Satu Malam Saja

Assalamualaikum…

Selepas habiskan perjalanan 1000 kilometer, saya selamat sampai ke rumah.  Dan untuk pertama kali selepas suami pulang ke Malaysia, kami dapat berkumpul sekeluarga lengkap.

Hari ini Along balik dari kolej, dia ambil cuti 2 hari.   Angah  pun baru  mula bercuti, lewat kerana ada program khas untuk pelajar calon SPM 2011 .

Sewaktu entri ini saya taip, ketiga-tiga anak keluar bersama suami.   Saya kena tinggal!  Bagi peluang anak² paw abah dia pula ..hiks!

 

Terimakasih untuk kawan² yang masih sudi menjejak walaupun tuan rumah cuma update tinggalkan jejak sebaris nota. Terimakasih juga untuk beberapa pengunjung baru – maaflah tuan blog lupa diri. Mood pause seorang blogger!

Saya cuma balik rehat satu malam sahaja. Keluarkan kain baju berganti baru kerana esok pagi akan meneruskan percutian sekeluarga ke satu destinasi riang ria.

Tak lama…. satu malam sahaja!

 

seronoknya dapat menaip update blog dengan keyboard…rindukan papan kekunci!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Satu Malam Saja”

  1. Selamat bercuti bersama keluarga dan suami tercinta, KAK KUJIE. Jangan lupa amik gambar banyak-banyak. Kasi kongsi sama kita orang… kita orang takdak langsi punyaaaaaaa…

    hehehehee

Comments are closed.