Pagi tadi lepas bersarapan, acara tahunan, potong kek. Simple dan santai di luar rumah tepi taman rimba bersama anak² ikan dan iringan orkestra kicauan burung .

Semalam saya bawa mak,adik ipar dan anak² saudara ke rumah seorang lagi adik di Kapar. Hampir maghrib baru sampai rumah,  lewat sebab singgah Shah Alam carikan tiket bas untuk balik ke Baling. Semua perjalanan penuh dan jalan penyelesaian ambil bas dari Jalan Duta ke Sungai Petani baru  ke Baling.

Masa nak keluar pergi kerja, suami dapat panggilan adik dia kemalangan .   Patah kaki dan sekarang di PPUM.  Dia dan Aprilia Pegaso kena langgar dari belakang dekat Hospital Mata Tun Hussein, PJ.   Dalam sakit² sempat telefon minta tolong ambilkan motor bawa balik.


Tepat jam 10 pagi, saya keluar ke Stesen Bas Jalan Duta, hantar mak , adik ipar dan anak saudara balik Kedah. Sesak dari depan pasar borong Selayang. Mungkin ramai yang ke pejabat dengan kereta semula dan tinggalkan kapcai kerana harga petrol sudah diturunkan.

Sempat pergi renovate rumah Aboo & Lady Dark.

Saya minta maaf sebab tidak berkesempatan melawat blog kawan² - sepanjang 2 minggu lepas tetamu tak putus². Hujung minggu ini, emak mertua saya akan datang pula - sambut AidilAdha bersama kami untuk pertama kalinya bukan di kampung. JRumah saya akan dilimpahi saudara mara, adik beradik , ipar duai , biras beras dan anak cucu cicit piut.

Sebab ke-2….tadaaakkk……..lihat mataku yang pecah darah!


- gambar diblurkan untuk mata saja..hehehe..seganlah gambar mata terjojol kat blog

Tak ada angin, tak ada ribut tiba² mata merah macam tu sekali. Intan tak berani tengok, ngilu katanya. Mata nak sakit pun nak tunggu hujan ribut taufan ke…kehkeh

Lady Dark: Ordinary plain jane blessed with special healing abilities who also happens to be the scariest dentist on earth and soon to be oral and maxillofacial surgeon… Has loads of thoughts… loves sharing them… but hopelessly lazy to pen them down… Still struggling to find time to write cos thats wat blogging is apparently all about! !

EDIT : Sebab ke-3 kenapa saya perlu AFK, adik ipar yang kemalangan patah kaki akan datang tinggal bersama. Isteri dia masih out-station di Manila. Saya kakak ipar yang baik, ok.. :mrgreen: