedar. jika tidak memang saya tak claim smp bila2

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.