Telefon cap ayam saya

Seminggu dua ini, saya sering terpandang seorang jurujual prepaid meninggalkan pesanan dalam msjbox kawan² , tak terkecuali saya. Beliau memang seorang yang gigih tetapi saya bukanlah pelanggan telefon pra-bayar. Sejak saya menggunakan telefon bimbit pada tahun 1991, saya adalah pelanggan pasca-bayar.

Bila bercakap tentang SKMM dalam entri tentang sms, saya terkenang bagaimana kali pertama saya memiliki telefon bimbit.

Bila kali pertama anda memiliki telefon bimbit dan jenama apa?

( motorola 8500 )

Suami saya mula menggunakan telefon bimbit pada tahun 1991 dengan Motorola 8500 yang sebesar batu bata. Nombor telefon saya waktu itu adalah 010-338933 ( Art 900/1800 MHz ). Dengan bentuk sebesar ini, handbag sayalah yang selalunya menjadi mangsa, terjulur batang antena. Harga telefon waktu itu mencecah sehingga 5 ribu. Walaupun saya hanya segelintir yang menggunakan telefon bimbit, saya malu jika di lihat oleh orang lain..ha ha ha..orang mesti tak percaya dan akan menganggap itu adalah botol air!

( nec primero )
Kemudian bertukar kepada jenama Nec Primero Ex dan saya masih lagi terkenang tiap kali melalui Lebuhraya Persekutuan iklan telefon ini terpampang besar berdekatan Asia Jaya . Waktu ini saya baru berkahwin dan tinggal di Shah Alam sementara suami berulang alik berkerja di Nilai, Negeri Sembilan ( projek pembinaan kilang SKF – tepi highway)

Seterusnya adalah talian 018 ( Mobikom) dan menggunakan telefon flip pertama di pasaran, Motorola MicroTAC yang pada waktu itu berharga RM 1600.00. Masa ini sistem pesanan ringkas /Short Message Service ( sms) masih belum digunakan lagi. Saya menggunakan 018 tak sampai setahun kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya dan kembali menggunakan Celcom Art 900. Pada tahun 1998, saya telah bertukar kepada Celcom GSM.

(Motorola MicroTAC 8700)

Selepas lebih dari 15 tahun menggunkan telefon bimbit, saya bukan lagi pengejar model terbaru di pasaran. Saya dan suami menggunakan nombor telefon siri akhir yang hampir sama iaitu 4114 & 4224 juga telefon yang sama, nokia N1600 – telefon yang paling murah yang terdapat di kedai telefon!!!!

( Nokia N1600)

Berbanding dengan ramai pelajar kita di pusat pengajian tinggi ( termasuk anak² saudara saya), telefon cap ayam saya ini tak dipandang sebelah mata pun. Keutamaan saya bukan lagi jenama tetapi untuk perhubungan yang mudah – bila² masa dan dimana juga tanpa bimbang tiada kredit! huhuhu….

Mungkin telefon bimbit saya bukan tercanggih di pasaran tetapi saya adalah pelanggan BLue List Celcom. Saya mendapat satu nombor khas untuk dihubungi jika memerlukan bantuan dan beberapa jemputan khas seperti majlis jamuan hari raya atau tahun baru cina.

010 – ART 900 – Always Repair Telephone
011 – ATUR – Absolutely Terrible and Useless Radiophone
012 – Maxis – Moronic And Xtremely Inferior System
013 – TM Touch – Too Many TMTouch Owners Usually Change Handphones
016 – DiGi 1800 – Don’t Invest In Garbage Instruments
017 – ADAM – Always Dropping And Malfunctioning
018 – Mobifon – Most Often Bought In Fake Obnoxious Nightmarkets
019 – CELCOM – Cannot Enjoy Line Clarity on Outgoing Messages

~Have a Nice Day~

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. p’guna terawal handphone rupanya kakjie dan suami yerr… tahun ’91, saya baru darjah 1… hehe… *buleh la panggil makcik jie? 😉

    budak2 zmn skrg mmg bertuah… first time gune henfon dah nak yg canggih manggih. henfon pertama sy lepas ada 2 org anak.. huhuu… model Motorola, kecik comei jer… lepas tu byk kali jugalah bertukar2 model henfon tp mostly second hand punyer… dan jenama Motorola dan Nokia shj silih brganti, skrg barula Apple 😉
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Gambar Diana Danielle dan Farid Kamil berbulan madu di Sydney, AustraliaMy Profile

  2. memule dpt hp sdrik. Nokia 3310 hehehehe… 😀
    Jom terjah post menarik dari fiqa ..Bloo with Blackberry Torch and Celcom Exec PlanMy Profile

  3. dulu am pakai ericson yang petama kot… kita dulu2 nak pakai empon kena keja dulu baru pakai.. bebedak sekarang darjah 1 pun dah pakai..

    ams last blog post..Fast Update 16

    • @am, itu pun salah satu penyumbang masalah disiplin di sekolah..kesian cikgu cikgi 🙁

      anak2 kak jie pun ada tapi dia org tak aktif sgt guna …tak de la sorok2
      so boleh pantau :mrgreen:

  4. echah_syed says:

    amboiii ummi !!! bkn main laser lagik tuuu..

    skali skala mnta la cik abg belikan..uishh

    mcm jie ckp…’hidup mesti sedap’

    ~ sedap mata

    ~ sedap pakai

    ~ sedap mkn

    ~ per lagi ekkk??

