[[ Entri ini dikitar semula selepas petang semalam saya tengok satu pasangan cina sedang bergambar dengan gaun pengantin di Telaga Tujuh  -  ahak! saya kan tengah mood pengantin baru .   Jom kawan² melawat kawasan sekitar perumahan saya]]

Tempat ini namanya Telaga Tujuh, jaraknya hanya 2Km dari rumah saya. Di bahagian depan ada 7 buah telaga dan menghasilkan 7 air terjun seperti ini. Rasa ralit memerhati sesekali ikan meloncat melawan arus .

Petang tadi habiskan masa dengan Shrek keliling kampung. Singgah Telaga Tujuh tengok ramai orang memancing. Semalam dan pagi tadi hujan lebat, air banyak.
Inilah jalan ke Telaga 7, cantik , redup dan berangin.