Projek Terkini – Kelapa Matag

Alhamdulillah… selepas menanam getah dan kelapa sawit, kami memulakan satu projek baru iaitu penanaman kelapa matag.  Ini adalah projek persaraan hari tua.

benih kelapa matag

Ini benih Kelapa Matag Baka G1 yang dibeli sebanyak  100 pokok.  Bukan senang nak dapat benih pokok kelapa mataq ni, ramai sangat mencari dan stok pun payah nak ada.

Kelapa Matag ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaysia (Malayan Yellow Dwarf -MYD atau Malayan Red Dwarf – MRD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan Filipina. Kelapa Malaysia merupakan sumber bunga betina di kacukan dengan debunga jantan kelapa  Filipina

Harga benih kelapa Matag G1 yang saya beli minggu lepas ialah RM25 sepokok. Pada peringkat awal penanaman kelapa matag beberapa tahun dahulu, harga anak benih kelapa Matag cuma RM 6.50 sepokok dan kemudian telah meningkat kepada RM 15.00 dan pada tahun 2012 telah mencecah kepada RM 22.00 sepokok. Sekarang harga benih kelapa Matag G1 ialah RM 25.00.

Permintaan yang tinggi dan keadaan cuaca yang banyak hujan menyebabkan peratusan kejayaan mendapatkan anak benih kelapa matag sangat rendah.    Kejayaan proses pendebungaan kelapa matag sekitar 45-50% sahaja.

Memang kena pastikan anak benih kelapa matag ini dari pembekal yang sah kerana kejayaan penanaman kelapa matag ini bergantung kepada ketulenan anak benih. Sukar nak mengenalpasti sama ada benih kelapa itu matag atau bukan sebab kita tak tahu ciri-ciri khasnya. Anak benih kelapa matag yang kami beli berasal dari Jabatan Pertanian dan United Plantation.

Kelebihan kelapa matag berbanding kelapa mawa atau kelapa biasa ialah hasil buah yang dikeluarkan iaitu antara 15-25 biji setandan dan setiap pokok boleh menghasilkan antara 15-16 tandan setahun.  Pokok kelapa matag akan berbuah pada usia 3 tahun dan mencapai hasil yang baik pada usia 4 tahun.

Pokok kelapa matag ini juga lebih rendah, senang untuk proses mengutip hasil.  Kelapa matag mempunyai isi lebih tebal, air lebih banyak tetapi sabut yang lebih nipis daripada kelapa biasa.

tanam kelapa mataq

Suami saya tanam ni benih pokok Kelapa Matag Baka F1 yang berharga RM40 sepokok iaitu baka terbaik kelapa matag.

 

NOTAKAKIKUJIE :  Harga kelapa sawit pun jatuh menjunam selepas raya ni… sebelum ni RM 400 setan, hari ni dapat berita dari kampung hargan setan RM280 sahaja.

 

  1. Assalam Kak Jie.
    Memang sukar nak dapat benih kelapa matag ni. Kat kampung (bagan datoh) kebun2 kelapa banyak dah bertukar kpd kelapa sawit, maklumlah dulu harga kelapa sebiji hanya 12 sen tapi bila harga kelapa dah mahal ni…masing2 menyesal pula. Estet2 kelapa yg tanam sawit pun dah kembali tanam kelapa terutama kelapa matag ni. Sekarang harga kelapa tak pernah jatuh malah semakin meningkat…satu pelaburan yg berbaloi!
    Jom terjah post menarik dari BM ..Kenderaan Mesra Alam SekitarMy Profile

    • Betul tu… nasib baik kami masih ada pokok kelapa asal yang masih keluarkan buah…memang sekarang harga dah mahal. Raya baru ni sebiji dapat RM 1.10. Tak semua ditebang utk di tanam kelapa sawit… kelapa sawit pula harga jatuh.

      kelapa matag ni pelapis untuk kelapa asal yang mungkin akan ditebang 3-4 tahun akan datang.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Projek Terkini – Kelapa MatagMy Profile

  2. Pingback: Projek Terkini – Kelapa Matag | kujie2.com