Saya pergi melawat MAHA 2008 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 ) hari ini. Penat tak boleh nak cakap. Lenguh kaki tapi jari malas pula nak menaip entri malam ini. , jadi layan gambar dulu ye..

Angah : ” Abah..beli sebiji untuk Angah. Nak bawa p sekolah “

En. Ann : ” Tak boleh…guru besar marah sebab lebih besar dari kereta dia..”

Saya tak sempat masuk peraduan ini..

Uji pandu di tapak pameran MOFAZ

Berhenti rehat nikmati lagu² country artis dari Australia

Rodeo² dari Australia menunjukkan kehebatan . Bila anak lembu baka gemuk berbulu lebat tu senang saja di tangkapnya tapi bila dilepaskan anak lembu baka tempatan ( Baka Kedah-Kelantan),kesemua empat ekor tu tak seekor pun dapat ditangkap..hahahah……. lembu lembab terkedek²  bolahlah dia tangkap..lembu tempatan yang kurus slim cerdas larinya,  lebih  laju dari kuda dia…lawak tak hengat!!!!

LEMBU MALAYSIA BOLEH!:lol:

Dapat pegang tali pun jadilah….

Kami selamatkan 2 ekor burung yang tersangkut di jaring yang dijadikan perangkap kalawar di ladang mata kucing Mardi. Kawasan ini bukannya kawasan pameran tetapi kami terserempak sewaktu berjalan² di kawasan tersebut.

Dalam keadaan kecemasan, gunakan apa yang ada. Tin minuman dijadikan pemotong jaring.

Alhamdulillah, kedua² ekor burung tersebut dapat terbang semula walaupun agak sukar kerana sayapnya telah tercedera.

Nasib baik tak jadi macam ni….

EDIT : Maklumat am tentang MAHA 2008
  • Harga parkir untuk sebuah kereta-RM5
  • Tiket tram untuk seorang dewasa - RM 1
  • Pastikan kaki tangan anda cukup sihat ( kaki untuk menapak, tangan untuk bawang barang² yang di beli ) kerana walaupun ada banyak tram , pengunjung juga ramai.
  • Sepanjang cuti sekolah, waktu lawatan untuk MAHA 2008 dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam.
  • MAHA 2008 berlangsung dari 11hb Ogos hingga 23hb Ogos 2008
  • Lokasi utam Dewan A,B,C dan D hanya menempatkan pameran juga gerai promosi juga kiosk agensi kerajaan.  Anda perlu keluar dari dewan untuk melawat gerai pameran setiap  negeri, rumah hijau, ladang ternakan lembu, kambing atau tapak semaian, ladang nenas, herba dan lanskap.
  • Klik laman web MAHA 2008untuk maklumat lanjut