Operasi Menjelang Ramadan

Setelah berbulan-bulan kami tidak pernah dapat bersama selengkapnya satu keluarga, semalam semua ada di rumah. Pagi tadi dapat bersarapan berlima.

bersihkan rumah

Balik dari sarapan, sambung operasi keliling rumah. Pohon manga jiran saya ini perlu di cantas kerana dauhnya akan jatuh ke dalam kolam ikan sehingga menyebabkan pencemaran air yang teruk. Masalah utama adalah kerengga.

Saya tak mampu nak buat kerja-kerja macam ni, kenalah tunggu suami yang balik seminggu sekali untuk selesaikan.


Anak-anak lelaki saya juga kena kerahan tenaga dalam operasi ini.  Buat bersama-sama bukan saja lebih cepat siap tetapi salah satu cara mengeratkan hubungan adik beradik dan belajar lebih memahami antara satu sama lain.

buang sampah

Selesai operasi anak beranak, saya sediakan menu kegemaran keluarga – pucuk ubi masak lemak, ikan goreng dan sambal kicap.  Seronoknya bila semua ahli keluarga berkumpul bersama.  Menu ringkas, masing² berselera.

Sebulan lagilah dapat macam ni lagi…. hari raya , mungkin .  Tiga tahun sebelum ini kami berhari raya jarak jauh ( suami di Algeria ),  tahun ini dia dah cakap….cuti tak cuti, nak cuti juga!

Malam ini Angah dah nak balik Kedah, bersahurlah dia di dalam bas.  Tak sempat pun bersahur dan berbuka bersama keluarga.  Lepas hantar dia ke Hentian Duta, saya akan terus balik ke kampung mertua di Sabak Bernam.  Bersahur dan berbuka awal Ramadan dan kembali pada malamnya.

Ahad malam Along perlu balik ke kolej dan awal pagi Isnin suami pula akan balik ke Terengganu .

Bertebaran mereka utara, selatan dan timur –  kembali ditinggalkan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Walau hanya sebentar bisa berkumpul ini patut disyukuri Kak Jie soalnya masih banyak orang yang dapat berkumpul setelah Idul Fitri tiba
    Selamat berpuasa, semoga puasa kali ini bisa sangat lancar dijalankan
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Membuat Internal Redirect Pada Halaman BlogspotMy Profile

  2. muhammad fakhruddin says:

    Kami sekeluarga hanya dapat operasi yasinan dan tahlilan di kampung saja.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Baca @ Ramadan 1433H: Perangai Bergantung Kepada Diri SendiriMy Profile

  3. selamat menunaikan ibadah puasa kak jie..tu makanan dalam gambar tu nmpk mcm sayur pucuk paku…betul ke??wahh bestnya sayur pucuk paku mc tu..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok KecilMy Profile

  4. wa! seronok apabila kesemua dapat berkumpul sekali, buat aktiviti bersama-sama, makan bersama-sama .. entri ini sungguh menginspirasikan. Thanks kak!
    Jom terjah post menarik dari iAwani ..Kenapa Office 2013 Versi iPad Belum AdaMy Profile

    • bagi kami yang ahli keluarga bertebaran sana sini ( mcm lah ramai sgt…3 org saja pun )
      dapat berkumpul dan buat sesuatu bersama-sama , mmg seronok

  5. nanti-nanti, diorang baliklah..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Selamat hari raya 2012.My Profile

  6. Sekejap je berjumpa dan berpisah balik..

    memang sunyi le , patut kakjie cakap makan pun tk menentu ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Eyriqazz vs Denaihati vs Jebeng OtaiMy Profile

  7. begitulah perasaan seorang ibu kan bila anak2 nyer pergi belajar…sunyi jadi nyer kan kak…huhu

    selamat berpuaso yer kak…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Cara Mudah Elak Nafas BerbauMy Profile

  8. selamat berpuasa kak jie
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433HMy Profile

  9. wow sedapnye.selamat berpuasa!

  10. Salam Ramadan Al-Mubarak….Semoga dpt ganjaran pahala melimpah-ruah.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan BerpuasaMy Profile

  11. Pucuk ubi masak lemak,
    Daun sawi buat sayur air,
    Salam Ramadan Al-Mubarak,
    Berpuasa sebulan hinggalah ke akhir.

    Ikan goreng dibuat kicap,
    Ayam panggang dimasak percik,
    Berpuasa itu banyak tersirap,
    Seribu kelebihan perlulah diambik.

    Sambal kicap asam pedas,
    Ikan bilis dibuat tumis,
    Gunakan waktu dengan aktiviti cergas,
    Bila berpuasa tidaklah terasa terjejas.

    Aktiviti keluarga sentiasa diadakan,
    Untuk mengeratkan sesama keluarga,
    Kasih sayang pasti berpanjangan,
    Kekal abadi hingga ke akhir usia.

    Selamat berpuasa untuk Kak Jie Sekeluarga,
    Semoga amalan diterima Allah Taala,
    Solat Terawaih serta baca Al-Quran jangan dilupa,
    Itulah pekerjaan yang digalakkan oleh nabi kita.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan BerpuasaMy Profile

  12. Pucuk ubi masak lemak….ohh tidak..one of my favourite…

    Selamat berpuasa kak jie…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Lazada Malaysia Menipu?My Profile

  13. selamat berpuasa…seronok dapat bebuka puasa beramai-ramai dengan family

  14. Salam Ramadhan Kak Jie… Semoga dapat menyempurnakan Ramadhan kali ini dengan penuh kesederhanaan… Tahun ni dira sambut Ramadhan dengan semut je.. weehee… first time merasa sambut Ramadhan sorang2.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Ramadhan #2My Profile

  15. memang seronok bila dapat berkumpul kesemua keluarga..

    selamat menjalani ibadah ramadhan buat kak jie sekeluarga
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..28 tahun tersalah imaginasiMy Profile

  16. Bertebaran mencari ilmu dan rezeki tu.. Hehe

    Eh, jelasnya no pendaftaran kereta tu… privasi ni kak.. haha~
    Jom terjah post menarik dari Omar ..Aplikasi Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012My Profile

  17. Perenggan ketiga, ayat seminggu sekali tu macam salah je 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Waktu Afdhal Untuk BersahurMy Profile

  18. meriah walaupun sekejap cuma.

    p/s: clear sungguh no plate tu 🙂
    Jom terjah post menarik dari jemarioren / ciknor ..Dari plusMy Profile

  19. Meriah pula bila membacanya. Esok saya mau pulang ke Jengka. Ambil peluang puasa bersama keluarga sambil mau cari durian belakang rumah.
    Jom terjah post menarik dari Faizul ..Patutkah aku ada domain sendiri?My Profile

  20. Alhamdulillah kami satu keluarga dapat berpuasa dan berbuka bersama di hari pertama. Ahad anak2 akan balik semula ke madrasah. Tahun sekali je lah dapat berbuka puasa semua lepas ni tak ada peluang lagi sehingga akhir Ramadhan.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Kritikan Terhadap Contest Lelaki KacakMy Profile

  21. alamak!
    maza pun nak balik ke kampung sana..
    mau menyambut ramadan bersama keluarga

    untung2 dapat makan masakan emak…. heheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kepala ikan mayong asam pedas si daun kesumMy Profile

  22. lynnaiza says:

    Selamat menyambut ramadhan almubarak kakjie and family. 😀

  23. Assalamualaikum,
    Nasib baik ada Intan teman kak jie…

    Selamat menjalani ibadah puasa kak Jie, moga puasa tahun ni lebih baik dr puasa tahun2 sudah…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Video Debat Sinar III Orang Muda Pilih Siapa?My Profile

  24. Ini sudah operasi kerehan tenaga semua tidak dapat lari. Bagaimana pula tugasan untuk si Intan. Hee..menyibuk pula tanya perihal anak dara orang.

  25. Selamta menjalani ibadah puasa kakkujie
    Jom terjah post menarik dari KesumaAngsana ..Selamat Datang Ramadan !My Profile

  26. wah ada kolam ikan ke kak gie… kolam ikan kak gie ke?

  27. hidayah says:

    adoi…bila anak2 dah besar ek…
    🙂