Mau?

kruel74 Says:

Mauripan tu apa ya?

Puan-puan dan tuan-tuan… Mauripan itu sejenis ” perasaan yang mengelembung patlima kali ganda” atau bahasa agak poyo ‘ kembang semangkuk’.

 ini mauripan ye kawan²

ini mauripan ye kawan²

Kerana nak dapatkan gambar mauripan tu, saya beli 2 bungkus, sebungkus rm 0.60. Alang-alang dah beli, petang tadi walaupun sibuk saya buat donat .

Resepi kita petang ini ye puan-puan : Donat lembut.

Bahan-bahan:

2 paker ( 22 gm ) mauripan/ yis kering / yis segera
¼ cawan air suam
1½ cawan susu suam ( 2 sudu susu + air suam )
½ cawan gula
½ sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan majerin / mentega / lemak sayuran
5 cawan tepung

Cara memasak :

1. Campur yis dan air suam.
2. Campur majerin bersama tepung dan digaul. Campur telur, yis, susu, gula, garam dan gaul & uli sehingga lembut.
3. Ketepikan, tutup dengan tuala lembab. Rehatkan 45-1 jam.  Sementera dia mengembang, jangan terkankang depan tv pula, kemaslah segala bahan-bahan yang kita gunakan tadi.
4. Bila adunan dah kembang – uli sekali lagi.
5. Buat adunan seperti donat. Ala……senang je tu ..yang berlubang di tengah-tengah tu donatlah.
6. Goreng dan salut dengan gula .
7. 3 biji = Rm 1.00!

Para suami yang belum kenal mauripan, sila print resepi ini dan segera ke kedai runcit carikan mauripan untuk isteri anda mencubanya!

Cadang nak publish gambar donut yang dah siap tapi bentuk donut saya agak berseni berbagai bentuk kraftangan.

apa? siapa?

apa? siapa?


Sesiapa yang poskod surat menyuratnya 11060 dan 18500 , nantikan incik posman datang mengetuk pintu rumah ye… :lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. mauripan 2 penaik roti kn?
    Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Penyakit Was Was, Gejala penyakit Was Was dan Cara mengubatinya.My Profile

  2. Mau donat yang dah siap masak, boleh? Mauri-pan tu boleh buat doh pizza tak Jie? Jenuh ler nak cari kat sini yis yang halal.

  3. (nak reply kat comment bai kat atas tu tak bleh dah ye?)

    mama, bai dah try buat.
    dan bai dah post pon.hehe
    tocey mama 😉

    fiezabaiduris last blog post..Jejari membuat donat

  4. hehehe. sama lah diya. posmen datang masa takdak sape kat rumah. nasib lah ada pakcik jaga. kira posmen tinggal hadiah mama tu kat dia jelah. huhu. thanks a lot ye… tak sangka lak mama nak bagi hadiah 😀

  5. mauripan..tau2..mak ak pon buat donut pki mauripan gak..name lain die panggil ibu roti

    ibnmasirs last blog post..Siapakah manusia sempurna?

  6. mencelah semula, rupanya isteri tahu apa itu mauripan. Tulah taknak tanya dia dulu. Hebat juga isteriku rupanya

    kruel74s last blog post..Cheap travel

  7. alhamdulillah! parti bulan menang! takbir!

    ©Kujie ~alhamdulillah pakcik

  8. ala…bungkusan tu sure bukan saya… 😥

    ©Kujie ~ huhuhu..nnt bagi address yg betul ye… 😆

  9. errr…kat sini sepeket 7posen la kak…
    apsal mahal seposen??

    bende ni saye beli nk buat eksperimen kat skolah je…
    donut beli je kat kedai…huhu

    chekguBHs last blog post..Tolong….Ada api, Pak!

    ©Kujie ~ kak jie dok area hulu…hahaha..barang masih murah..korang dok bandar besar itulah harga perlu dibayar :mrgreen:

  10. hahha!!
    mama!! posmen tu dtg time takde sape kt umah!!
    kene g post office amek ni :p
    ngeee
    tq mama!!
    hahahhah!!!

    nnt da amek yonna msj mama lain :p

    ©Kujie ~
    huhuhu….. sori sori…patlima kali baru dpt pos
    mcm bz sgtlah

  11. sedapnya donut..dah lama tak buat…salam untuk kujie..

    ©Kujie ~ salam kak ina…lepas ni buat ye…. 😆

  12. mana gambar nya…hehe

    zinos last blog post..Rumah baru…

    ©Kujie ~ lum sempat snap dah telan 😆

  13. alaaa ….
    poskod rumah lily x de
    🙁

    wakakaka !!!!

    Lilys last blog post..Kami suka makan 😀

    ©Kujie ~ erk..kak jie tggu dr lily tau..jgn lupa poskod kak jie 48200

  14. Mak saya buat kuih kat kampung memang gunapun mauripan nih.. kak jie amik resepi tu dari mak saya kan..? 🙂

    nuaemans last blog post..Otak lelaki dan Otak Perempuan: Apa Beza??

    ©Kujie ~huhu..donut tradisi mcm ni je la resepi dia…. 😆

  15. KampungBoy says:

    Salin jangan xsalin Hoho…pasni boleh bagi kat amk aq, mntak dia makkan…

    KampungBoys last blog post..Tips dan Teknik Meningkatkan Ranking Alexa

    ©Kujie ~ tak yah salin..print je terus…hehehe

  16. Sedapnya donut lembut..nyam nyam nyam…
    poskod ceQ tujuh puluh satu ribu lapan ratus :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    ©Kujie ~ kalau buat sendiri lagiiiiiii sedap..hehehehe
    tau dah poskod area situ… 😆

  17. 😛 wooooo…jie dah wat donut…byknyer jie? sampai 2 paket miss ‘mau’ tu..hehe….ala, bentuk x kisah le..janji rasa sedap….hidup biar sedap kan jie? lama x ckp ngan jie..rindu ler!

    juns last blog post..Pau BAGUS

    ©Kujie ~segan nak publish gambar..kawan2 kita chef hebat2 mcm JUn..sat gi Ah Mat dtg dia gelak sakan nengok donut segi2..hahaha
    tu lah Jun..lama tak sembang2

  18. bila tahun aku nk buat a…….

    kuinas last blog post..Tak Cukup Lagi..

    ©Kujie ~ balik cuti CNY ni buatlah…ajak2 wani, aisyah , adam sama2 uli 😆

  19. Itu poskod Kelate Kak Jie. Intan teka; KB & Machang kan?

    Hihi

    🙂

    intans last blog post..As-Syura Made In Kelate!

    ©Kujie ~ hehehehe..machang la intan..siapa dia?
    rahsia 😆

  20. terasa nak makan big apple plak.. 😉

    Lan Bingkas last blog post..Usik-usik AJL 2008

    ©Kujie ~tak pernah mcm big apple….big durian pernah laaaaa 😆

  21. ala kak jie…letak jekla hasil berbagai bentuk kraftangan tuh..hiks..kim dulu buat donut tak penahnye satu size..camne la nak buat biz.. 😳

    kims last blog post..Head over heels..

    ©Kujie ~itulah masalah tu..tadi buat dgn Intan…hehehe…mcm kraftangan pula bersegi2 donat nya 😆

  22. fiezabaiduri says:

    wah, siap ade resipi donut. boleh cuba nanti. boleh dimakan bersama ‘tunang’ bai.hehe.. tocey.

    ©Kujie ~ try..lepas tu publish kt blog ye..hehehe
    senang sgt ni..sebelah mata je leh buat 😆

  23. Haaaaaaaaaaaaaaa…!! Sayer pernah guna menda alah ni nak buat kueh donat.. kembang mak oit.. semangkuk.. hahaha..

    nikillass last blog post..No more “the moms”

    ©Kujie ~wahhh..bagus..bagus…anak sapa le tu…muda2 lagi dah kenal barang2 mcm ni….senang bini nanti

  24. kedai karipap franchise… hehehe… inti dia pelbagai la.. gitu?? hehehe

    Patut akak publish gambar hasil donut tu… hehee 🙂

    ©Kujie ~ kalau dah franchise, mmg kena kaji pasaran kehendak pelanggan , kan..
    seganlah adry…kerepot sana kerepot sini…hehehehe

  25. Kalau buat rasanya ada cam J. Co atau Big Apple Donut ke? Saya bukak kedai donut terus lah (tapi seriously saya memang one day nak bukak kedai karipap ala2 franchise camtu)

    kruel74s last blog post..Where’s my sex party?

    ©Kujie ~ yg ni lagi sedap…air tangan katanya…hehehe..bentuk fizikal bukan ukuran 😆