Tidak akan ku lupa

Hari ini 1hb dis 2010……tak ada yang istimewa.Cuma hari ini hujan di awal pagi yang menggembirakan ramai pekerja asing.Tapi saya tetap dengan tugas seperti biasa.

Hari ini di tugaskan di kuari di Bonlahwa. Bila tengok tinggi yang menggayat…terfikir juga akan keselamatan.


Bila fikir bab keselamatan, teringat keluarga di kampung. Teringat wajah isteri dan anak2 di tanah air.

keadaan musim salji di algeria

Satu ketika dahulu, di waktu begini (12 malam di Malaysia) saya sukar melelapkan mata, banyak yang difikirkan. Isteri di sebelah terus mengadu dan merengek kesakitan … dek kerana baby yang dikandungnya meronta2 meminta dilahirkan. Ianya berlarutan sepanjang malam.

Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memujuk dan menenangkan isteri agar dapat bertahan sehingga benar2  sampai waktu untuk melahirkan anak.

Maklumlah baru pukul sembilan malam kami balik dari hospital setelah dua hari satu malam berada di wad bersalin untuk menanti proses kelahiran anak sulung kami.

Apa yang memusykilkan saya , kenapa ada cecair yang keluar,adakah ianya air ketuban?……takkan doktor tak tahu.  Kalau air ketuban kenapa disuruh balik dulu dan datang balik ke hospital bila benar2 sedia untuk melahirkan anak ?

Basah lencun tilam di pembaringan  isteriku.

pemandangan bandar constantine , algeria
pemandangan bandar Constantine , Algeria

Akhirnya pagi pun menjelma…….

Setelah memberi kata2 semangat saya ke tempat kerja .  Di kantin , semua rakan2 bertanya khabar.  Saya menceritakan apa yang berlaku.  Malangnya saya telah dimarahi seorang sahabat yang lebih senior (En Yusri).

“kalau kau sayang anak dan isteri …..pergi bawa isteri kau ke hospital sekarang……sekarang”.

Dia terus berlalu masuk ke dalam office dan menguncikan dari dalam, tanpa membenarkan saya memasukinya.

“Pergi….aku kata pergi,aku tak mahu tengok muka kau kat sini…..pergi”.

Teriak En yusri lagi. Saya masuk ke kereta untuk menuruti arahan En Yusri.

Sambil memandu saya telefon kakak di Meru untuk mendapatkan nasihat serta pandangan. Dan……… dapat “sebakul marah” lagi.

Timbul lagi kemusykilan ……kalau kritikal ,kenapa doktor boleh lepaskan dari wad suruh  balik ke rumah?

……musykila….buku muskila (masa tu ….ayat france ni belum wujud lagi)

Namun saya teruskan niat membawa semula isteri ke hospital. Bukan hospital HTAR Kelang, tetapi rumah bersalin (Klinik Salina) bersebelahan Balai Polis Klang. ( dalam perjalanan sempat singgah sarapan di Seksyen 16 Shah Alam…. call adik di rumah suruh hantar beg baby… masa² kritikal macam ni pula boleh terlupa nak bawa beg )

Bila jumpa doktor dan menceritakan masalah  (Dr Kumar) , terus doktor kata….“kita akan buat pembedahan sekarang”.

Saya jadi terkedu dan termenung. ( dalam perjalanan menaiki tangga ke bahagian atas klinik ( bilik pembedahan ) darah dah mula meleleh hingga menitis di atas anak tangga )

“Kenapa?……kamu tak cukup duit? kalau tak cukup duit…saya akan tulis surat kepada doktor di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah dan mereka akan terus buat pembedahan”.

Saya lebih tersentak bila Dr Kumar menyebut HTAR Kelang  sebab di situlah penderitaan isteri bermula.  Isteri  discharge dari 9 malam sebelumnya.

bandar constantine algeria
Bandar Constantine Algeria

 

Perlukah saya ke sana lagi?

Dan saya terus buat keputusan untuk  melahirkan bayi kami melalui  “tingkap” di Klinik Salina.

Akhirnya tepat jam 7.00 malam setelah 3 hari 2 malam menderita ,terdengar tepukan bertalu2 dan diiringi tangisan baby. Ianya sedikit sebanyak meredakan ketegangan saya di luar bilik operasi.

Pintu bilik operasi dibuka….“En Anwar….baby boy” bisik jururawat agak kuat.

