Sukarnya membuat pilihan

Suami telefon tadi….

” Dia orang offer abang xx,000 ”

” Abang macam mana? ”

” Tu nak tanya ni………awk tu macam mana”

yang mana satu pilihan

Ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga dia dapat offer kerja di luar negara. Mungkin ini tawaran Β ke 22 ! Kadang-kadang tawaran datang pada waktu yang salah. Β Ada sekali tu arwah bapanya sedang sakit, dia tak mahu menyesal kalau pergi .

“Berapa lama kat sana?”

“Setahun, balik 2 kali ”

Saya tahu, dia lebih berminat dengan offer kali ini.

Awek Algeria cun melecun tak arr……..?Β :lol:

Nuffnang pun telefon tadi, ajak join satu projek baru. Dah 2 kali saya terpaksa tolak tawaran seperti ini. Dalam keadaan kesihatan seperti sekarang, saya tak boleh join majlis bertemu orang ramai. Saya mudah hilang fokus .

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. wah..masyuuukkk…
    semoga dilimpah rahmat allah untuk kak jie sekeluarga…
    .-= izzah´s last blog ..Hari Ini.. =-.

  2. salam…..alhamdulillah ….kak jie……bersyukur,… berfikiran positif,…..solat istiharah,….serah pada ilahi…..ws
    .-= spent98´s last blog ..10 Simple Ways to Improve Your English =-.

  3. hmmm….rezeki tp mmg kena fikir betul2 kan jie? nak kena fikir pro n cons dia..kalau pegi mcm mana kalau x pegi mcm mana? hbby jun dulu ade gak offer gitu, nun negara arab tu tp x betul2 kuat ati..hehehehe

    nway, happy belated birthday to cik abg jie….jie ok?
    .-= jun´s last blog ..Chicken wing BBQ =-.

    • @jun, dulu dia tak pergi sebab itulah Jun…masa anak2 tgh membesar..skrg ni kita dlm kelapangan…lagi pun mgkn inilah peluang dia utk pencapaian kerjaya secara peribadi…tapi keputusan bulum 100& lagi

  4. Semoga dapat membuat pilihan yang tepat!
    .-= samdaddycool´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia : Pecalonan Untuk Kujie2 dot com =-.

  5. Kujie,
    Setiap hari kita berdepan dengan pilihan.
    Serahkan padaNya agar menunjukkan pilihan yang terbaik.
    Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu perkara kerana ada perkara yang lebih baik menanti kita.
    Semoga mendapat petunjuk untuk membuat pilihat terbaik.
    .-= Kak Long´s last blog ..H1N1 lagi… =-.

  6. mungkin ada hikmah di sebalik tawaran ini…

    tapi kak jie… ok ke?? kesihatan kabarnya kurang memberansangkan. ala2… tak kena masa gak ek??

    πŸ™‚
    .-= Zana´s last blog ..Masak Lemak Pucuk Ubi Che Esah =-.

  7. suruh cik abang kak jie pejam je mata, tangkap je, setahun tak lama pun. pasal awek cun ke tidak pun pejam je mata, jangan toleh, he, he……….
    .-= zany´s last blog ..Boleh Hidupkan Tanpa………………… =-.

    • @zany, zany…10 thn dulu mmg susah sikit..masa tu anak tgh membesar..skrg ni anak dah besar…dia perlu sesuatu pencapaian dlm kerjaya utk diri sendiri..selama ini dia berkorban demi keluarga…mgkn ini adalah masa yg sesuai…

  8. mama buatlah solat istikharah..mintak petunjuk mnalah tau berkat mlm nisfu sya’ban nih dpt rahmat dan hidayah yg kita taktahu…smoga amannn…aminn πŸ™‚

  9. timbang.. tengok.. fikir.. solat istikarah kak Jie.. InsyaAllah, dapat keputusan yang tak akan disesalkan…
    .-= Neeza´s last blog ..Yesterday =-.

    • @Neeza, Terimakasih neeza…Kak Jie pun bukan dlm keadaan yg tersedak…keputusan yg dibuat bukan melarikan diri dari masalah..cuma impian seorang lelaki dalam kerjaya πŸ˜†

  10. Salam ziarah,
    memang lah hidup ni penuh dengan pilihan. Semoga Pilihan yang dibuat nanti memberi lebih banyak kebaikan hendaknya.
    .-= zuls´s last blog ..Promosi Twitter Merdeka – Senarai Twitterer Merdeka =-.

