Semua Kebiasaan Yang kita Lalui Berdua Kini Jadi Puing Kenangan

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Saya tak hilang , masih di dalam Galaksi Bima Sakti , masih membaca beberapa blog kawan-kawan cuma kesuntukan masa untuk beramah mesra dan bertegur sapa ( komen la tu ) . Paling banyak isu yang ditulis blogger mengenai Piala Dunia 2010 dan video lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya.  Cuma blog Zool yang memberi ulasan padat mengenai Sukma 2010 ( Sukan Malaysia ) yang sedang berlangsung di Melaka.  Lengkap dengan keputusan terkini Sukma 2010.  Tahniah Zool !

Nak guna alasan sibuk rasanya ramai dah guna alasan tu…jadi saya cuma lebihkan masa bersama aktiviti di luar talian.

Beberapa perancangan asal saya tidak mengikut jadual kerana sebab utama dan terpenting …Penerbangan suami balik ke Algeria sepatutnya 19hb Jun 2010 menjadi 16hb Jun 2010. Menurut HQ, site di Algeria dah menjerit-jerit suruh masuk kerja.   Sepatutnya waktu ini jam 9 pagi saya dan keluarga dalam bas perjalanan ke utara.  Dah beli tiket pergi balik!

Beza hanya 3 hari !! itu pun nak bising! Orang lain yang tidak berada dalam kedudukan saya mungkin beranggapan begitu.  Balik bercuti tak sampai 3 minggu dan ada beberapa urusan yang belum selesai.

Kami akan berpisah lagi – bercinta jarak jauh di hujung benua. Kemungkinan untuk tempoh setahun lagi.

” Abang tak balik raya nanti, awak nak balik kampung ke raya kat sini je.. ?”

gambar raya tahun lepas

Tiada satu pun jawapan di atas.  Hanya airmata …

©kujie – kosong.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Semua Kebiasaan Yang kita Lalui Berdua Kini Jadi Puing Kenangan”

  1. salam kak jie. sy sedang sengal. baca episod2 kenangan kak gi… huhuhu.. percaya tak saya mengalirkan air mata pada baris2 akhir entry… 🙁 sedihnye. i feel u.
    Jom terjah post menarik dari Effa ..… Pergilah bermain…My Profile

  2. Pingback: Adakah Isteri Yang Ditinggalkan Ini Isteri Pilihan? | Hidup Biar Sedap
  3. huhuk sedey… xdpt bayangkan n xnak bayangkan xde cik abg disisi time raya atau time bila2 pun.. huhuk

    sabar ye kan, bersabar tu pun dh banyak pahala dpt kan? kan?
    Jom terjah post menarik dari sis shuhada ..Creative Blogger AwardMy Profile

  4. pernah melalui situasi seperti kak jie ….cinta jarak jauh suami isteri….bezanya cuma saya yang ke Jepun suami di malaysia…
    sabar yer…kak jie…..pejam celik…..pejam celik setahun tu cepat jer

  5. tahun ni baru mula nak merasa macam mana keadaannya beraya dalam keadaan yang tidak sama seperti dulu. cuma nasib baik tidak dihantar praktikal ke Miri. kalau ke sana, sah2 memang tak balik kampung beraya tahun ni buat kali pertama.
    Jom terjah post menarik dari beliamuda ..Jangan Nakal-Nakal TauMy Profile

    1. Along akan ke KLIUC 19hb, Angah pun nak balik asrama di Kedah 19hb…sob…sob…tinggal dengan Intan saja

      tiba…tiba…

      1. alahai kak jie .. sedih zqah dengar =(

        nak wat macam mane , hidup kdg2 penuh dengan dugaan … walaupun perit macam mane , kita terpaksa redha ..

        macam kami sekeluarga dah lame beraya tanpa ketua keluarga .. perit tapi itulah kehidupan =)
        Jom terjah post menarik dari zqah ..Kaedah Tradisional Mengubati Kudis ButaMy Profile

  6. alahai..tak patut betul diorang… lagi 3 hari jer lagi. takpelah kak jie, kena banyak² bersabar. ade hikmah disebalik semua itu. saya pun tahun ni turn beraya kat opis. waaaa…
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Apa Itu Jibbitz?My Profile

  7. salam kak kujie…
    moga ceria dan salam perkenalan
    banyak benda dilla belajar dalam blog, tq for sharing
    senyum selalu……………

  8. sedihnya kak….klu saya mau meraung la….knpa akak x ikut je….apa2 pun doa saya smoga smua kita ni bahagia dgn kluarga msg2 dan sentiasa bahgia dalam kehidupan sehari-harian
    Jom terjah post menarik dari afnie ..SHAKIRA & WAKA WAKAMy Profile

Comments are closed.