Mereka Bukan Sekadar Blogger

mandi kolam
Tetamu awal saya , Keluarga Azman. Kami pernah bertemu 3-4 kali dan ini kali ke dua mereka datang ke rumah . Dia ada kamera gedabak, kalau nak tengok gambar² cantik, pi tengok kat entri dia-  Seharian di Kujie’s Water Park bersama Heymijie

menu open house

Setengah jam kemudian, Keluarga Mijie pula sampai. ( Dia dah update blog – tajuk entri panjang 14 harkat – Dari Dunia Online Turun Ke Dunia Realiti Bersama @kujie dan @azmanishak Di Rumah Kakjie. )

Pertama kali mereka datang walaupun kami dah pernah bertemu sekali.  Seronok temankan Nurul makan ,  dia nampak berselera selepas agak selesa melepasi trimester pertama.

Sapalah yang tengah mengumpat si Mijie ni..sampai tersedak² tengah makan.

Kak Jie minta maaf kalau ada kekurangan kelemahan dan tak sempat luangkan masa melayan…tak sangka diserbu adik beradik serentak …

Menu saya simple saja – nasi ayam madu, pasta sup, koktel agar²dan salad buah.  Tips menyambut tetamu,  rancangan makanan yang tidak perlu berada lama di dapur kerana kita boleh luangkan lebih masa bersama tetamu.

Selain dari kedua² keluarga blogger ini, adik beradik saya juga ada.  9 keluarga dari 11 adik beradik suami datang bersama anak² saudara dari yang sarat mengandung hingga yang baru ‘mendapat kaki’ .

Adik saya dari Tanjong Malim dan kawan² Intan – Low Mei Hui dan Neo Yu Jing juga datang memeriahkan petang hujung minggu kami. Budak cina berdua ni dah macam ahli keluarga , dah tak kekok untuk makan minum dan bergaul dengan keluarga saya yang lain.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Mereka Bukan Sekadar Blogger”

  1. seronok jugak kalau ada pertemuan macam ni, macam saya ni silent reader je, hati nak jugak kenal-kenal dgn kak jie ni tapi entah bila ada keberanian nak bersua muka.

  2. tak perlu jemputan , mcm kita menziarah saudara mara kita yang lebih senior, pakcii makcik… dia org tak jemput, kita yang akan menziarah, kan?

    hantar je message macam dia org ni buat ‘ saya nak datang rumah…beraya, bila kak jie free…?

    😆 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..50 Sen Untuk Dapatkan JawapanMy Profile

  3. walau pun yang kenal blogger² lelaki tetapi isteri mereka dah rapat dengan kak jie 😆

    orang berkeluarga agak tak selesa untuk berjumpa dalam group yang ramai² dan ditempat awam…rasa tak selesa di pandang orang bergelak ketawa dengan blogger muda mudi. Kalau nak jumpa, lebih selesa bertandang ke rumah.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ulangtahun Perkahwinan Ke 20My Profile

  4. azman ko lah yg jadi organizer sbb hang hebat aku akan support hang habis2 habisan…orang lain mesti setuju kalau hang yg organize

    weh pasal tersedak tu biasa la bukan gelojoh tapi sbb aku kan org glamor ramai yg sebut nama aku hahahaha
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Selamat hari lahir sayangMy Profile

  5. serius suatu masa dahulu rasa segan dgn blogger hebat mcm kakjie dan azman tu, maklum la sy ni blogger picisan je tapi bila dah jumpa kakjie dan azman rasa mcm wahhhhh kedua2nya tidak sombong dan simple orang nya

    itulah org ckp, dont judge book by it’s cover

    masa dulu2 risau sbb takut org fikir kita nak menumpang glamor tapi ERTI PERSAHABATAN antara blogger tu terlalu luas maksudnya dan baru sekarang sy faham…

    apa2 pun sgt happy sebab sebelum hari raya dan smlm kali pertama org rumah sy makan ayam…gara2 penangan nasi ayam madu yg kakjie buat sgt best..sblm ni dia loya kesan trimester pertama

    apa2 pun kagum dgn kakjie menguruskan kehidupan, perancangan masak pun boleh sy belajar sbb mmg sempoi

    tersedak makan tu sbb bubuh sambal terlebih hehe tapi memang best pasta sup tu

    apa2 pun fahim smlm tak nak naik bila dah mandi kolam hehe…terima kasih sekali lagi kakjie
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Selamat hari lahir sayangMy Profile

  6. kak jie.. saya dengan mijie planning nak buat berkemping kat air terjun umah kak jie. insyaallah.. akan di aturkan schedule nanti. Head of organizer adalah saudara mijie.. kasik dia rajin skit buat organizer kat blog dia dari terpejuk jadi jeruk. haha…

    series best masa kat umah kak jie. amirul kaki dah ketak pon still tanak nak keluar kolam lagi.. bibir sampai ketup ketap tahan sejuk. malam tadi lena sampai ke pagi… penat sangat la tu berenang dengan kak intan. haha..

    p/s: mijie.. nampak sangat gelojoh. Taw la nasi awam dengan pasta tu sedap.. sampai tersedak.. bhahahahaha.. sound direct. lol!
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Seharian di Kujie’s Water Theme Park bersama @HeymijieMy Profile

Comments are closed.