* umur Along genap sebulan – nak ke klinik buat suntikan… dan kereta ini keluar  sehari  selepas kelahiran Along.  Proton Iswara 1st edition ( Nov 1992)

Saya memasuki bilik pembedahan dan menatap untuk pertama kalinya anak kami yang baru dikeluarkan dari rahim isteri.  Saya periksa semua jari jemari dan meminta dimandikan dahulu..kerana saya tak sampai hati melihat kesan dibadan baby boy tersebut…..berlumuran dengan taiknya sendiri.

Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana menurut doktor  baby tidak memakan taiknya sendiri.   Ada kesan biru di belakang badan baby akibat kelemasan dalam kandungan.  Dua hari dalam kandungan yang amat sakit. Jadi ….benarlah air yang membasahi tilam isteri semalaman itu adalah air ketuban.   Saya bersyukur baby kami  tidak mati kekeringan.

Saya merasa lega dan gembira disamping emak yang  baru sampai beberapa minit  dari kampung untuk menyambut cucu dari anak lelakinya.

Sementara itu  isteri masih didalam bilik operasi …..meneruskan operasi yang masih belum selesai.

Gembira……dapat anak lelaki sihat dan isteri selamat di bilik operasi. Amin…

* 4 generasi – Along adalah cicit

Entri ini ditujukan khas buat Along dari Abah di Algeria…SELAMAT HARI ULANG TAHUN   (yang ke 18) semoga hidup dilimpahi rahmat dari Yang Maha ESA. Ketahuilah penderitaan yang MAMA tanggug tidak sebegitu mudah untuk diterjemahkan dalam perkataan mahu pun ayat.

87 Replies to “Tidak akan ku lupa”

  1. Seronok baca entry nih..pasti pengalaman yang tak dapat dilupakan..

    Selamat hari lahir kepada along..

    PM semasa kelahiran Mifz dulu PM turut serta menemani wife masuk ke dalam labour room, barulah PM tahu betapa susahnya seorang ibu nak melahirkan anaknya..pengalaman yang tak kan dilupakan..

  2. beranak!!…seronok beranak ni sebenarnya…

    first time tu..mmg takut..bila keluar je baby..masih atas katil di wad bersalin lagi..akak dah mula tertanya2 bila aku nak anak lagi sbb bila nampak muka baby,terlupa penat lelah,terlupa segala sakit…
    hai…anak….anak….
    Jom terjah post menarik dari akak ..Rambut Pontianak DiTemui?My Profile

  3. Gengblogger dah membawa saya kesini… sungguh terharu.. penceritaan yang sungguh menarik dan cara yang baik dalam menyampaikan ucapan selamat hari lahir. membuatkan seorang anak (saya sendiri) tahu mengenang jasa ibubapa… terima kasih

  4. sangat terkesan ke urat-urat saraf hati setiap bapa dan ibu kepada setiap anak. berkaca mata seorang bapa seperti saya membacanya.

    bagi seorang anak sepatutnya sangat berbangga mempunyai bapa dan ibu yang sangat perihatin. yalah bukan semua orang dapat bahagian yang sama.

    selamat hari ulangtahun kelahiran bagi along. semoga Allah permudahkan setiap urusan kehidupan, dilindungi dan dilimpahi rezeki yang halal.

    p/s: tak sangka abang Anuar punyai bakat menulis yang boleh meruntun emosi ya 😉
    Jom terjah post menarik dari megat ..Muhasabah Diri Dalam Islam, Transformasi Keutuhan ImanMy Profile

  5. selamat hari jadi along.. ari ini pun hari jadi saya tp mak saya tak penah wish apalagi kalu nak coretkan dlm blog… tp takpeeeeeeeeeeeee pergorbanan mlahirkan saya itu tak terbalas dgn budi.
    Jom terjah post menarik dari oni ..nothing then something ..My Profile

  6. Pingback: Satu Ketika Dahulu | Dokumentari Hidup Dari Algeria
  7. mcm mana yonna boleh terlepas entry ni! iskk. hurm, baca dari atas sampai bawah cool je, sampai kat ” Ketahuilah penderitaan yang MAMA tanggug tidak sebegitu mudah untuk diterjemahkan dalam perkataan mahu pun ayat” terussssssssssss banjir mama!!!!!! :(( :((

    happy belated birthday,Along! jangan sesekali lawan cakap mama/abah tau 🙁 dia lebih tahu apa yang terbaik T__T
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Empat Dari Lima BintangMy Profile

Comments are closed.