Tempah Tiket Murah Air Asia

booking tiket air asia

Akhirnya berjaya juga saya membuat tempahan tiket Air Asia untuk percutian keluarga tahun 2013. Puas disemak tarikh yang sesuai, saya telefon universiti Along untuk semak cuti semester. Saya semak jadual pengajian Angah di laman web, masih juga gagal mencari tarikh mereka bercuti serentak.  Ini masalah bila anak berada di dua universiti berbeza yang bercuti tak sama tarikh.

Selepas ditolak campur dan bahagi, saya bulatkan hati  membuat keputusan akhir.  Kami akan ke Kuching.  Saya tak dapat tiket percuma  promosi Air Asia tetapi saya mendapat tiket harga murah.  Walaupun bukan tiket percuma, tetapi harga ini masih murah dan memenuhi kemampuan kami.

Air Asia promosi baru , booking pada 15 Jan 2013 hingga 20 Jan 2013 dan pilih tarikh penerbangan antara 19 Ogos 2013 hingga 9 Februari 2014.

Insya Allah lawatan ke Kuching ini akan melengkap semua negeri di Malaysia yang pernah dijejaki.

Telefon suami untuk mendapatkan idea, dia cakap ” awak urus aje lah apa yang patut………. “  Saya cuma nak tanya, nak cuti berapa hari……. kan saya booking 2 minggu, kan. hiks!

Biasanya memang saya yang uruskan persiapan percutian kami termasuk mencari infomasi tempat sesuai untuk dilawati.  Peranan suami hanya bagi username dan password akaun bank untuk saya login buat pembayaran. Peranan utama dan paling besar.  Kalau tak ada akaun bank dia, semua urusan tak jadi.

Tiket dah ada , perlu cari hotel penginapan dan kereta sewa.

Kemudian kena google cari infomasi dan maklumat mengenai tempat menarik yang ingin dilawati.  Bila dah ada senarai tempat, perlu buat tentatif supaya percutian keluarga ini berlangsung teratur dan terisi mengikut masa yang terhad.

Tahun 2008 kami ke Kota Kinabalu, saya susun jadual , dapatkan 2 hotel di 2 lokasi berbeza, sewa kereta.  Seronok sangat kerana kami dapat menghampiri  Gunung Kinabalu walaupun tak mendaki, dan sempat  ke pulau dan lautan.

Bercuti ke Jakarta dan Bandung saja saya mengikut pakej yang diuruskan.  Tak pandai tak tak mahir lagi .  Mungkin akan datang boleh pergi sendiri .

Sesiapa yang ada info dan pengalaman utuk dikongi , boleh tinggalkan maklumat di ruangan komen.  Tak semestinya tempat yang popular tetapi  biarlah tempat yang mempunyak tarikan  istimewa .

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. nanti kak jie pergi, leh la cerita, nnti kami2 pulak boleh pergi.. hee
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Review Buku | Badiuzzaman Said NursiMy Profile

  2. saya booking slalu tidak dapat la. ada cara ke kak nak supaya senang cari tiket murah.
    Jom terjah post menarik dari waireen ..Kereta Batman TV siri Terjual $ 4.2 jutaMy Profile

    • ikut iklan yang dibuar, kalau dia cakap booking date 15 -20hb, jangan tunggu 20hb baru nak booking, mesti orang lain dah rebut tempat tu.

      buat carian, kadang2 1-2 jam juga sebab kak jie dlm kumpulan 5 orang, kalau beli tiket utk seorang , lebih mudah

  3. salam K.Jie,
    saya belum pernah sampai ke Kuching lagi, so takde info & pengalaman yg nak dikongsi. rasa2nya, mmg isteri ditugaskan untuk urusan percutian keluarga kot? (kecuali pembayaran). mungkin lebih teratur berbanding suami :)

  4. Org umah saya pon dah ushaaa tiket Air Asia ni… tapi tak tau nak pi mana huhuhu… Insya Allah kalau cukup bajet ke seberang la kami :)
    Jom terjah post menarik dari Tokei Absorber ..Tukar Shock Absorber MyviMy Profile

  5. Dah intai-intai juga tiket dalam bulan 6 sebab masa tu cuti seminggu sama dengan anak-anak, tapi nampaknya belum sesuai dengan idaman hati.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Menguji Keseksian Data Smart Plan di Pengkalan Hulu dan Kuala SepetangMy Profile

  6. iya ni tiket dari air asia amat murah dan dipenerbangan untuk liburab beberapa minggu lalu saya juga menggunakannya
    nice share
    Jom terjah post menarik dari Jefri ..Gambar Desain Sabun Unik Berbentuk Cake & MakananMy Profile

  7. kalau gi sabah, sila naik gunung kinabalu. Best woo kat atas tuu..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Isu dengar dan hormat.My Profile

  8. Wah.. Kuching.. saya belum pernah lagi ke Sabah / Sarawak… nak ikut.. nak ikut.. :)
    Jom terjah post menarik dari SamDaddyCool ..Blogger femes tatak sombong maaMy Profile

  9. memang untung klaau dapat tiket murah ni nanti. hehe
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Saya agak sibuk.My Profile

  10. sy masih belum menempah sebarang tiket untuk tahun 2013 ni..tapi cadangnya cuti sekolah penggal pertama ni nak balik ke Sabah..harap2 dapat la tiket yang murah..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Dilema merotanMy Profile