    ~cyg jie ku~

  5. saya punye hp pon..yang paling murah nye…hanya untuk tipun + sms je..lelain enggak ade..heheheh..

  6. ziana tepon yg beso tu ade byk kegunaan sampingan..kehkeh…

    tp mmg yg dulu² lebih tahan lama..cessss….perasan giler makcik ni kan:p

    bateri enpoh dulu lebih besar dr enpon yg besar skrg ni :p, charger dia tak de cucuk²..dia ade rumah dia sendiri² :p

  7. ummi ha ha ha..ummi wat lawak….sardin cap ayam tu mmg sedap…kalo pala dik fenin² mikir nk masak apa, cari je la..mesti licin nasi sepiuk.

    sy ni kedekut kehkehkeh..berkira kot tu yg pakai enpon cap ayam tu :p

  8. kak jie….
    hahahahah..
    lawak laa entry nih…

    tp kan..
    mmg enpon beso gabak tuh laa yg paling canggih dulu kan?
    klako lak..

    pastu NEC..
    leh tahan beso gak 🙂

  9. Aa jie, budak2 skrg ni, mmg x pandang tel cap ayam..depa pandang sardin cap ayam je..Ummi pn satu rumah pandang sardin cap ayam hehe..Kalu cap lain susah msuk tekak…kah kah..Alah x kesah lah jie, pada ummi org yg pkai tel canggih pn, setengah tu, x reti gak nak guna kecanggihan yg ada kat tel tu…setakat nk ckap n sms je..mms pn jrg sekalik. Amik gmbar pn x reti nk transfer kat pc ke, pendrive ke, duk “sengap” je dlm hp tu..xyah kisah le jie..pda ummi org yg selalu tukar hp pn, setakat nak merasa pegang je, guna sama jee…(*ampun kalu ada yg terasa…cheq x niat pun..suka2 ja nk ckp, pasai mulut xda insuran ni..)

  10. jun wak tu tak leh open mail sbb tenet dia server down..kehkehkeh..pasni email la makcik nasi lemak lak….air tak yah..aku dah bawa bekal lam tepon ni ha…

    anon a’ahhh…tgh mkn roti sapu kaya ni..meh …:p

    put3 tp tahan lama, jatuh patlima kali pun..bateri tercampak sebatu pun..pasang blk..idup lagi..pjg hayat dia..:p

  11. hp yg lama2 tu,mmg kelako..

  12. Anonymous says:

    mama….biar hp cikai, tapi kaya pengalaman mama ni…chayork…3x

  13. hahaha jie..mmg ade botoi air camtu kan? canggih mana pon, bknnyer guna sgt..janji leh leh call in n out..pastu anto msg..ye la, dok umah kan jie.
    tenet pon ade, hehehhe…pssst! jie..dok sebok kat laptop, hbby jun tanyer..dah anta emel ka, soh ‘wak’ tu potong rumput? ekekeke…

  14. combi tau pun hang..kegunaan dia..ha ha ha..selalu wat sendal drawing plan kt bonet kete..jatuh berdebuk² pun payah nk rosak..tak mck enpon skrg ni..

    bile nk bagi adiah kat aku lak..kehkehkeh

    budin tul tu..mula² maxis keluarkan prepaid, mahal..rm 200 lebih…skrg ni rm 8 dah dpt…

    enpoh primero tu ade lagi tak? sy enpon yg atur berat 2 kilo tu ade lagi.

  15. DUNIABUDIN says:

    saya mula pakai handphone NEC Primero. nombor 010 ….. masa tu tak de prabayar. semua pasca bayar.. sekarang sedang cari yang tak payah bayar. ada ke Jie…?

  16. echah_syed says:

    hehehe…lawak laa.hset sebesaQ tu kalo baling anjing dah tentu jd bangkai..

    ~ oitts aku baru dpt hadiah thn baru…hehehe..anak2 bising suh tuka..mmm abahnyerr jd mangsa 🙂

    ~n76 kaler mengahhh lagik..TQ darling…uhuks

Trackbacks

  1. […] mula menggunakan telefon bimbit pada tahun 1991 dengan Motorola 8500 yang sebesar batu bata. Beg tangan sayalah yang menjadi tempat untuk disorokkan kerana orang ingat […]

  2. […] saya dan telefon cap ayam innity_pub = "7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33"; innity_zone = "13541"; innity_width = "*"; […]