Saja Tak Nak Tunjuk Pandai

image

Dengan ini diumumkan satu lagi projek kerajaan sendiri membaiki dan menukar paip sinki dapur telah berjaya disipkan dengan kos RM 25.

Dengan bangganya saya SMS suami beritahu kebocoran paip sejak 2 hari lepas telah dibaiki.

Kebocoran berlaku di bahagian tengah batang paip, dengan lubang kecil yang kemudiannya menjadi semakin besar.

Tekanan tinggi sewaktu air paip dibuka menyebabkan pancutan air yang deras memancut sehingga jarak 4 meter dan mengakibatkan  ruang dapur hampir basah sepenuhnya.

Selepas lebih 4 tahun menjadi ” Isteri Tinggal” saya belajar banyak perkara untuk diselesaikan sendiri.

Ini adalah masalah ketiga yang membabitkan sinki di dapur yang pernah saya selesaikan sejak suami bekerja di luar daerah. Dulu membabitkan saluran paip dibawah sinki sehingga terpaksa diletakkan baldi untuk menadah air yang menitis.

Satu lagi kes membabitkan lubang pada sinki tempat letak paip yang tak boleh ditutup.  Cara nak selesaikannya, saya beli selotip timah yang digunakan untuk menampal periuk bocor.  Harganya dalam RM 4 sekaki. Saya tampal benda tu , selesai masalah.

Bila berjaya menyelesaikan beberapa kerja maintenance rumah sendiri, rasa sangat gembira.  Orang sering menganggap perempuan tak pandai untuk uruskan hal rumahtangga membabitkan perkara pertukangan.

Bukan tak pandai,  kadag-kadang saja buat-buat tak tahu untuk memberi seorang lelaki rasa diperlukan….. hiks!

Oppp……….. jangan lupa , kena letak benda ni. Entah apa nama tatau

baiki paip

sent from my GT-i9300

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. punya banyak keahlian dalam mengatasi berbagai persoalan memang sangat menguntungkan dan tidak harus pakai tenaga service nie …
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC DKI Jakarta Telp. 021-9311-8787My Profile

  2. wahh hebat pandai n ada kemahiran nie
    Jom terjah post menarik dari MindaKini ..Pilihanraya Tiada Di Dalam Politik Islam?My Profile

  3. Bila sorang2, mmg kita jadi bijak berdikari…terbaiklah kak jie =)
    Kuat tu tekanan air kat kawasan kak jie..kat sini air slow jer…hihi

    p.s. – tak pandai masak, jadi pandai masak (utk kes suami)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #35 Buat Duit Online Dengan Klikjer!My Profile

  4. bukan nak kata perempuan tak pandai. tapi majoriti..memang ramai yang tak berapa pandai..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Samseng Sekolah Lan Todak.My Profile

  5. usaha tangga kejayaan,
    jangan bermain dgn air nanti becak dapur,
    sekian, terima kasih. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Karipap Mini Ada Jual Di Sini.My Profile

  6. Pernah repair paip sendiri masa dok sorang2 dulu.. Pernah jugak terlupa tutup punca air masa nak repair.. air mancut2 habis basah satu dapur.. dengan tuan dia sekali basah jugak..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Semak Status Daftar Pemilih Persiapan Mengundi PRU13My Profile

  7. selalunya bila suami dekat mmg isteri akan harap suami yg buat benda gini..konon keje org lelaki kan..tp bila suami jauh..mmg sendiri kena buat..x leh nak harapkan org lain..tap sebenarnya mmg org pompuan pun boleh buat juga..hehe
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Drama Sehangat Asmara Episod 34 – 35 (Akhir)My Profile

  8. White Tape nama nya hehehe…kalau boleh buat sendiri bagus gak tu Kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Ops Burung Turki – Taman Burung Kuala LumpurMy Profile

  9. Benda2 kecik, suka repair sendiri. Kalau ada kat rumah, saya lah tukang tukar lampu, betulkan paip. Rasa seronok tolong mak. Semua serba-boleh. Wahai gadis-gadis diluar, pilihlah saya! Eh termanifesto pulak haha 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..#WW – Sila Tunggu 9999 saat Untuk Teruskan MembacaMy Profile

  10. kemahiran hidup ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Keindahan AlamMy Profile

  11. Syookk ooo kalau masalah boleh diselesaikan sendiri .. rasa best je.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Projek T-Shirt Denaihati NetworkMy Profile

  12. saya pun malas kalau nak repair2 bab ni , suka harapkan laki buat ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Applikasi Wee Chat – Seronok nya sembang bersama.My Profile

  13. namanya silotep paip.. kalau dulu2 pakai yg jenis benang tu.. haha, tahu sebab ayah pernah jadi tukang paip.. so, bab paip, tahulah jugak sikit2..

    kan, org pompuan saje je nak tgk org laki tau ke tak, sbb tu dia buat tak tau.. hehee
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Asam KerendaMy Profile

  14. terernya.. salute sy.. sy tak reti baiki paip.. kiki
    Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Tutorial Manik Crumble : Meh cuba meh..My Profile

  15. pernah repair sendiri apa barang yang rosak kat rumah kalau suami lambat sangat actionnya…
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Sejarah Terbentuknya Simbol di Dunia TeknologiMy Profile

  16. Kat rumah saya pun skrg paip bocor, dah panggil plumber, esok baru dapat repair, nak repair sendiri, memang tak dapat la.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Jambatan Gantung Tamparuli SabahMy Profile

  17. Kalau masalah kebocoran ini memang saya kena lakukan. Bukan kedekut tetapi kalau boleh buat saya buat. Setakat ini belum sampai tahap major. 🙂

  18. tahniah..hahaha

  19. pergh. basuh pinggan guna secret gardern

  20. mohd firhan jasni says:

    eh dah macam shower dalam bilik air je. hahahaha

  21. Plumber blogger hot di pasaran..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Menang RM 100.00 Dari Giveaway Hairulazni.myMy Profile