  11. seronoknye dah beli tiket..saye dok renung je la n tengok2 harga, tapi tak terbeli-beli… huhuhu
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..Romantic Dinner di Little White Cafe, BangiMy Profile

  12. teringin juga nak ke Kuching tapi tak tau apa yang best kat sana…lepas akak pergi nanti boleh lah dijadikan panduan…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Wordless Wednesday – Ketawa RiangMy Profile

  13. seronoknya bercuti, air asia memang murah dah tu.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Seronoknya Berkenalan Dengan Rakan BakeriMy Profile

  14. Selamat bercuti kak jie.. kali ni pergi sarawak plak ye.. kena cari tiket murah gak ni..hehehe
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Wang Tunai RM5000 Terbuka Kepada Semua Blogger 2013My Profile

  15. syaifuddin alias says:

    sangat bagus ini macam …hihi.. terbaiklah Air Asia
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  16. Salam,

    Must place to visit in Kuching. Damai Cultural Village, Kuching River Cruise, Pusat Orang Utan Semenggoh, Ladang Buaya, Pekan Sarikin

  17. Assalamu`alaikum kak, dulu saya pernah tinggal selama 2 setengah tahun di Kuching Sarawak, dan sepanjang tinggal di sana ada beberapa tempat yang saya rasa menarik untuk dilawat. Antaranya ialah Waterfront yang terletak di bandar Kuching sendiri.

    Selain itu akak boleh singgah bermain pasir di Pantai Damai berhampiran gunung santubong, kampung budaya dan taman buaya di jalan Kuching – Serian, pusat pembuatan kek lapis Dayang yang bersebelahan dengan Waterfront, muzium kucing di Petrajaya, taman negara kubah, astana negeri sarawak, kubu margherita, muzium sarawak, matang wildlife centre, muzium islam, dan pusat hidupan liar semenggoh yang terletak berdekatan dengan Hospital Raja Brooke yang terakhir.
    Jom terjah post menarik dari Mama Murai ..31 700 UV sehari, betulkah blog PenMerah begitu terkenal?My Profile

    • Waalaikumsalam. Terimakasih…dah salin utk rujukan.

      Kak Jie plan mcm ni… hari pertama sampai masih pagi. Sebelum check in boleh habiskan masa kawasan waterfront. Cari hotel kat situ. Malam pun masih kawasan Kuching.

      Hari kedua pagi, nak keluar dari bandar Kuching. memandu ke kawasan bandar terdekat atau pendalaman sikit. Menginap semalam. Tetapi kawasan ini mestilah ada sesuatu yang menarik.

      Hari ketiga – bergerak ke lokasi lain.

      Hari ke empat, balik pun dah petang, jadi ada masa lagi utk berada di bandar Kuching.

      Tak nak habiskan 4 hari semata2 di Kuching.. kalau boleh nak keluar dari bandar.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pulut Dakap Padang BesarMy Profile

  18. kapan hendak bercuti ke bandung dan jakarta kak Kujie…?
    Jom terjah post menarik dari Blog Keperawatan ..Perayaan Maulid NabiMy Profile

  19. Masa di Universiti, cuti itu lain kira, rancang dulu mana nak pergi. Kalau dapat masa tak cuti, pandailah “tolong signkan” *bukan contoh yang baik*

    Mula harap nak beli ke Hong Kong, nak rasa juga disneyland… tapi dapat ke Jakarta sahaja, tapi sebab murah ok lah.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Belajar BersyukurMy Profile

  20. Rezeki Kak Jie dan keluarga. Kak Jie memang cekap
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Cara Manual Meningkatkan TrafikMy Profile

  21. wow!!
    pantas kak kujie….
    yang tempah tahun lepas ni baru nk star pergi..
    hihihi
    Jom terjah post menarik dari mie ..Pulau Bunting Kedah Pulau TergendalaMy Profile

  22. Wah pi Kuching tu Kak Kujie. Semalam kawan saya ajak join dia pi Sabah next year. Sebab tahun ni kita orang rancang pi Holiday ke Krabi. Nak pi sekaligus memang bankrap la jawabnya. so kita orang cadang pi tahun depan untuk trip to Sabah.
    Jom terjah post menarik dari M’Rie R’Nie ..2012 Top Blog Blogspot Pilihan Sembang CyberMy Profile

  23. Baru bincang dengan family nak pegi mana..tapi parent support la..hehe
    Jom terjah post menarik dari afif ..Cara Melihat Keyword Popular di GoogleMy Profile

  24. itu hari saya pergi santubong..tengok gunung yang berhantu tu (lalu tepi je menghala ke pantai) dengan lawat pantai dia..jarak dari kuching 1jam…

    Serikin, Bau. tempat beli brang cth mcm cenderahati..tapi bnyk pakain..jarak 1jam dari bandar kuching.
    Jom terjah post menarik dari sharafie ..Basuh Kereta (Produa Viva) Dan Motor Kesayanganku (ER6N 2012)My Profile

  25. Aik.. ada lagi ke tiket murah tu kak? Saya bertungkus lumus cari dari masa pengumuman tu dibuat, tak jumpa-jumpa pun. Kena usaha lebih ni.

  26. Wah kak Jie percutian keluarga hujung tahun 2013 ke Kuching Sarawak.

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam