Rongga Toraks Mengecut Secara Tiba-Tiba Dan Berulang
Peribadi

Rongga Toraks Mengecut Secara Tiba-Tiba Dan Berulang

Minggu lepas dapat bungkusan kepada ‘cap ibu dan anak’ tapi dah 2 hari berkokok sepanjang malam.

Hari ni betul² kena cari ‘cap ibu dan anak’.

Sakit tekak , suara pun dah seksi macam Ella.

Mula² saya minum air limau kasturi. Telan sesudu tetapi macam tak berhasil pula – tengah malam terpaksa bangun cari ubat batuk.

Kalau sesiapa ada petua mengurangkan batuk , boleh share di sini….erk… lebih elok kalau petua tu tak membabitkan ubat berbentuk cecair.  Ada ke?:lol: 😆  Penakut ubat sebenarnya… dulu kena paksa dengan suami baru telan.  Kalau dia tak nampak, diam² tuang masukkan dalam botol semula.

©kujie – pejam mata nak telan ubat air..argh… kenapalah ubat batuk semua cecair.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Rongga Toraks Mengecut Secara Tiba-Tiba Dan Berulang

  1. sy selalu baca blog akak…tapi tak pernah komen apa2 pn…tapi sy ada petua utk batuk yg diamalkan oleh atuk sy dan sy…kemam garam kasar…insyaallah ok….atuk sy amalkan sehingga akhir hayatnya 101 tahun (tapi dia jarang kene batuk….huhu)

  2. selalunya sy klu sakit tekak akan sembuh dgn.. perah sehiris limau nipis dlm sesudu madu lebah. minum sebelum tido..insyallah 2-3 kali minum sembuh la

  3. sedap apa kak jie ubat batuk…eh….ni nak share pengalaman bukan petua tau… penah kena batuk yang kronik sampai termuntah-muntah dekat 2 minggu gak la..

    1) Mak bagi makan buah jambu air yg warna merah kilat2 yg jual kat RnR selalunya sepinggan..lepas tu terus baik..

    2) Pernah batuk lagi lepas tu tapi buah jambu air tak dak, so minum air masak jer la berliter-liter….pun baik gak pastu..lega batuk..

    kesimpulannya, badan kita memang perlukan air yg banyak…hehehe.
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Yeayhadiah giveaway dah sampai tapiMy Profile

  4. kak jie ubat batuk tu ada dalam bentuk pil la….tapi awas dia super ngantuk ….berkesan gaks la utk saya menghilangkan flam….shall inform you nama ubat tu…kena check kotak ubat kat umah

  5. maza amalkan madu dab air suam.. inysallah…

    tapi awas.. kalau madu satu lagi tu bukan hanya sekadar sakit tekak dan batuk. silap2 makan dalam wooo.. terus berpenyakit hatinya…hehehhe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cik Asyura KL ini KotorMy Profile

  6. minum air masak je banyak kak.selalu sebelum nak sakit tekak, dalam 2,3 hari sebelum tu dah rasa.time tu le kena minum air banyak sebenarnya.

    kalau dah susah minum ubat cecair, payah le jugak.sebab memang cecair je yg ada kak.

  7. huhu…lawak la kak jie ni..boleh pulak tuang masukkan balik dalam botol. hehehe.. jarang sakit tekak. kalau agak-agak semacam jer tekak cari la gula-gula untuk hilangkan gatal-gatal tekak ker, batuk ker atau seantero dengannya 😆

  8. kak, saya kalau ubat cap ibu dan anak ni tak jalan sangat la..

    kalau ubat cap Hurix’s ( yg dicampur dgn madu dan gamat), baru rasa berkesan skit..hehe

    ala kak, nak baik kena la minum ubat. anggap macam minum jus je.. 😆
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Hohokacau diaMy Profile

Comments are closed.