    • @zuls, Betullah tu…kadang kita pun mmg perlukan pilihan..tak semua pilihan itu buruk..cuma satu perjalan hidup

  11. erm.. bila la aku nak dapat offer macam ni..
    kekeke..

    P/S:- masalahnye aku bukan orang pandai pon..
    pandai menggodek ade la~ πŸ˜›
    .-= Kreuger´s last blog ..Berehat sebentar…. =-.

  12. wow..
    tawaran die mcm best je.
    tapi, nant k.jie kena duk
    bjauhan plak, sian..

    carrier family aishhh..
    .-= nieja´s last blog ..CROCS =-.

    • @nieja, antara dua…tapi tak le pening pala nak fikir pun..cuma biasalah bila ada pilihan , kita sikit2 tu terasa juga sukarnya

  13. Dalam suasana Dunia sekarang mungkin kita boleh muasabah diri mana yang lebih utaman dunia atau akhirat tetapi bukanlah bermakna di negara orang kita tidak boleh dekat dengan ALLAH swt…Alhamdulillah Allah telah memberi hidayah kepada saya 2 tahun lepas untuk mengurus keutaman hidup untuk persediaan alam yang kekal abadi…dunia hanya pinjaman untuk persedian alam yang sana bagi mereka yang BERFIKIR. Nilai HIDAYAH itu lebih mahal dari duit jutaan ringgit…itulah pengalaman diri sendiri….terbaik solat Istikharah 7 malam berturut insyallah Allah beri pertunjuk…keputusan dari Allah bukan dari nafsu kita…jadi kalau jadi apa2 pun kita redha…aminnnn
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  14. War…abang kak dapat offer luar negara. Kak pulak dapat tawaran projek dari Nuffnang! Ganasnya kedua-dua kamu, πŸ˜›

  15. sy pon pernah dapat offer n dah bulat tekad nak dubai… tapi bile tgk muka mak ngan bapak mase nak mintak restu terus cair… langsung tutup pintu hati nak kesana. takpelah gaji kat sini tak seberapa tapi dekat dengan mak ngan bapak….

    dasar anak manja….alasan! πŸ™„ πŸ™„
    .-= mrs azmi´s last blog ..mulakan dari hati~ =-.

    • @mrs azmi, sebab tu dia tak pergi dulu…………..masa tu bapanya sedang sakit..masa tu anak2 masih kecil…sekolah rendah..

  16. saya juga pernha dapat tawaran kerja di dubai tapi terpaksa tolak kerana impian untuk keluarga bahagia.

    tetapi kawan rapat saya (kawan kampung) juga menerima tawaran yang sama. pada permulaan (setahun pertama) semuanya ok. tapi masuk tahun kedua semuanya berubah termasuk hatinya.

    yang paling menyayat hati apabila kawan saya tu dah bekeluarga dengan orang lain. dah mendatangkan masalah besar sehingga saya terbabit sama hu3. ikutkan nak catatkan kisah ni kat blog tapi kedua-duanya (kawan dan isteri) membaca blog saya ha3.

    ini sekadar ingatan sahaja. klu nak berlaku perkara yang sama, kat mana-mana pun boleh berlaku betul tak?
    .-= megat´s last blog ..Sejarah Malaysia, Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia =-.

    • @megat, Ustaz Ismail Kamus kata tugas mendidik anak 100% dibawah jagaan ibu kerana sifat keibuan itu Ayah tak boleh lawan….tapi tugas mendidik isteri 100% mesti datang dari suami…kalau suami tak mampu mesti carikan gurunya….

      Suami juga mesti keluar meninggalkan keluarga sesekali untuk mencari dan menyampaikan ilmu ALLAH..kemudian pulang mendidik keluarga sebagaimana yang dilakukan sahabat Nabi.
      .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

    • @megat, itulah pengalaman…. sebab itulah tawaran yg dtg dulu..sejak 10 tahun dulu tidak pernah dia terima..masa tu yg difikirkan anak2, keluarga, mak bapa…
      skrg ni..anak dah besar…dia nak sahut satu cabaran baru dlm kerjaya…mgkn dah lewat…selepas usia 40…..pergi dlm keadaan yg lebih matang

  17. kak,
    Aykay ada pengalaman sendiri, thn 2005, dpt offer kerja Saudi, gaji? fuihhh tok sah citer, semuanya 2 X. Jika pokok depa x 2, allowance depa x 2, dari Manager depa up jadi Dept. Direktur, semuanya berganda2.

    Saya terima, saya pergi, saya tinggal anak isteri di Malaya. Gaji masuk ke acc Malaya, isteri terima n guna, seronok dia bila tiada limit untuk belanja, semuanya sengih pasal duit bukan hal masa tu. Saya pun kusyuk kerja – umrah – kerja – umrah dan seterusnya.

    Cuma saya terlupa, tugasan didik anak itu tugas ayah, bukan ibu…..(jika ikut Qur’an)… Syukurlah saya terdetik untuk balik dan ditakdirkan kerosakkan tidaklah teruk sangat.

    Now, dah back to proper arrangement, kata Ustaz,,, hak anak dan isteri ialah ayah dan suaminya berada di sisi, kecuali terdesak, hal keselamatan negara, etc…
    .-= AyKay´s last blog ..Hidupkanlah malam ini… malam nisfu Syaaban =-.

    • @AyKay, itulah yg dia fikir dulu……10 tahun dulu sewaktu ada tawaran…ini bukan tawaran pertama….

      mgkn masa tu anak2 masih kecil, dia tak mahu terlepas peluang merasai setiap proses pembesaran anak2..tapi skrg anak dah besar…kak jie rasa perlu bagi dia peluang utk mencapai sesautu dlm kerjaya..

      mcm org lain..yg belum pernah pergi dulu..mesti fikir nak capai sesuatu dlm kerjaya…. bila dah pergi..itu adalah pengalaman

  18. so..apa keputusan nya?
    .-= arin´s last blog ..Hang Kebun =-.

  19. hmm rezeki menguntum lagi.. kekadang yg datang tu lebih kepada ujian utk keberkataan..huhuhu

    kat sini pun sorg akan berhenti dapat offer baik punya!
    tapi maza terus terkandas di sini.. barangkali ada juga manfaatnya, walaupun gaji tidak sampai pun xx,000 .. bahkan jahuhhh sesangat dri bilangan itu!

    psst: yg pasti rezeki yg berkat gitu. hehehe
    .-= maza´s last blog ..SIRI RUMAH TANGGA PAK MAT: Bala Saka Baka 2 =-.

    • @maza, selalu ada offer…bukan yg pertama yg kedua atau yg ketiga..mgkn skrg masa yg sepatutnya dia fikirkan utk pencapaian kerjaya diri dia..sebelum ni fikir utk org lain

  20. 1. waa tawaran yang lumayan
    2. kalau setahun tak lah lama, tapi mesti terasa rindu yg amat kan kalau berpisah 😳
    3. awek algeria cun kot sebab dah afrika utara.. jiran iza waktu di vista angkasa mamat algerian..hensem πŸ˜‰
    4. Kak Jie ikut lah sekali – setahun ja …pastu bagi alamat, boleh iza berkelana backpack sampai sana :mrgreen:
    5.Kena minta petunjuk dari Yang Di Atas lah kalau camni.
    .-= iza´s last blog ..Brunei… selepas panas… =) =-.

    • @iza, suami kak jie jenis familyman…tak prnah berenggang lama2..hihihi

      bab tu tak fikir sgt pun..dia kerja kt tapak pembinaan, buat highway bukan nak jumpa perempuan sgt pun πŸ˜† ha ha ha

      tak bolehlah….anak2 nak SPM , nak PMR thn ni

      bile free kita g cuti sama2…hehehe πŸ˜†

  21. US ker RM?
    geng kat sini yg g Negara Pasir Bedengung tu dpt elaun US100 sehari… tukar ke RM dah berapa dah.. setahun 4 kali balik.. kita kat sini pun blk kg setahun 2 kali itupun hari raya..

    aku sbb tak sanggup nak tinggl aja klu tak dah terbang dah…
    .-= kuina´s last blog ..Gravatar untuk blogspot =-.

    • @kuina, belum buat keputusan pun lagi…. dah tolak berkali2… ini bukan soal gaji lagi..tapi soal pencapaian seorg lelaki dlm kerjaya dia

  22. Tahniah….
    tapi kuat ke k jie dan anak2 nak kena tinggal?